Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

09 December 2010

Usai Imtihan Thani

Irbid yang sejuk

Alhamdulillah, 12.30 tadi berakhir imtihan thani ( exam kedua ) untuk fasal awwal. Sedar tak sedar, sudah habis 2 exam dan sekarang giliran menunggu untuk final exam pula. Beginilah Jordan, sistem pembelajaran yang penuh dengan exam. Bisa membuatkan orang2 yang tidak kuat menjadi sakit jiwa. Ada ke?

Sedar tak sedar juga, fasal awal akan berakhir. Putaran masa memang tak pernah tunggu sesiapa. Samada kita ready atau tidak, masa tetap berputar. Kini putarannya semakin cepat. Semua orang tahu dan semua orang rasa. Harapnya semua orang juga sedar bahawa itu tanda kiamat makin hampir. Mati / kiamat kecil juga macam tu. Bila tiba ajal , kita mati mendadak. Tak ada delay2.

So kenalah bersedia setiap masa. Ini tak ada kena mengena dengan exam. Sekadar menyelit sedikit tazkirah. Kurang2, saya boleh ingatkan diri saya juga.

Banyak Soal


Ini satu kehairanan yang ingin saya kongsikan. Fenomena ''banyak tanya'' atau ''banyak soal'' memang dapat disaksikan di sini. Ia mengingatkan saya tentang peristiwa yang Allah lakarkan dalam Al-Quran. Kisah Bani Israil yang 'banyak soal' sehingga suruhan yang mudah menjadi payah. Sedangkan kalau tidak berlebih2an dalam bertanya, kerja tersebut boleh menjadi lebih mudah.

Pelajar arab di sini pun lebih kurang macam tu. Tidaklah saya maksudkan kesemuanya, tetapi kebanyakannya begitu. Sebagai contoh waktu exam tadi. Sudahlah arahan soalan dalam bahasa arab- atau lebih tepat bahasa mereka sendiri- mereka tanya lagi macam2 dekat Doc. Saya yang melayu pun faham , mustahil arab tak faham. Bayangkan 5-10 minit terbuang begitu saja disebabkan Doc terpaksa melayan soalan2 mereka. Itu belum lagi ragam mereka waktu kuliah. Kebanyakan mereka yang berperangai begini adalah perempuan, kenapa dan mengapa anda simpulkan sendiri.

Sebenarnya bukanlah tidak boleh bertanya, bahkan sifat suka bertanya adalah sesuatu yang dipuji. Tetapi sifat berlebih2an dalam bertanya, bertanya benda2 yang tidak patut atau masih bertanya benda yang telahpun jelas, adalah sikap2 yang tidak baik. Sebab itu Islam melarang umatnya dari berperangai begini.

Apapun, ia benar2 membuatkan saya lebih memahami maksud Allah dalam kisah Bani Israil (^-^)

sekian

0 comments:

Archive Blog