Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

24 December 2010

Isu Mahasiswa : Potensi & Nilai Kredibiliti Anda

gambar hiasan


Menjadi suatu rahsia Allah apabila Dia menciptakan manusia dalam keadaan yang berbeza2 seperti yang kita lihat hari ini. Ada yang berkulit putih ada yang berkulit gelap, begitu juga ada yang berbakat menulis dan ada yang berbakat ' melalak '. Namun kita wajib yakin dan percaya, bahawa Maha Suci Allah daripada apa sahaja bentuk kekurangan, sebagai contoh menganggap bahawa wujudnya orang kurang upaya adalah daripada lemahnya penciptaan Allah. Perbezaan yang kita lihat hari ini adalah gambaran kebijaksaan Allah, yang tidak akan difahami melainkan oleh orang2 yang merenung dan berfikir.

Sebab itu banyak ayat2 dalam Al-Quran, Allah menyarankan supaya manusia berfikir.

Sahutlah seruan tersebut, dengan mengambil sedikit masa merenung dan berfikir tentang diri kita sendiri. Ramai orang gagal meningkatkan potensi diri sendiri dek kerana asyik melihat kepada orang lain. Kemudian mulalah datang rasa ''tidak layak'' , ''aku tidak hebat'' , ''aku ni siapa'' dan lain2.Hasil daripada itu juga lahirlah individu2 yang bersifat taksub, bertaqlid buta dan suka mengagung2kan seseorang.

Kita perlu ingat, orang2 yang dilihat hebat hari ini lahirnya daripada perut seorang manusia biasa, bukan dinasour. Makannya juga makanan yang sama, bukan batu atau kayu. Mereka adalah manusia, anda juga seperti mereka. Jangan jadikan perbezaan yang terkandung rahsia kebijaksaan Allah itu sebagai alasan untuk anda menidakkan diri anda sendiri. Anda silap.

Rasa Rendah Diri?

Orang yang sering menidakkan kebolehan diri sendiri hakikatnya bermain dengan perasaan. Boleh jadi juga ada kaitan dengan masa lampau atau masa silam. Namun kebanyakannya bukan disebabkan apa2 latarbelakang, sebaliknya hanya berpunca dari diri sendiri semata2.

Contoh seorang yang berbakat melukis. Namun dia terlalu risau kalau2 lukisannya dilihat oleh orang lain, dek kerana rasa rendah diri yang melampau dan perasaan tidak yakin yang keterlaluan. Dalam masa yang sama dia melihat kepada novelis2 yang hebat serta pemidato2 yang berkaliber. Lantas dia mengatakan ; alangkah tidak layaknya aku dibandingkan dengan mereka. Mereka sungguh2 hebat, kerana itu mereka diangkat dan diiktiraf. Sedangkan aku langsung tidak ada bakat menulis apatah lagi bersyarah.

Lihat. Bagaimana seseorang yang bermain dengan rasa rendah diri akhirnya tidak mampu untuk memajukan diri sendiri, walhal sepatutnya dia mampu berdiri sama tinggi dengan orang2 yang dikaguminya tersebut.

Katakan anda mempunyai suatu idea atau pendapat, tidak semestinya pendapat2 tersebut harus anda salurkan di dalam bentuk penulisan atau ceramah semata2. Jika anda benar2 menghargai potensi atau bakat melukis yang anda ada, anda mampu menterjemahkan segala pandangan tersebut dalam bentuk yang lebih menarik. Bahkan tidak mustahil, segala pandangan serta idea anda dalam bentuk lukisan lebih mendapat perhatian berbanding yang lain.

Itu hanya satu contoh. Kiaskanlah dengan diri anda. Jika sampai kini anda masih merasakan anda 'tidak punya apa2' bermakna proses merenung dan berfikir tentang diri anda sendiri masih belum sempurna. Atau boleh jadi, anda tidak pernah pun mengambil berat dengan proses tersebut.

