Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

11 December 2010

Harga Sebuah Ukhwah


Irbid - malam minggu yang sejuk


Jom bersembang pasal ukhwah. Diharap anda tidak jemu membaca posting berkaitan tajuk ini. Maklum saja,sana sini orang bercakap tentang ukhwah, persahabatan dan sebagainya. Cuma saya rasa, saya sendiri sangat jarang menulis tajuk tersebut. Jadi saya minta maaf awal2 kalau tulisan saya tidak menarik. 

Tapi entah kenapa, akhir2 ini saya seringkali berfikir tentang ukhwah. Lebih tepat lagi tentang jalinan persahabatan antara masyarakat pelajar Malaysia di Irbid. Saya berfikir bukan kerana cacat atau rosaknya ukhwah di kalangan kita di sini. Bukan kerana itu. Bahkan saya akui, suasana ukhwah yang terjalin antara pelajar2 kita di Irbid - di bawah PERMAI - cukup mantap dan membanggakan.

Semangat tolong menolong cukup menebal tidak kira orang baru atau orang lama. Bahkan senior dan junior boleh rapat dalam masa yang singkat. Ukhwah yang diperlihatkan tidak ubah seperti hubungan abang dan adik. Tipulah kalau saya katakan saya tidak gembira dan bahagia kerana berada di kalangan mereka. Hanya kata syukur mampu saya panjatkan kepada DIA yang menautkan hati kita semua.

Runsing

Saya tidak hipokrit bila bercerita tentang fenomena di atas. Bagi saya, itu hakikat yang saya nampak dari kacamata saya hari ini. Pada orang lain, mungkin berbeza. Tetapi mengapa keadaan yang sedemikian baik tiba2 mendatangkan sejenis kerunsingan kepada saya?

Kata orang, bila kita mula sayang, kita akan takut untuk kehilangan.

Saya juga begitu. Seringkali merasa risau dan bimbang, andaikata suasana penuh mahabbah dan ukhwah yang cukup erat yang saya saksikan hari ini, tiba2 terhenti untuk hari esok. Bagaimana jika kita di bumi Irbid tidak lagi dapat bersama2 mengharung kehidupan suka duka sebagai pelajar di bumi anbiya' ini? Bagaimana jika kita yang hari ini dapat bergurau senda, bertepuk tampar, berbalas2 komen di facebook, tiba2 hari esok menjadi orang asing yang seolah tidak mengenali antara satu sama lain??

Saya prejudis? Saya negatif? Katakan apa sahaja. Tetapi saya pernah merasa. Rosaknya sebuah ukhwah yang terbina ibarat sebuah mimpi ngeri. Hubungan yang erat dan mantap, kesatuan yang diikrar untuk sama dipertahankan, akhirnya hanya bertahan selama tidak kurang satu tahun sahaja. Tahun berikutnya, masing2 merasa sudah dewasa dan masing2 sudah ada 'kepala'. Sedarkah anda bahawa keadaan itu banyak berlaku di mana2? Dan MUSTAHILKAH keadaan sama berlaku di tempat kita..?Semoga Allah memelihara kesatuan yang kita bina.

Barang Yang Indah

Ukhwah sangat sinonim dengan perkataan indah. Bagaimana indahnya ukhwah, hanya orang yang merasai sahaja yang akan memahami. Dan hanya orang yang memahami sahaja yang akan tahu MENGHARGAI. Ukhwah ibarat barang indah yang tidak mungkin boleh ditukar ganti.

Ketika anda lemah, ada orang lain yang sudi menguatkan anda. Tika anda perlu bantuan, begitu banyak tangan yang sukarela membantu. Tika anda alpa dan lupa, ada orang yang setia mengingatkan dan mengajak anda kembali kepadaNya. Apa sahaja yang anda lalui, anda akan rasai bahawa anda tidak keseorangan.

