Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

24 December 2010

Melacur, Persenda Tudung & Hina Zikir : Muslimah Today?

Saya kongsikan terlebih dahulu dua klip video dan satu link berkaitan :

[1] dua gadis melayu Islam mempersenda zikir


[2] dua gadis melayu Islam menghina pemakaian tudung


[3] isu pelacuran di IPT

sumber : utusan malaysia




Semenjak meletusnya isu tentang penganut syiah yang ditahan JAIS baru2 ini, saya banyak melawat blog2 mahupun website yang mengikuti dan turut mengulas isu tersebut. Kebanyakannya menyokong tindakan JAIS dan tidak kurang juga yang mengkritik keras.

Secara tidak sengaja, saya terjumpa satu laman blog yang turut mengulas isu yang sama, tetapi dalam konteks yang agak berbeza. Isu tersebut rupanya hanyalah antara beberapa isu yang telah lama dibangkitkan oleh penulis tersebut atas nama hak asasi dan kebebasan manusia. Lebih dahsyat lagi apabila bukan hanya JAIS yang dikritik, bahkan terkena kepada seluruh ustaz serta alim ulamak yang ada di Malaysia.

Penulis tersebut - yang saya kira banyak mengulas berdasarkan daya intelektual serta dalil akal yang tinggi - sewenang2nya menjatuhkan martabat para pendakwah yang ada hari ini, sehingga golongan berserban atau berpurdah menjadi mangsa penghinaan mereka. Golongan ini dikatakan sebagai tidak terbuka, hanya tahu menghukum, terikut2 dengan orang arab dan sebagainya. Pendek kata, si penulis kelihatan lebih ulamak dari sekalian ulamak yang ada hari ini.

Tetapi untuk menolak segala tulisan atau hujahan beliau, ternyata bukan mudah. Kerana itu saya katakan, barah dalam masyarakat bukan si jahil yang mengaku jahil, tetapi golongan jahil yang mengaku alim. Sebenarnya, menyoroti tulisan beliau serta idea yang dilontarkan cukup membuatkan saya risau, kerana bukan hanya tindakan sesetengah golongan pendakwah yang dihentam, bahkan sehingga sampai ke tahap mempertikaikan hukum hakam Allah.

Persendaan & Penghinaan Berterusan

Balik dari solat jumaat hari ini, terjumpa satu link video dari blog seorang sahabat ( camar putih ). Sebelum ini, klip mengenai dua gadis remaja mempersenda zikir telah heboh diperkatakan. Saya rasakan, klip mempersenda pemakaian tudung ini adalah yang terbaru.

Pada saya, seolah ada satu kaitan antara isu ini dengan isu yang saya ceritakan di atas. Kedua2nya bersifat penghinaan dan persendaan , yang mana sukar untuk kita fahami sebab dan punca sebenarnya mereka bertindak sedemikian. Lalu seharusnya kita berfikir, mengapa penghinaan dan persendaan kepada hukum hakam Allah terus menjadi mainan generasi kita hari ini?

Pelacuran

Isu ini sebenarnya belum selesai bahkan mungkin tidak pernah mahu untuk diselesaikan. Kadang2 kita menjadi hairan, bagaimana golongan bergelar pelajar yang mahu menuntut ilmu tetapi dalam masa yang sama melakukan kerjaya keji seperti melacur hanya semata2 mahukan duit dan imbuhan? Adakah mereka layak digelar pelajar atau mahasiswa? Jauh sama sekali. Saya akui, apabila kita bercakap isu2 sebegini, ia mencacatkan nama dan kedudukan mahasiswa. Namun adakah wajar ia dijadikan alasan untuk kita terus menutup mulut dan berdiam diri?

Kita wajib bercakap , terutama apabila pihak berwajib kelihatannya gagal membendung perkara sebegini dari terus berleluasa. Sejauh mana pula pihak kerajaan memandang berat akan kes2 terlebih berat seumpama ini? Usah bercakap tentang melayu, kalau anak bangsa sendiri pun tidak tahu soal maruah!

Keindahan Islam

Islam melarang kita mengeji atau menghina agama atau kepercayaan orang lain, kerana dibimbangi mereka akan turut menghina dan mencela agama Islam dalam kejahilan mereka. Hari ini, bukan hanya orang kafir yang menghina Islam, tetapi darah daging kita sendiri yang melakukan hal tersebut.

Kita marah apabila orang kafir membaca Al-Quran, tetapi mengapa kita tidak cakna apabila melayu Islam langsung tidak tahu membaca Al-Quran? Bahkan sehingga sampai ke tahap menghina zikrullah? Menghina pemakaian tudung yang disyariatkan Allah?

Siapa yang sebenarnya sedang mempolitikkan isu agama sekarang ini?

Seharusnya kita berganding bahu menonjolkan keindahan Islam kepada masyarakat. Kalau kepada sesama Islam pun dakwah kita beku dan tidak bergerak, bagaimana mungkin dakwah itu akan sampai kepada orang bukan Islam? 50 tahun kita merdeka, berapa ramai masyarakat bukan Islam yang berjaya kita Islamkan? Dan kalaupun tidak mampu diIslamkan, sejauh mana kita berjaya tonjolkan keindahan Islam kepada mereka??