Ideologi / Fikrah

Cuba lihat dalam konteks seorang mahasiswa. Mahasiswa adalah golongan yang diakui sebagai kaya dengan ideologi. Zaman mahasiswa adalah zaman seseorang menentukan hala tuju perjalanannya, masa di mana seseorang menetapkan landasan perjuangannya, dan waktu di mana seseorang meyakini idealismanya yang tersendiri. Sesungguhnya mahasiswa bukanlah golongan yang pasif, tidak proaktif dan bersifat seperti lalang ditiup angin.

Sebab itu, fatrah bergelar mahasiswa bukanlah suatu fatrah yang hanya bersifat beku atau tertutup. Sebagai contoh, bangun pagi pergi ke kuliah kemudian balik ke rumah bermain facebook manakala petangnya ke padang bermain bola. Hanya itu rutin hariannya. Rutin ini menjadikan anda digelar mahasiswa hanya pada nama semata2.

Fatrah bergelar mahasiswa adalah fatrah terbaik untuk seseorang 'meraikan' sifat ingin tahu yang membuak di jiwanya. Juga membongkar segala potensi yang wujud dalam dirinya sendiri. Anda boleh jadi berbakat , tetapi bakat anda malap, dan ia malap kerana anda tidak pernah prihatin untuk mengasahnya. Anda ada pengasah, tetapi sekadar disimpan buat pekasam.

Fikrah atau idelogi adalah kawan rapat kepada seseorang, lebih2 lagi mahasiswa. Mudahnya seseorang menyebut 'entahlah,saya neutral, tidak berpihak' sedangkan masyarakat meletakkan segunung harapan di bahunya untuk pulang mengislahkan ummat. Dari dulu lagi, saya agak anti dengan golongan 'atas pagar'. Berpersatuan tidak, berjamaah pun tidak. Itu dalam situasi di kampus. Mahasiswa dan orang kampung berbeza, jadi sikap 'atas pagar' keduanya juga jauh berbeza. Sebagai mahasiswa, anda langsung tidak wajar mengambil sikap atau pendirian sedemikian.

Saya tidak mengatakan seorang mahasiswa wajib aktif berpersatuan, wajib berpolitik atau wajib memilih mana2 jamaah. Sila faham, bahawa saya tidak bercakap tentang hal tersebut. Sebaliknya saya bercakap tentang sikap. Sikap berdiri atas pagar sinonim dengan orang yang bersifat individualistik atau tidak cakna dengan persekitaran. Sikap ini hanya hinggap pada mahasiswa yang tidak ada kesedaran tentang siapa dia pada masa akan datang.

Lalu , berfikrah meskipun berbeza lebih dihormati daripada tidak berfikrah / berpendirian langsung.

Kredibiliti

Saya suka bercakap tentang kredibiliti. Bagi saya, ia adalah buah yang lahir dari seseorang yang sedar akan kepentingan memajukan potensi diri sendiri. Sama juga, kredibilit perlu dibina. Ia berkaitan dengan isu bagaimana orang melihat anda. Ada orang berhujah, bahawa kita hanya perlu perhatian Allah bukan perhatian manusia.

Lantas dalam konteks mahasiswa, berpakaian selekeh pun tidak mengapa, tidak perlu kemas2 atau menjaga etika, kerana yang lebih penting adalah pandangan Yang Maha Esa. Sikap orang terlebih alim sebeginilah yang memunahkan kredibiliti golongan mahasiswa. Dia tidak sedar bahawa kecantikan luaran itu terzahir dari kebersihan dalaman.

Itu tentang penampilan.

Begitu juga cara bercakap. Isu softskill dan sebagainya. Mahasiswa yang cakna dengan segala perkara tersebut akan memperlihatkan kredibilitinya yang tersendiri. Persoalannya, berapa ramai dari kalangan mahasiswa yang tahu dan mahu untuk mengambil berat segala hal tersebut?

Methodologi

Perlu kita fahami, bahawa banyak masalah dalam masyarakat hari ini adalah berpunca dari soal methodologi atau cara. Sebagai contoh, dalam bab agama dan dakwah. Kadangkala bukanlah seorang ustaz itu tidak hebat pencapaian akademiknya atau tidak mantap keilmuannya, tetapi akibat kekurangan softskill, ia mencacatkan cara atau method, yang akhirnya menjadi suatu fitnah pula ke atas ustaz tersebut.