Rimas

Ukhwah adalah satu ikatan yang menafikan sifat nafsi2. Atau lebih tepat, individualistik. Ukhwah tidak akan 'ngam' dengan orang2 sebegini. Dan percayalah, orang2 sebegini juga tidak akan 'ngam' dengan perkataan ukhwah. Sebaliknya mereka akan merasa rimas dan tidak senang. Mereka benci diri mereka diambil berat. Mereka tidak suka diingatkan atau ditegur. Bagi mereka, kubur sendiri2. Padahal, memanglah kubur sendiri2 tapi kalau mati, kena orang tolong tanam. Kenapa tak tanam sendiri?

Berbalik soal ukhwah, saya sangat optimis, insan2 yang memahami dan mengerti apa itu ukhwah, pasti merasa takut untuk kehilangannya. Perpecahan adalah ancaman berterusan kepada ikatan bernama ukhwah.

Manakala berpadu dan bersatu adalah tunjang utama bertahannya sebuah ikatan bernama ukhwah. Hayati firman Allah ta'ala :

'' dan hendaklah kamu bertolong2an atas perkara kebaikan dan ketaqwaan , dan janganlah kamu bertolong2an atas perkara dosa dan permusuhan "

Apapun tafsiran dan pandangan anda tentang ayat tersebut, pada saya, suruhan supaya bersatu padu mempertahankan ukhwah yang terbina di antara kita tergambar dengan jelas pada ayat di atas. Saya bercadang untuk menulis juga tentang isu2 khilaf yang menjadi salah satu faktor utama berantakannya ikatan ukhwah fillah. Tetapi untuk kali ini, saya hanya nak simpulkan, bahawa sejauh mana anda rasa pendapat anda betul, tetapi dalam satu keadaan anda MUNGKIN SALAH. Iaitu apabila kata2, tindakan atau perancangan anda terbukti menjadi barah yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan permusuhan sesama sendiri.

Bersama Kita Buktikan

Tulisan saya tidak langsung ada kena mengena dengan mana2 pihak. Sebaliknya saya cuma mahu memberi gambaran yang tersangat umum tentang fenomena sebegini yang hakikatnya banyak berlaku di kampus2 baik dalam mahupun luar negara. Usah mulakan apa2 episod tuding menuding , sebaliknya kalau tuding, tudinglah pada diri sendiri terlebih dahulu.

Sejauh mana kita menghargai ukhwah yang kita ada pada hari ini? Sejauh mana hati dan jiwa kita sedar tentang harga dan nilainya ukhwah tersebut? Dan sejauh mana pula kita telah berusaha untuk mempertahankan ikatan suci bernama ukhwah tersebut?

Sudah2lah berpeluk tubuh. Ayuh singsing lengan dan turun padang. Setakat mana kita mampu menyumbang, kita berilah sumbangan. Sedikit atau banyak, Allah tidak pernah lalai dari menilai. Yakinlah bahawa niat yang ikhlas itu menjadikan kerja buat kita bertaraf ibadah. Saya menulis untuk mengingatkan saya. Dan saya menulis supaya kita sedar bersama.

Hendak membina ukhwah, mungkin memakan masa bertahun2 lamanya, tetapi hendak meruntuhkan ukhwah, mungkin tidak sampai sehari. Jom buktikan yang kita cakna!

sekian.


nota : akan datang ( kalau diizinkan Allah ) : Parasit Yang Merosakkan Ukhwah

2 comments:

Ckin Kembaq December 11, 2010 at 7:53 AM  

Salam.

Sy setuju dengan pandangan saudara ni. Sbbnya? Sy pernah juga mengalami situasi macam yg digambarkan dlm post ni. Hanya ukhwah kerana Allah, insyaAllah akan diberkati. Kalau berukhwah ats niat lain, pasti kecundang.

p/s : Bila dah makin meningkat usia, akan makin faham ditambah dengan perubahan insan di sekeliling kita..insyaAllah.

hafizquran December 11, 2010 at 8:09 PM  

wslm

betul..sama2lah kita jaga supaya ukhwah kekal bernilai ibadah..amin

Archive Blog