Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

20 December 2010

Serbuan JAIS , Syiah & Masyarakat Malaysia


Baru2 ini kita dikejutkan dengan berita mengenai serbuan JAIS ke atas sekumpulan mereka yang dikatakan sebagai penganut ajaran syiah di Gombak. Dalam serbuan tersebut, sekitar 200 orang ditahan dan bakal didakwa kerana terlibat dengan ajaran yang menyanggahi fatwa. Isu ini menjadi semakin menarik apabila ia turut mendapat perhatian dan respon daripada beberapa tokoh, termasuk bekas mufti Perlis, Dr Asri.

Pada saya, ada beberapa perkara yang harus kita fahami terlebih dahulu sebelum berbicara tentang fenomena tersebut atau sebelum kita menyalahkan mana2 pihak.

--> Fahaman Syi'ah

Pertama sekali kita harus tahu apa itu syiah. Secara mudah, syiah adalah gelaran kepada mereka2 yang mendahulukan Saidina Ali sebagai khalifah selepas Rasulullah s.a.w wafat. Golongan ini juga mengkafirkan para sahabat termasuk Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Muawiyah.

Itu secara mudah faham. Namun, syiah tidak mungkin difahami hanya sekadar mengetahui perkara tersebut semata2. Kemunculan mereka sendiri mempunyai kaitan dengan sejarah yang begitu panjang dan pemimpin2 mereka sendiri bukanlah calang2 orang. Mereka bergerak di atas landasan dalil dan hujah, bukan ikutan semata2.

Bermakna, fahaman syiah ada kaitan dengan isu ideologi. Bila sebut ideologi, bermakna ia melibatkan hujah, dalil serta nas. Sudah tentu, ia bukan suatu perbincangan oleh kalangan awam, melainkan ia adalah perbincangan atau perdebatan oleh kalangan ilmuan Islam.

--> Serbuan JAIS

Saya tidak hairan jika ada pihak yang mengkritik tindakan JAIS dalam kes tersebut. Perlu difahami, bahawa yang dikritik adalah soal methodologi ataupun kaedah yang digunakan oleh JAIS, bukannya soal syiah itu betul atau salah. Sebagaimana kita baca pandangan Dr Asri atau Hanipa Maidin, mereka tidak bersetuju dengan cara menyekat atau menahan semata2 kepada mana2 pihak yang didapati bercanggah, sebaliknya wajar dibuka ruang dialog ataupun hujah lawan hujah. Mereka melihat, dari sana institusi ataupun badan agama di negara kita tidak akan dilihat sebagai penakut ataupun bertindak dalam keadaan 'tidak cukup ilmu'.

Itu kata mereka, boleh jadi betul dan boleh jadi tidak betul.

--> Waqi' Di Malaysia

Namun saya melihat tindakan tersebut berkemungkinan besar diambil berdasarkan waqi' masyarakat di Malaysia. Realiti yang kita duduki hari ini, masyarakat kita masih jauh untuk digelar sebagai masyarakat berilmu yang memungkinkan mereka menerima perkara2 tersebut. Bahkan mereka sangat jauh dari dunia ilmu, menyukai hiburan , meniru gaya hidup barat dan sebagainya. Ini hakikat yang harus kita terima bagi orang awam di negara kita.

Justeru, mungkin nilai positif yang ada pada tindakan sedemikian adalah untuk menutup kecelaruan ataupun kekeliruan dalam masyarakat yang hakikatnya jahil dan tidak berilmu. Masyarakat kita yang akidah pun masih bercelaru, inikan pula hendak dihadapkan dengan perbahasan mengenai apa itu syiah zaidiah, syiah rafidhah dan sebagainya.

Kejahilan tersebut mengundang barah dalam masyarakat apabila ajaran2 yang saya sifatkan sebagai 'pelik bagi masyarakat' mula menyusup masuk kepada mereka. Apakah kita mengira mereka berupaya meneliti segala dalil dan berupaya memahami segala nas yang 'dihidangkan' kepada mereka? Lebih2 lagi jika digula2kan dengan isu kecintaan kepada keluarga Baginda saw ( ahlul bait ) dan sebagainya?

--> Jahil. Itu 'illahnya

Saya melihat tindakan JAIS ada sudut betulnya, lebih2 lagi isu tentang syiah sebenarnya telah lama diperbincangkan dan pihak mereka sendiri telah lama menyiasat perkara tersebut dalam tempoh yang dikira matang. Pun begitu, saya juga bersetuju bahawa tindakan menyekat atau menangkap semata2 terhadap individu atau pihak yang bertentangan dengan kita -begitu juga dalam politik - adalah tindakan yang lebih bersifat bacul dan pengecut.

