Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

07 December 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432



Bismillahirrahmanirrahim

Pertama sekali, syukurlah pada Allah kerana masih panjangkan usia kita sampailah masuk awal muharam 1432. Sedar tak sedar, setahun berlalu meninggalkan kita. Pastinya yang berlalu bukan sekadar lipatan pahit manis sejarah yang kita lalui, bahkan juga segala amal baik mahupun tidak baik yang kita lakukan.

Kepada yang berdoa sempena masuk tahun baru semalam, semoga Allah makbulkan dan ampuni segala dosa2 kita yang telah lalu. Dan semoga Allah jadikan tahun baru ini satu tahun yang lebih baik, penuh barakah serta bermakna untuk kita semua.

Daripada berbahas tentang doa awal tahun ma'thur atau tidak, lebih baik kita perhatikan kebaikan daripada doa akhir dan awal tahun tersebut. Rasanya, itu lebih besar faedah dan manfaatnya. 

Anjuran Berdoa

Firman Allah ta'ala : " Berdoalah kepadaKu , nescaya akan Aku perkenankan doamu.."

Mengikut pendapat sebahagian ulamak Tasawwuf, janji Allah dalam ayat tersebut ( memakbulkan doa ) adalah suatu perkara yang tetap akan dilakukan oleh Allah. Kerna memungkiri janji adalah mustahil bagiNya. Namun setiap doa yang dipohon tidak ditunaikan pada masa yang sama, sebaliknya dimakbulkan pada kadar dan masa mengikut kehendak Allah. 

Apapun, setiap yang berdoa kena lah menyimpan rasa yakin yang mendalam serta perasaan sangka baik ( husnuz zhon ) yang sangat tinggi kepada Rabbul Jalil , bahawa DIA akan memakbulkan segala apa yang kita pohon. Dalam sebuah hadith qudsi Allah berfirman :

" Aku di sisi sangkaan hamba2Ku terhadapKu, maka bersangka baiklah terhadap Aku "

Sikit lagi tentang doa. Adakala apa yang kita pohon, kita tak dapat. Sebenarnya bukan kita tak dapat atau Allah tidak makbulkan doa kita. Bahkan sebenarnya Allah memakbulkan dari IlmuNya yang Maha Luas, di mana DIA lebih tahu apa yang baik dan tidak baik untuk kita. Antara apa yang kita mahu dan apa yang sebenarnya kita perlu, lalu DIA berikan kita apa yang kita perlu.

Cuma sebagai hamba, tambah pula lemah iman, kita sering 'melatah' apabila apa yang kita hajatkan tidak kesampaian. Mungkin ayat Allah ini adalah motivasi terbaik untuk kita. Firman Allah :

" Boleh jadi apa yang kamu benci itu sebenarnya baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu suka itu sebenarnya buruk untuk kamu. Dan Allah itu Maha Tahu sebaliknya kamu sebenarnya tidak mengetahui "

Dari itu, lazimilah berdoa, dan lazimilah jua bersangka baik terhadap Allah dalam setiap apa yang kita pohonkan.

Motivasi Dari Doa

Ini yang ingin saya sentuh sebenarnya. Secara mudah, dalam doa sebenarnya bukan hanya terkandung pohon atau minta semata2, sebaliknya terkandung satu bentuk motivasi sekiranya kita betul2 perhalusi.

Contohnya doa akhir tahun, di mana kita mohon supaya Allah ampunkan dosa2 kita yang telah lalu. Kita minta Allah perkenankan segala amalan2 kita. Kemudian doa awal tahun di mana kita minta Allah jadikan tahun baru ini tahun yang lebih baik dan sebagainya.

Sedar tak kita, yang pada keduanya ada suntikan motivasi untuk kita sendiri. Kita mengangkat tangan penuh insaf mohon itu dan ini, mustahil tika kita minta Allah ampunkan dosa2 kita yang lalu, kita tidak terdetik untuk tidak lagi mengulangi dosa2 tersebut? Check balik. Paling kurang, setidak2nya ada la juga terdetik rasa tidak mahu lagi ulang dosa2 atau maksiat tersebut. Begitu juga tika kita minta supaya tahun baru ini tahun yang lebih baik, takkanlah tidak langsung terdetik di hati kita untuk benar2 improve diri kita dari segala sudut? Pasti ada.

Dari situ, kita harus fahami bahawa dalam berdoa, bukan hanya ucapan, atau membaca doa2 yang telah siap ditulis semata2, sebaliknya kefahaman dan keinsafan dari seorang hamba kepada Tuannya, dari seorang 'abid kepada ma'budnya dan dari seorang makhuk kepada Tuhan yang menciptakannya.

Jom Hijrah!

Sempena awal muharam atau tahun baru ini, jom sama2 kita hijrah diri kita ke arah yang lebih baik. Pesanan khidmat masyarakat ini saya tujukan khas untuk saya sendiri terutamanya serta buat para pembaca sekalian. Sama2lah kita usaha untuk tingkatkan diri kita, iman kita dan keazaman kita untuk jadi lebih baik serta menjadi yang terbaik. Dari merokok 4 kotak sehari, kurangkan kepada 2 kotak sehari - contohnya. Dari tidak bertudung, pakailah tudung atau sekurang2nya belajarlah tutup kepala. Dan paling penting, dari umur kita yang telah kita tinggalkan semalam, kepada umur kita yang sedang kita lalui hari ini dan jika panjang umur akan ditempuh esok- kita azamkan untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik.

Sabda Nabi s.a.w : " orang yang berhijrah itu adalah orang yang berhijrah dengan meninggalkan segala apa yang Allah larang.."

sekian.

2 comments:

shakirshafiee December 8, 2010 at 11:48 PM  

salam maal hijrah abg syafiq, hihi

hafizquran December 9, 2010 at 3:48 AM  

salam maal hijrah gak adik ket..hehe

Archive Blog