Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

19 December 2010

Forum Kesedaran Mahasiswa : Ulasan Saya

Alhamdulillah, semalam telah diadakan satu program yang dinamakan ''gempur MMY'' bertempat di mabna mu'tamarat. MMY adalah singkatan kepada Majlis Mahasiswa Yarmouk, iaitu sebuah organisasi di bawah PERMAI yang secara khususnya bertindak mengawal selia mahasiswa2 yang berada di Yarmouk Universiti.

Tidak dinafikan nama yang diberikan cukup gah malah kehadiran peserta juga membanggakan. Syabas terlebih dahulu diucapkan kepada pihak penganjur serta petugas program yang saya yakin memberikan komitmen yang begitu tinggi sejak dari awal sehinggalah program berakhir.

Antara segmen kemuncak yang saya rasakan paling penting dalam program tersebut adalah forum kesedaran mahasiswa yang mana ditampilkan 2 panelis di peringkat PhD dan seorang panelis b.a tahun akhir. Di sini saya kongsikan beberapa ulasan :-

[1]

Menghadiri forum atau menyertai forum, tambahan pula forum seperti di atas, adalah tidak sama dengan menghadiri majlis2 ilmu di atas masjid mahupun kelas2 tafaqquh di mana2 kelas. Apabila disebut forum, bermakna akan ada sesi soal jawab dan juga sesi berkongsi pandangan. Itu skala basic. Justeru tidak timbul soal masa kerana sewajarnya masa yang dirangka sudah pun mengambil kira kesemua tersebut.

Namun agak mengecewekan jika kita menyertai forum sepertimana kita hadir ke kelas2 di jami'ah. Perbezaan yang ketara antara keduanya adalah, anda hadir ke kelas mungkin untuk mendengar syarahan dari doctor kemudian bertanyakan soalan. Itu paling baik, tetapi kebiasaannya pelajar akan hadir ke kelas untuk tadah telinga kemudian balik. Berbeza jika anda menganjur atau menghadiri forum. Anda harus datang bukan sekadar untuk tadah telinga, bahkan lebih dari itu.

[2]

Bagi saya, forum sebegini adalah peluang yang sangat baik bagi menghasilkan momentum perubahan dalam kalangan mahasiswa, khususnya sebagaimana disebut ; mahasiswa diniyah. Saya tidak menafikan kesedaran dari segi ibadat, akhlak mahupun kesedaran untuk memperoleh pointer akademik yang tinggi. Tetapi saya berpendapat kesemua elemen tersebut adalah bersifat sentiasa, bermakna di mana2 pun ia akan tetap disebut. Di dalam pintar ( usrah ) , dalam kelas, dalam tazkirah, dalam perjumpaan , mesyuarat dan sebagainya. Dengan kata lain, ia berada dalam ruang lingkup 'tazkirah' iaitu perkara yang diperingatkan sentiasa kerana manusia cepat lalai dan lupa.

Namun, untuk dibahaskan dalam forum seumpama membangkitkan kesedaran mahasiswa, perlulah dibawa isu yang lebih besar. Isu yang berupaya menarik mahasiswa2 yang ada untuk keluar dari dilema malas berfikir, tidak proaktif dan masih tidak nampak corak masa depannya dengan jelas. Pada saya, perkara seperti ini yang wajar diketengahkan dan diberikan penekanan.

[3]

Sewajarnya juga, gelanggang forum menjadi gelanggang untuk para mahasiswa tampil menunjukkan komitmen mereka sebagai seorang mahasiswa, lebih2 lagi mahasiswa Islam. Sewajarnya forum sedemikian menjadi medan percambahan idea, memperoleh idea2 yang segar lagi bernas, perkongsian pendapat atau pandangan dari hadirin dan sebagainya.

Tambahan pula, forum kesedaran mahasiswa sebenarnya bukanlah suatu kelas untuk mengupas masalah yang bersifat terlalu ilmiah, sebaliknya ia lebih kepada perbincangan dan perkongsian bagi membuka mata dan minda mahasiswa akan isu2 tertentu. Bangkitkan isu diri sendiri, kemudian bangkitkan jua isu masyarakat. Isu sejagat dan apa realiti yang sedang mereka duduki. Saya percaya, menjadi mahasiswa luar negara bukanlah satu alasan untuk menutup mata dan telinga kita dari perkembangan semasa.

[4]

Pun begitu, saya berharap agar forum sedemikian akan diteruskan lagi di masa2 akan datang. Berbeza pendapat atau pandangan bukanlah suatu dosa yang harus ditakuti oleh kita golongan mahasiswa. Kita salah apabila berfikir untul 'lari' dari perbezaan pendapat sebaliknya kita harus berani dan mendepani perbezaan pendapat dengan matang dan berani. Itu baru dikatakan mahasiswa.

Mungkin kelemahan2 yang ada masih boleh diperbaiki. Semalam juga kita bercakap tentang identiti mahasiswa Islam. Namun di sana kelihatan masih ramai mahasiswi Islam yang pakaiannya cukup menngecewakan. Memakai kot untuk kelihatan kemas dan segak mungkin tidak salah, tetapi jika sampai menampakkan susuk tubuh dengan sedemikian jelas, maka itu jelas berselisih dengan syariat. Muhasabahlah kembali.


Penutup

Tidak salah bercakap perkara2 yang besar bahkan ia lebih baik daripada sekadar berbual perkara2 yang kecil. Salah satu ciri penting pada mahasiswa adalah ketajaman minda dan fikiran, di mana ia tidak akan diperolehi oleh orang2 yang malas berfikir. Sudahlah malas berfikir, enggan pula menerima pendapat orang lain. Mengkritik semata2 untuk menghentam , itu yang salah. Tetapi jika tiada minda mengkritik, mahasiswa boleh beku. Mengkritik atau membangkang, bermakna proses percambahan idea sedang berjalan. Positiflah.

Semoga program yang dianjurkan semalam mampu menampakkan perbezaannya hari ini dan seterusnya. Gempur bukan sekali sahaja, gempur itu berterusan!

sekian.

0 comments:

Archive Blog