Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

11 December 2010

Jangan Merajuk Sayang

Irbid yang dibasahi hujan


Merajuk. Biasalah, kerana manusia itu berperasaan. Merajuk berpunca dari hati, samada kecil hati, sakit hati atau terasa hati. Akhirnya membuatkan manusia tawar hati pada seseorang atau sesuatu. Itukan lumrah yang sama kita lalui saban hari.

Titisan hujan lebat sebentar tadi bagai menterjemah kesedihan dan kesayuan di lubuk hati saya. Mengalunkan Surah Al-Ahzab untuk diri sendiri dalam iringan titis hujan bagai satu perkara istimewa yang sukar diperolehi. Saya termuhasabah. Hubungan antara seorang insan , dengan kalam yang maha benar dari Tuhan.

Nostalgia

Demi Allah, tidak ada nostalgia lebih indah dari mengingati saat2 mula bersamanya. Tidak ada kenangan lebih manis dari tika mula2 berdampingan dengannya. Sampai mati pun, ia tetap adalah perkara nombor satu paling istimewa buat saya.

Suatu masa dahulu kami sering berdampingan. Ya, rapat sedari kecil. Di mana ada saya, di situ ada dia. Ke mana saya pergi, dia tetap saya bawa bersama. Dia teman akrab saya di mana2. Atas bas, atas kereta, dalam perjalanan ke mana2, saya bahagia dengan kehadirannya.

Merajuk

Dia terlalu istimewa. Akrabnya dia dengan kita bukan kerana wang atau harta, jauh sekali kerana rupa. Akrabnya dia kerana perhatian dan tumpuan yang kita beri ke atasnya. Merajuknya dia bukan kerana berselisih faham atau terasa dengan kata2, tetapi merajuknya dia kerana lalai dan alpanya kita.

Semakin kita beri perhatian kepadanya, semakin dia senang dengan kita. Lebih banyak masa kita luangkan bersamanya, lebih dekat hati kita kepadanya. Sungguh, perasaan2 inilah yang menjadikan saya rasa dunia ini bagai saya yang punya.

Menjauh

Mahu atau tidak, saya terpaksa akui. Masa sekarang tidak lagi sama seperti dahulu. Pelbagai unsur luar yang meresap menjadikan masa saya bersamanya kian terhakis. Tumpuan saya kepadanya tidak lagi setajam dahulu. Perhatian saya juga begitu.

Namun Allah itu Maha Penyayang. DIA masih sudi untuk menautkan kami bersama. Sekurang2nya, saya masih bertemankan dia tika keseorangan ke mana2. Saya lebih tenang melayannya daripada berbual2 kosong atau mendengar apa2 nyanyian. Cuma, untuk memberikan perhatian dan masa khusus seperti dahulu, saya masih tidak mampu.

Apa yang mampu saya lakukan, adalah ingatkan diri saya sendiri setiap masa. Sekurang2nya, bila saya menulis, saya tujukan dulu untuk diri saya sendiri. Masa ini, tidak ada sesiapa yang akan mengambil berat tentang hubungan saya dengan dia, melainkan kesedaran saya sendiri. Jika benar saya ikhlas sayangkan dia sepenuh hati saya, maka saya pasti sanggup lakukan apa sahaja kerananya.

Andainya tidak, maka dia akan terus menjauh bahkan meninggalkan saya bila2 masa sahaja. Tentu sekali, rajuknya perlu dipujuk!

Perhatikan



Sabda Nabi s.a.w. : Sesungguhnya perumpaan Al-Quran bagi penghafaznya adalah seperti seekor unta liar di padang pasir. Jika kita mengikatnya dengan kemas, maka kita dapat menjaganya. Sebaliknya jika kita leka, maka unta tersebut akan menghilang pergi.

Itulah yang saya maksudkan. Manusia merajuk dengan ragamnya, namun masih boleh dipujuk. Tetapi Al-Quran? Andainya kita alpa, dia akan pergi meninggalkan kita. Percayalah, hendak mengingati hafazan yang baru seribu kali lebih mudah berbanding menhafaz balik hafazan lama yang kita lupa- akibat kealpaan kita mengulanginya.

Memujuknya pula bukan sekadar berkata2. Bahkan lebih daripada itu. Jika kita mahu berbaik dengannya, maka lazimilah mendampinginya setiap masa. Biasakanlah membacanya setiap waktu dan ketika. Sungguh, tiada ubat hati yang paling mujarab berbanding membaca Al-Quran.

Saya sendiri kadang2 sayu bila berbicara tentangnya. Kerana tiada apa yang lebih saya sayang berbanding dengannya. Ya Allah, janganlah Engkau jauhkan Al-Quran dari hati dan ingatanku, dan ampunkanlah kelemahan aku dalam melaziminya Ya Allah. Hanya Engkau yang mampu memberi kekuatan kepadaku. Amin..

sekian

p/s : 'Dia' adalah Al-Quran . gambar di atas saya 'snap' di masjid Al-Hussein, Amman semalam.

1 comments:

faqirah December 17, 2010 at 12:01 AM  

syukran ust atas perkongsian yg bermanfaat ini..sgt2 terharu dgn penulisan ust ini.

Archive Blog