Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

13 December 2010

Bila DAP Aminkan Doa

kucing pun reti berdoa :)


Irbid pada 8 darjah celcius

Sedang menyelak halaman maya, terjumpa satu berita dekat portal Malaysiakini.com. Pertama sekali, saya bersyukur dan kedua, saya bergembira. Saya yakin, tidak ada perasaan yang lebih layak untuk dirasai oleh seorang muslim - merangkap daie - apabila membaca perkhabaran sedemikian.

Saya tidak prejudis, meskipun saya tahu, mungkin saat ini begitu banyak manusia yang sedang memendam rasa irihati dan hasad dengki dari berita sedemikian. Beberapa tahun kebelakangan ini memperlihatkan kepada kita bagaimana non muslim begitu 'ditolak' dan 'tidak dialu2kan' oleh masyarakat muslim di negara kita. Mereka seboleh2nya ingin dijauhkan dari Islam, yang kononnya kesucian Islam akan tercemar jika membuka pintu2 kepada mereka.

Islam Milik Siapa

Pertama sekali harus kita ingat dan faham , bahawa Islam itu hak Allah. Segala perkara dari besar sampai kecil, asal namanya syariat, maka harus kita yakin 100% bahawa ia datang dari Allah. Sedikit pun tidak ada tokok tambah dari manusia. Hatta Nabi s.a.w sendiri bukan tukang tambah, sebaliknya hanya penyampai atau dalam bahasa arab dipanggil 'rasul'. Firman Allah ta'ala :

1- " Tidak ada ( tokok tambah ) bagi seorang Rasul itu melainkan hanya menyampaikan ( ajaran Islam ).."

2- " Dan tidaklah dia ( Muhammad ) bercakap mengikut hawa nafsunya, melainkan sesungguhnya ia adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya "

Apa yang Allah turunkan, itulah yang Nabi sampaikan. Allah kata yes, Nabi kata yes. Allah kata no, Nabi akan kata no. Itu Nabi dan Rasul, maksum lagi terpuji. Mana ada manusia atas muka bumi ini yang lebih hebat dan terpuji daripada Nabi dan Rasul? Tiba2, pada zaman kita, ada pula manusia yang mengaku Nabi, atau mungkin tidak mengaku Nabi, tetapi mengubah ajaran2 Nabi mengikut selera dan hawa nafsu sendiri. Lebih hebat dari Nabi ke?

Justeru sila faham, bahawa Islam itu hak milik Allah. Bukan milik abah kita, bukan ciptaan moyang kita. Oleh yang demikian, kita ada tanggungjawab tertentu pada Islam tersebut. Dan tanggungjawab yang paling besar adalah meneruskan agenda Nabi s.a.w - yakni menyampaikan Islam kepada masyarakat.

Islam dan Iman

Bila sebut Islam, wajib ada Iman. Sebut rukun Iman, wajib kena ada rukun Islam. Tidak boleh kurang, tidak boleh lebih. Tidak mungkin seseorang itu dipanggil muslim, jika dia tidak beriman. Dan mustahil seorang digelar mukmin jika dia tidak Islam. 

Tetapi ingat, di zaman kita ini terlalu ramai dalam masyarakat , orang2 yang bergelar muslim tetapi jahil dari makna Iman. Sangkanya, nama Islam yang tercatat dalam kad pengenalan adalah tiket untuk dia 'memiliki' Islam dan menjauhkannya dari orang lain, padahal dalam masa yang sama dia begitu jahil tentang apa itu syariat, apa itu tuntutan, tegahan, halal serta haram yang terkandung dalam Islam sejak zaman berzaman.

Manusia begini yang biasanya menyusahkan. Kejahilan yang tidak mudah diubati, salah satu faktornya adalah bodoh sombong dan enggan belajar. Satu faktor yang lain, meletakkan akal di hadapan wahyu. Sangkanya, intelek adalah segala2nya. Walhal berapa ramai orang intelek yang sedang menempah tiket ke neraka. 

Mereka bukan berusaha untuk meningkatkan Iman dalam diri mereka, atau dalam masyarakat mereka, sebaliknya bersibuk2 sepanjang masa bagaimana untuk menjadikan Islam kekal eksklusif kepada bangsa mereka sahaja. Asal melayu wajib Islam, asal cina wajib kafir. Melayu tidak amalkan Al-Quran tidak mengapa, tetapi kalau cina cuba baca Al-Quran, haram!