Itu dalam isu syiah. Begitu juga dalam isu2 sebelum ini, seumpama Sister In Islam yang mahu diharamkan, fahaman2 liberalisme, sama juga dengan isu wahabi dan selainnya. Satu2nya perkara yang membuatkan saya lebih berat untuk bersetuju dengan tindakan sebagaimana dibuat JAIS atau JAKIM adalah ; kejahilan yang masih menebal dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Perlu difahami, bahawa kita menyekat atau membendung ajaran2 sedemikian daripada menular di negara kita, Malaysia dan bukannya kita sedang berdebat atau berbahas di peringkat antarabangsa dengan mengaitkan negara2 lain, terutama yang mempunyai lebih ramai penganut syiah.

--> Kesatuan Lebih Utama

Bagi saya, jalan dialog atau hujah memang jalan yang sangat baik bahkan sewajarnya demikian,cuma ia bukan untuk semua orang. Kata seorang sahabat, jangan bercakap dengan orang kampung seperti berhujah dengan Dr Yusuf Qardhawi. Justeru setiap tindakan harus dinilai dengan teliti akan kesannya kepada masyarakat yang ramai. Boleh jadi kita betul dari segi dalilnya, tetapi kita tetap salah dari sudut pengaplikasiannya. Namun demikian, jika dapat dibuka kepada perbincangan dan perdebatan sihat dari kalangan para ilmuan, sudah tentu ia lebih baik dan seterusnya menatijahkan kepada lahirnya masyarakat yang lebih berilmu dan mempunyai kefahaman.

Penutup

Impak daripada tangkapan tersebut, juga gambaran yang diberikan oleh JAIS yang seolah menyamakan syiah dengan ajaran sesat , adalah ; masyarakat akan membuka mata tentang 'bahayanya' terlibat dengan fahaman sedemikian dan lebih ramai yang akan menjauhinya. Sedia maklum, masyarakat melayu kita akan mudah menjauhi dan memandang negatif kepada apa2 perkara yang dikhabarkan sebagai negatif kepada mereka. Itu dari sudut awam.

Dari sudut golongan ilmuan pula, mungkin perlu mencari jalan, bagaimana untuk mewujudkan suasana perbezaan pendapat yang lebih tenteram dan tidak mengancam,serta bagaimana untuk membendung kewujudan fahaman2 yang kita jelas akan kesongsangannya - lebih2 lagi melibatkan akidah - daripada bertapak dalam masyarakat. Mungkin dengan lahirnya para ulamak muda, kita lebih bersedia untuk melakukan perubahan atau keterbukaan dalam menghadapi pelbagai fahaman yang sedang menular dalam masyarakat. Janganlah ilmuan asyik berdebat tentang politik semata2, sebaliknya perlu wujud usaha2 yang lebih bersungguh dan positif untuk memurnikan akidah ummat.

Pada saya, membawa masyarakat mendalami khilafiah dan menjadi masyarakat berilmu tidak salah, tetapi dalam realiti sekarang, mereka jelas belum bersedia. Justeru antara buka dengan tutup, mungkin tutup lebih baik


sekian.



rujuk sama :

1- http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html

2-http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/perkembangan-fahaman-syiah-di-selangor

2 comments:

Huda Afiqah Hashim December 20, 2010 at 5:34 PM  

Salam kembara.

"Itu secara mudah faham. Namun, syiah tidak mungkin difahami hanya sekadar mengetahui perkara tersebut semata2. Kemunculan mereka sendiri mempunyai kaitan dengan sejarah yang begitu panjang dan pemimpin2 mereka sendiri bukanlah calang2 orang. Mereka bergerak di atas landasan dalil dan hujah, bukan ikutan semata2."

Baru saya faham bagaimana pembawakan Pengkarya Faizal Tehrani & saya agak terbawa2 dengan gaya beliau yang berpaksikan keilmuan & intelek.

& saya juga agak 'terkena' dengan isu 'digula2kan dengan kecintaan terhadap ahlul bait' (pendirian saya sekadar memahami)

Entah, semacam banyak sangat simpang-siur maklumatnya. Semacam nak ambil pendirian 'atas pagar' jer berkenaan isu ini...
(Sebarang komen?)

Salam Juang.

hafizquran December 20, 2010 at 9:01 PM  

wslm

pada saya, keberadaan di gelanggang ilmu dan segala kesempatan yg ada dalam medan ini mmberi kita kelebihan yg sgt banyak utk memperhalusi,memahami & mengambil ssuatu pndirian atau prinsip bkenaan masalah sbegini.

khilaf tetap berlaku dan diakui dari zaman berzaman, namun khilaf yg tetap akan penolakannnya adalah khilaf yg mnyalahi akidah ahli sunnah wal jamaah, itu pndirian saya.

juga,prbincgn bkenaan masalah2 sbegini atau maslaah2 khilafiah yg lain saya anggap sesuatu yg sihat di kalangan ahli ilmu, tetapi satu perkara mudharat pada orang awam.

justru,bukan hanya kita wajib 'mengambil tahu' utk tahu smata2, tetapi utk 'memberi tahu' kepada masyarakat. sudah tentu, duduk 'atas pagar' bkn tindakan yg tepat.. :)



wallahua'lam

Archive Blog