Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 December 2010

Dilanda Angin Kencang

Irbid yang bergoyang ditiup angin

Dari malam tadi, bunyi angin di luar begitu menyeramkan. Tiupan angin yang seakan mahu membawa segala benda terbang bersamanya. Dan pagi ini, warga Irbid terpaksa meredah sendiri angin kencang tersebut untuk ke Jami'ah.

Kesejukan bertambah disebabkan tiupan angin yang terlalu kuat. Bayangkan, kalau angin dari arah bertentangan, anda mungkin tidak mampu mengangkat kaki melangkah. Sepanjang jalan ke Jami'ah, saya saksikan fenomena tersebut. Terutama arab perempuan, mereka akan berhenti seketika dan berpusing ke belakang. Begitu juga kalau angin datang dari arah belakang, maka langkah anda akan automatik bertambah laju ke hadapan!

Usai kelas, saya ke Balad. Mencari2 penutup telinga atau apa2 sahaja yang mampu mengurangkan rasa sejuk terutama di bahagian kepala. Masuk ke tempat bundle di Balad, suasana sungguh menyeramkan menyedihkan. Bagai sebuah kampung yang baru dilanda taufan. Dan mereka berjual beli dalam keadaan bumbung kedai yang bagai bila2 masa sahaja akan terbang dibawa angin kencang. Dahsyat bukan?

Saya pula , awalnya sejuk bagai nak beku, tetapi kemudian bertukar seronok. Menjelajah ke sana ke mari melihat warga Irbid 'menyambut' musim sejuk. Sudah tentu, mereka lebih berpengalaman. Dan kalau mereka pun tak tahan sejuk, orang Malaysia apatah lagi. Tapi apapun, itulah namanya pengalaman.

Suasana jual beli di Balad tampak sedikit huru hara. Maklum saja, berjual beli di tengah2 angin kencang. Pakaian pun berterabur di atas jalan. Namun mereka tetap cool ( agaknya la ).

Usai membeli ayam, ikan, sayur, dan beberapa keperluan lain, saya menapak balik mencari coaster. Dan sampai di syari' jamia'ah, ini yang saya saksikan. Saya sempat tangkap gambar sahaja tanpa dapat memerhati lebih lanjut apa sebenarnya yang terjadi. Suasana agak kelam kabut dan mata saya sendiri kabur berair.

Saya rasa, mungkin akibat angin kencang.

mat'am abu mahmud di syari' jami'ah



sekian

2 comments:

shakirshafiee December 12, 2010 at 9:52 PM  

sama lah cini pon.. kencang gak angin.. ingt masa kat dq ade tudung terbg. hrp2 xde la kat cini. :)

hafizquran December 12, 2010 at 11:58 PM  

betul tu. kat sni xde tudung terbang ket..tapi dengar2 dah ada 'orang' terbang..:D

Archive Blog