Islam itu Sejagat

Salah satu ciri2 khusus Islam adalah sejagat atau universal. Islam itu memang sifatnya menyeluruh. Bukan untuk kaum2 tertentu, puak2 tertentu atau bangsa2 tertentu. Dan kemuliaan tidak pernah jatuh kepada mana2 kaum tertentu, termasuk arab sekalipun. Cubalah renung2kan kenyataan Allah ini ;

" sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu adalah yang paling tinggi taqwanya "

Allah Maha Adil. Tidak pernah mendiskriminasikan sesiapa. Jadi kita sebagai manusia, walau apapun bangsa kita, janganlah terlalu taksub pula. Tidak salah memperjuangkan kemuliaan bangsa, maksudnya supaya bangsa kita menjadi bangsa bermaruah dan bermartabat, tetapi biarlah maruah kita tinggi disebabkan kita mengutamakan Islam, dan biarlah martabat kita melangit disebabkan kita mengagungkan Islam.

Ini tidak, menjadikan Islam sebagai batu loncatan untuk memuliakan bangsa sendiri. Sampai bila pun tidak akan mulia. Ingat, mulia atau hina ini kerja Allah. Kalau Allah menghendaki kita mulia, sekalian makhluk takkan mampu menghinakan kita. Lihat para ulamak dahulu kala, tidak pernah mencari nama, tetapi sampai kini dikenang2 jua. Begitu juga kalau Allah menghendaki kita hina, wang berjuta atau pengikut yang begitu ramai lagi setia pun tidak akan mampu menjadikan kita mulia. Lihatlah Firaun, lihatlah kisah Qarun dan sebagainya. Renung2kan.

Firman Allah ta'ala :

" Dan DIA memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya serta menghinakan sesiapa yang dikehendakiNya "

Berbalik tentang kesejagatan Islam, maka harus kita terima, bahawa sekalian manusia berhak menerima Islam dan diberi ruang serta peluang mengenali Islam, kerana hidayah itu kerja Allah, bukan kerja kita.

Siapa kita hendak katakan si cina ini kafir lantas kita menghinanya serta menjauhkan dia dari Islam? Sedangkan Islam itu ada hak ke atas kita - iaitu untuk disampaikan kepada mereka2 yang belum beriman? Siapa kita untuk mengatakan bahawa si india ini kafir dan tidak layak menerima hidayah?

Belah Dada

Satu kisah dalam sirah yang masyhur, di mana Nabi s.a.w menanyakan soalan yang cukup berbisa kepada seorang sahabat. Kisah yang bermula apabila seorang yang berperang di pihak musuh telah jatuh dan seorang sahabat mengangkat pedang untuk memancung musuh tersebut. Lantas si musuh mengucapkan syahadah, tetapi kepalanya terus dipenggal oleh sahabat tersebut. Apabila cerita ini sampai kepada Nabi, Baginda memanggil sahabat tersebut dan bertanya, kenapa kamu terus memenggal kepalanya sedangkan dia telah mengucap?

Lalu sahabat itu menjawab, dia hanya takutkan pedang aku, kerna itu dia mengucap. Lalu Baginda mengajukan pertanyaan yang cukup berbisa, yang menjadi pengajaran kepada kita hingga hari ini. Nabi bertanya : '' asyaqaqta qalbah?'' bermaksud ; adakah kamu belah dada dia ( untuk melihat dia benar2 beriman atau semata2 takut) ?

Pengajarannya jelas. Sifat prejudis semata2 adalah ditolak dalam Islam. Bahkan kita tak langsung ada hak untuk menutup pintu2 dakwah kepada non muslim yang ada di sekeliling kita. Tugas kita menyampaikan, mudah2an mereka diberi hidayah oleh Allah, dan memeluk Islam. Tetapi ada juga segelintir manusia aneh di zaman kita, mereka melihat kiranya non muslim dekat kepada Islam, maka melayu akan terancam. Sungguh aneh!

Ruang Dakwah

Ketepikan perihal atau agenda politik kepartian, itu bukan fokus dalam tulisan saya. Cuma di sana, saya melihat bahawa beberapa tindakan positif PAS terutamanya dalam membuka pintu2 dan ruang dakwah terhadap non muslim amat saya setujui. Bagi saya, di sana ada kebaikan yang cukup besar kiranya kita tahu bersangka baik.

Berbalik pada berita di atas, dari kejauhan ini, saya membayangkan bagaimana suasana tersebut, yakni ketika dibacakan doa di hadapan non muslim dan mereka mendengar. Boleh jadi doa dalam bahasa melayu dan membuatkan mereka faham. Mana tahu, kemudian Allah bukakan pintu hati mereka dan mereka berminat untuk mendalami Islam. Dan akhirnya, mungkin sebahagian daripada mereka akan memeluk Islam?

Dan membayangkan situasi2 itu cukup membahagiakan saya, dan kiranya situasi2 itu benar2 terjadi, saya antara orang yang paling bahagia. Amin.

sekian


p/s : betapa tabah jariku berlari atas keyboard walaupun hampir beku..

1 comments:

thatguy December 15, 2010 at 8:09 PM  

salam tuan..aminX3...insyaallah..kita berharap yg terbaik..mana tau kan?? semua tu kerja Allah..tapi kita tetap berusaha yg terbaik...

Archive Blog