Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 December 2010

Gigitan Manja Musim Sejuk. Aha!




Sejuk mencengkam Irbid

Mungkin kerana musim sejuk tidak ada di Malaysia, maka ia menjadi sedikit istimewa buat pelajar  Malaysia di sini. Di sebalik musim sejuk yang kelihatan seronok jika dikaitkan dengan salji, sebenarnya terdapat kengerian tersendiri yang harus ditempuh dalam musim sejuk tersebut. Sehingga menjadikan mereka yang telahpun melaluinya pada tahun lepas, merasa fobia untuk mengharunginya pada tahun ini.

Namun atas nama perjuangan, harung tetap harung!

Musim sejuk amat sinonim dengan beberapa perkara. Contohnya ; tidur, selimut tebal, makan, pemanas dan sebagainya. Dan kalimah paling popular adalah ; "sejukkk"

Jika kita datang untuk melancong, saya rasa musim sejuk bukanlah satu perkara yang sukar. Bahkan boleh jadi lebih menyeronokkan. Lebih2 lagi jika ditakdirkan turun salji. Seronok bukan main. Tetapi disebabkan keberadaan kita adalah untuk belajar, maka musim sejuk boleh disifatkan sebagai antara cabaran paling sukar. Bukan calang2 orang yang berjaya menempuhinya.

Seperti hari ini, beberapa sesi hujan turun dari pagi. Kemudian angin bertiup kencang. Sejuknya sampai ke tulang. Menggigit dengan gigitan yang paling manja! Akhirnya ramailah yang melekat dengan selimut tebal, bahkan mungkin juga ada yang sepanjang hari cuti bergulung dalam selimut tebal tersebut.

Dalam masa yang sama, detik final exam semakin mendekat. Sudah pasti pelajaran yang harus ditelaah bukan sedikit. Itulah realiti yang sedang kita sama2 tempuh ketika ini. Kalau tidak difikirkan exam, maka sudah pasti tidur sahaja menjadi pilihan.

Musim Sejuk dan Perjuangan

Mengungkap kalimah perjuangan tidak semudah melaksanakannya. Mujahadah adalah prasyarat utama. Paksaan yang berterusan kepada hati dan diri, supaya segala rasa sejuk dan mengantuk dapat diatasi. Percayalah, semua itu bukan mudah.

Itulah namanya berjuang. Belajar juga diiktiraf sebagai satu bentuk perjuangan. Bila sebut kata berjuang, sudah tentu ada kepayahan. Sudah pasti ada musuh yang menghalang. Mana ada orang berjuang tetapi duduk senang lenang.

Saat saya menulis artikel ini, hujan lebat sedang menggila di luar sana. Sudah pasti, selepas ini kesejukan akan bertambah mendadak. Ternyata, hendak mengulangkaji pelajaran perlukan jihad dan pengorbanan yang cukup tinggi. Hanya yang merasa akan faham.

Mungkin selepas ini, gigitan manja akan bertukar ganas..aha!

sekian


p/s : musim sejuk juga menjadikan seseorang itu selalu lapar..

4 comments:

Abu Huzaifah December 12, 2010 at 2:10 PM  

aSSALAMUALAIKUM.kayf haluk ya akhi?.ahlan wasahlan ke blog Abu Huzaifah.Hamba bekas penuntut Jamiah al-Bayt,Mafraq.Selamat berkenalan.

Abu Huzaifah December 12, 2010 at 2:11 PM  

Asssalamualaikum.Selamat berkenalan

Abu HUzaifah December 12, 2010 at 2:12 PM  

Assalamualaikum.Selamat berkenalan..dijemput ziarah blog Abu Huzaifah

hafizquran December 12, 2010 at 8:37 PM  

wslm. salam ta'aruf kembali..:)

Archive Blog