Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

09 December 2010

Ini Semua 'angkel' Punya Pasal!

Salam malam jumaat

Sehari dua ni kecoh cerita tentang seorang pak cik yang kena saman dengan bekas permaisuri. Sekali tengok memang macam antara dua darjat. Sebenarnya tidak berminat pun dengan cerita pak cik tersebut yang kononnya sensasi. Tak ada sensasi mana pun. Lawak ada la. Sampai buku kena sekat.

Kisah yang dia bongkarkan langsung tidak ada kena mengena dengan orang lain. Ia semacam hendak melepaskan sejenis 'tekanan' yang dialami oleh pak cik itu sendiri. Apa bentuk tekanan, saya rasa pembaca boleh fikir sendiri. Yang pasti, ada kaitan dengan jiwa.

Jin Dan Syaitan

agenda memperbodoh orang melayu

Makhluk Allah berupa jin dan syaitan bukanlah sahabat kepada manusia. Bukan tempat manusia minta tolong. Bukan tempat manusia berlindung. Lebih2 lagi syaitan. Bahkan Allah wajibkan manusia untuk jadikan syaitan sebagai musuh. Tidak boleh kita duduk tengah2, tak nak berkawan dan tak nak bermusuh, sebaliknya wajib ke atas kita untuk isytihar syaitan sebagai musuh.

Firman Allah ta'ala : Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu, maka kamu kena ambil dia sebagai musuh.

Jin juga begitu. Sejarah menyaksikan bagaimana terdapat manusia yang teruja dengan ilmu2 kebatinan sehingga terjebak dalam persahabatan dengan makhluk bernama Jin. Lalu bermulalah pelbagai bentuk kerosakan dan kemusnahan pada manusia itu sendiri.

Jangan disamakan dengan Nabi Sulaiman. Beliau seorang nabi bahkan satu masa dahulu mempunyai kerajaan dari kalangan jin, manusia dan haiwan. Mana ada di zaman ini seorang manusia yang boleh menguasai alam jin dan alam manusia? Dan Jin pada masa itu menjadi 'kuli' kepada Raja Sulaiman, bukan sahabat.

Dalam Al-Quran , Allah mengingatkan manusia tentang Jin. Allah melarang manusia daripada meminta tolong dengan Jin. Sehingga dalam Al-Quran ada satu surah khusus cerita tentang Jin yang dinamakan Surah Al-Jin.

Tipudaya

Dua ekor makhluk ini sangat terkenal dengan tipudaya. Sebab itu kita dilarang mengambil mereka sebagai sahabat. Masih ramai manusia yang boleh kita jadikan kawan, daripada berkawan dengan Jin. Sehingga dikatakan, sebaik2 Jin adalah sejahat2 manusia.

Orang melayu terutamanya, suka benar benda2 macam ni. Minat benar dengan pawang, bomoh, ilmu kebatinan, ilmu ghaib, cerita hantu dan seumpamanya. Dalam kaca televisyen bersepah cerita karut dan tahyul tentang hantu sahaja. Tak cukup hantu melayu, import pula hantu indon. Minat sungguh!

Itu belum cerita jenis2 hantu yang dinamakan oleh manusia melayu. Antaranya pak cik kat atas ni la. Sehingga ditulis pula cerita pasal 99 ekor hantu. Masya-Allah. Inilah antara manusia penggerak agenda memperbodohkan orang melayu. Tapi kuasa Allah Maha Hebat, segala perancangan karut itu lingkup dan tidak berjaya.

Berbalik pasal tipudaya, Jin adalah sejenis makhluk yang langsung tidak boleh dipercayai. Anda tanyalah mana2 ustaz yang pakar dalam bidang perubatan Islam. Siapa boleh pegang kata2 Jin? Siapa boleh percaya janji2 Jin? Tidak ada.

Histeria

Seorang ustaz yang berpengalaman merawat pesakit yang diganggu oleh Jin menceritakan, tika seorang perempuan sedang dirawat di dalam rumah dan kita sedang berusaha mengeluarkan Jin yang masuk ke badannya, sebenarnya beribu2 ekor Jin lain sedang menunggu di sekeliling rumah untuk terus menganggu. Ingat Jin boleh sign kontrak ke untuk tidak kembali buat kacau?

Itu duduk perkara. Tetapi hairannya, ada juga orang melayu kita yang sibuk nak berkawan dengan Jin. Menjejak paranormal la, seekers la, macam2 alasan. Mencari kebenaran atau mencari nama dengan benda yang bukan2? Akibat kerja orang2 seperti ini, budak2 nak keluar pergi mengaji malam2 pun takut. Anak2 nak pergi tandas malam2 pun tak berani. Lebih teruk, bukan takat anak2, orang tua pun jadi penakut!

Peribadi

Ini cuma pandangan peribadi saya. Tidaklah saya mahu kaitkan kes yang sedang dihadapi oleh pakcik tersebut dengan mana2 Jin. Pandai buat, pandailah tanggung. Beberapa orang yang mahir undang2 meramalkan pak cik tersebut akan lingkup. Kita tunggu dan lihat.

Cuma pada saya, ada dua benda yang saya tidak setuju dengan pak cik tersebut. Pertama, perangai buruk beliau yang menipu untuk cari makan dengan menggunakan cerita2 hantu dan jin yang karut marut. Kedua, tindakan busuk hati beliau yang mendedahkan keaiban seorang perempuan - yang pada saya masih terpelihara auratnya di hadapan masyarakat - dengan memaparkan pelbagai gambar yang memalukan.

Apapun kes engkau dengan dia, silalah bertindak profesional. Saya bukan sesiapa untuk mengatakan siapa salah siapa betul. Saya cuma seorang rakyat kecil yang prihatin dengan bangsa sendiri.

sekian

p/s : kata orang ; kalau sebut2 cerita Jin, dia akan semakin dekat dengan kita. anda percaya?

2 comments:

yaya December 13, 2010 at 3:32 PM  

kalau dikatakan seorang manusia tu ber'sahabat' dgn orang kayangan ?? sameke dgn manusia tuu ber'sahabat' dgn jin ?

hafizquran December 13, 2010 at 5:15 PM  

pendapat yg paling rajih adalah semua bntuk jelmaan,org kayangan atau hantu dsbg adalah daripada Jin. justru,bsahabat dgn smua bnda tsebut samalah spt bshbt dgn Jin. wallahua'lam

Archive Blog