Kita tidak begitu. Jauh langit dengan bumi.

Kita sibuk bercerita tentang hiburan, tentang konsert, tentang penubuhan kelab malam. Bila masa kita hendak berbicara tentang keindahan Islam kepada anak beranak kita, kepada saudara mara dan kepada masyarakat? Anda pemimpin, tidak kiralah belah mana sekalipun, selagi anda bergelar muslim, anda ada tanggungjawab dan kewajipan.

Saya tidak hairan dengan munculnya golongan2 berperangai jahiliah seperti di atas, kerana kita tahu dan faham, bahawa mereka berdiri atas paksi kejahilan yang sangat menebal. Mereka menolak untuk mendengar kuliah2 agama, kerana mereka lebih berminat dengan hiburan dan konsert. Mereka menolak buku2 agama, kerana mereka lebih gemar akan novel2 dan majalah2 hiburan. Mereka membenci ustaz2 dan pendakwah agama, kerana mereka ada tokoh2 serta artis2 pujaan.

Siapa yang membuka ruang kepada mereka kalau bukan kita? Kemudian, apabila melihat tindakan2 mereka seperti di atas, kita marah. Kita mengatakan mereka bodoh, bangang, hina agama dan sebagainya. Hakikatnya ia berpunca dari kita sendiri.

Saya tegaskan, bahawa fenomena penghinaan ini adalah lahir dari kegagalan mereka memahami KEINDAHAN ISLAM.

Seorang manusia, apabila gagal melihat kebaikan pada sesuatu perkara, dengan mudah dia akan menolak perkara tersebut. Kita yakin, bahawa bukan Islam itu tidak indah, tetapi kita yang gagal menzahirkan keindahan tersebut. Sehingga muda mudi kita jauh sama sekali untuk berminat, bahkan tidak segan silu mengeji dan mempersenda agama mereka sendiri.

Sebab itu , jika ditanya kepada saya tentang lagu ''minah tudung'' , saya katakan ia jauh menyimpang dari konsep methodologi dakwah yang sebenar. Sepertimana saya katakan di atas, penghinaan kepada agama lain dilarang kerana akan menyebabkan berlaku penghinaan balas. Begitu juga dalam konteks dakwah. Kita menghina mereka yang bertudung tetapi tidak menutup aurat dengan mengatakan mereka 'minah bodoh', tetapi kesan yang kita dapati, mereka akan membalas kembali dengan ejekan, seperti yang anda saksikan di atas.

Kita boleh katakan apa sahaja kepada mereka, bodoh, bangang,kurang ajar dan sebagainya. Namun mereka akan jawab ; ada aku kisah?

Rasional Bukan Emosional

Serahkan bab2 melepaskan amarah itu kepada mereka2 yang jahil sahaja dan jangan sesekali kita amalkan. Percayalah bahawa kesannya sangat dahsyat, seperti yang saya ceritakan di atas. Bagaimana golongan yang merasa tidak berpuas hati dengan cara agama disampaikan kepada mereka akhirnya bertindakbalas dengan penuh kebencian dan kejahilan.

Kita enggan melihat barah ini terus menular dalam masyarakat. Muda mudi yang jauh dari memahami Islam, tetapi dinilai sebagai sudah cukup islamnya hanya kerana memakai tudung dan menghormati ibu bapa. Di sinilah kita silap. Sewajibnya saranan bertudung didasarkan dengan kefahaman mengapa perlunya bertudung. Dalil naqli semata2 boleh jadi tidak cukup memahamkan mereka, justeru perlu lebih mahir menggunakan dalil aqli. Biarkan mereka berfikir dan menerima atas dasar kefahaman.

Persoalannya di sini, adakah proses2 penting ini sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini? Adakah ini proses yang sedang dipraktikkan oleh ibu bapa dalam sesebuah keluarga muslim hari ini? Adakah proses2 ini yang sedang ditekankan oleh para guru mahupun pensyarah yang ada pada hari ini? Adakah proses2 ini yang sedang dititikberatkan oleh pemerintah yang berkuasa pada hari ini..??

Bukalah mata dan minda,lebih2 lagi jika anda seorang mahasiswa Islam. Anda bakal lahir sebagai pendakwah dan mereka amat2 memerlukan anda. Sedarlah bahawa masyarakat kita sedang bersalut dengan kejahilan yang teramat serius. Sedarlah bahawa kerja dan amanah yang tergalas di bahu kita tersangat berat dan hebat.

Kerana itu saya pernah kata, usahkan hendak berbicara tentang masalah wahabi, syiah atau isu penggunaan kalimah Allah kepada masyarakat, masalah asas sebegini pun masih terlalu banyak compang campingnya. Justeru, janganlah bercakap dengan orang awam seperti bercakap dengan Dr Yusuf Qardhawi!

sekian.

1 comments:

LIANA December 26, 2010 at 4:17 AM  

Ya Allah,smg Allah mengubahkn kaum lelaki dn prmpuan skrg menjadi muslim dan muslimah yg sentiasa berlandaskn atas jalanMu...

ana tak snggup tengok video yg ke-2 tu.

teruskn menulis krn Allah Taala.
Barakallahufikum..

Archive Blog