Ustaz yang lahir hari ini tidak boleh disamakan dengan ustaz pada masa2 dahulu. Masyarakat sekarang lebih terbuka. Kadang2 bahan ilmiah yang ada pada mereka pun tidak kita ketahui, maklum saja zaman ini segala maklumat di hujung jari. Zaman sekarang adalah zaman di mana lahirnya masyarakat yang gemar mengkaji dan menyangka bahawa mereka lebih berilmu daripada ustaz yang mengaji dan bertalaqqi.

Di sinilah timbul banyak perselisihan, sehingga terjadi isu para ustaz ditolak oleh golongan muda dalam masyarakat dan sebagainya. Hari ini, kelemahan dari segi mengolah, mengaitkan dengan keadaan semasa, menyediakan informasi tambahan dan mencetus keunikan dalam penyampaian akan menjadikan audien jemu dan lari dari kita.

Alangkah malang jika para mahasiswa yang ada hari ini, khususnya mahasiswa Islam masih tidak menyedari hakikat tersebut. Mereka merasakan bahawa tempoh pengajian masih lama atau mereka masih seorang pelajar dan sebagainya, sehingga mendorong mereka untuk lalai dan leka dari proses memperbaiki dan meningkat pontensi diri mereka sendiri.

Ubah Sekarang , Jangan Berlengah!

Saya suka bercakap tentang perkara sebegini, kerana saya berpendapat ia suatu isu yang penting. Hari ini, sebahagian besar mahasiswa yang mendalami bidang syariah- sebagai contoh - masih gemar menyalin pendapat tokoh2 tertentu tentang sesuatu isu agama walhal dia berkebolehan untuk mengulas dari perspektifnya sendiri.

Kadang2, bila kita cakap begitu, orang akan jawab balik ; rasa dah cukup pandai ke?

Jawapannya, pandai tak pernah cukup dan tidak ada satu tahap pun yang boleh mencukupkan kepandaian anda. Belajarlah berhujah sebagaimana mereka, dan carilah hujah bagi mendekatkan tahap anda kepada mereka. Maksud saya, kebanyakan isu agama yang bersifat semasa , sebagaimana kita lihat hari ini, ia mendapat reaksi daripada tokoh2 tertentu dalam bentuk pendapat atau pandangan. Sudah tentu ia merujuk kepada sesuatu dalil, namun tetap berlaku percanggahan dari segi idea atau pandangan.

Dari sana, jika anda mahu, anda boleh mempraktikkan ilmu sedia ada dengan mencuba untuk berhujah dalam batasan ilmu yang anda ada. Segala perbezaan pendapat yang anda terima bakal menjadikan anda lebih matang dan lebih maju, sehingga tanpa anda sedari, tulisan2 atau hujah2 anda pula yang menjadi rujukan masyarakat.

Masalahnya bukan mereka, masalahnya pada diri kita sendiri. Selagi mana kita tidak mahu keluar dari zon selesa, selagi itulah kita berada di takuk lama.

Alangkah sedih jika hari ini, golongan mahasiswa masih tidak matang berhujah, bercakap tergagap2 dan tidak serius, penampilan langsung tidak kemas,  langsung tidak proaktif untuk mencetuskan idea2 baru dan masih bermain2 dengan kehidupan di kampus. Soalnya, sampai bila anda akan terus begini?

Sudah2lah berhipokrasi ; alah, nanti balik malaysia kita berubahlah..

Kerna hakikatnya ; nilai kredibiliti yang dibina tidak akan sama dengan nilai kredibiliti yang dibuat2.

sekian

2 comments:

Ainaa Athirah December 24, 2010 at 10:34 AM  

alhamdulillah,terasa bagai mendapat satu semangat baru setelah membaca dan menghayati artikel ini :)
inshaAllah,selepas ni takkkan ada lagi sikap rendah diri harus berani!
harap artikel ini dapat disambung..:)

hafizquran December 24, 2010 at 5:45 PM  

aina : selamat maju jaya untuk anda!

Archive Blog