Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

11 December 2010

Antara Tuhan, Pelanggan Dan Rezeki

abdali market , amman [flickr.com]

Amman yang cerah

Alhamdulillah, hari ini saya ( kami ) berada di Amman dari cerah sehingga gelap. Menggunakan sedikit ruang kosong yang ada untuk berjalan2 dan membeli sedikit keperluan, terutama pakaian musim sejuk. Sudah lama berhajat mahu meninjau pakaian2 musta'mal di sana ( tempat kita panggil bundle ) , hari ini baru berkesempatan. 

Mengambil masa satu jam perjalanan dari Irbid, kami tiba di sana lebih kurang 10.15 pagi. Agak lewat dari perancangan asal. Saya mencongak waktu. Kurang 1 jam setengah sahaja lagi akan masuk waktu zohor. Dan hari ini adalah hari jumaat. 

Kawasan tersebut berupa sebuah padang besar, yang mana setiap hari jumaat akan diadakan jualan pakaian terpakai. Kebanyakannya masih elok dan harga yang diletakkan juga cukup murah. Saya kira, itu mungkin antara tarikan orang Irbid untuk datang ke situ. Dan di pinggir padang tersebut, atau lebih tepat lagi dalam kawasan padang tersebut juga , terletak sebuah masjid. Bermakna, tidak menjadi masalah bagi pengunjung atau penjual untuk menunaikan solat.

Satu jam berlegar mencari yang berkenan, tapi hampa. Seperti biasa, saya mula hilang mood. Dengan tempat yang sesak dan ruang bergerak yang agak sempit, cukup membuatkan saya rimas dan tidak selesa. Lebih2 lagi saya bukan berjalan keseorangan. Kebanyakan coat yang berkenan pula bersaiz besar dan tidak kemas. Bila berjumpa yang berkenan, diletak pula harga yang tinggi. Maksud saya, lebih tinggi dari yang sepatutnya. Sebab itu pasar, bukan shopping mall.

Azan

Tidak lama kemudian, kedengaran azan pertama dilaungkan. Saya masih dalam kawasan tersebut. Tiba2 terdetik rasa mahu melihat bagaimana perubahan suasana berniaga apabila masuk waktu solat jumaat. Maklum saja di sini, boleh dikatakan kesemua peniaga adalah lelaki. Tidak ada perempuan. Justeru, mungkinkah hiruk pikuk pasar tersebut, dengan pelbagai ragam serta kerenah tawar menawar harga, akan tiba2 terhenti sebaik masuk waktu solat, lebih2 lagi solat jumaat..?

Habis azan pertama. Para peniaga yang tadinya senyap seketika sewaktu mendengar azan, kembali melaung2 harga dan memanggil pelanggan. Pelanggan masih sama, tidak berkurang. Saya ternampak beberapa gerai yang ditutup, di mana pemiliknya membentangkan kain besar ke atas barang jualannya dan bergerak ke masjid. Namun jumlahnya terlalu sedikit, berbanding yang terus berniaga bagai tidak mendengar apa2.

Masuk azan kedua. Keadaan masih sama. Apabila khatib mula berkhutbah , pun suasana tetap tidak berubah. Para penjual bagai bertuhankan pelanggan, bukan lagi Allah. Para penjual bagai menggantungkan rezeki pada pelanggan, bukan lagi Allah.

Saya nyatakan demikian kerana suasana ketika itu boleh dikatakan kemuncak. Pelanggan tersangat ramai dan barang pula sangat laku. Sanggupkah seorang peniaga meninggalkan rezeki depan mata dan pergi menghadap Yang Maha Esa??

Musafir

Saya terfikir. Adakah kesemua yang berada dalam 'gelanggang' tersebut adalah mereka yang terkecuali dari kewajipan solat jumaat? Saya cuba anggarkan, mungkin wanita, kanak2, atau orang musafir. Tetapi mustahil. Mereka jelas sekali orang tempatan. Tetapi mengapa sampai begitu keadaannya?

Kalau orang musafir mungkin masih boleh diterima, kerana hukum solat jumaat bagi orang musafir mengikut jumhur ulamak adalah tidak wajib. Kalau pelanggan mungkinlah orang musafir atau datang dari luar kawasan, tapi peniaga tidak mungkin pula bermusafir untuk datang berniaga!

Seruan Dalam Surah al-Jumu'ah

Kalau di Malaysia, ayat ini adalah ayat paling glamour yang akan di bacakan oleh imam solat pada hari jumaat. Saya sendiri seringkali membaca ayat ini ketika mengimami solat jumaat dan digabungkan dengan ayat terakhir surah Al-Munafiqun pada rakaat kedua.

Firman Allah ta'ala : 


Wahai orang2 yang beriman, apabila diseru solat kepada kamu pada hari jumaat , maka bersegeralah kepada mengingati Allah ( solat ) dan tinggalkanlah berjual beli, yang demikian itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Maka apabila selesai sahaja kamu menunaikan solat , lalu bertebaranlah di muka bumi dan carilah dari kurniaan Allah. Dan ingatlah Allah sebanyak2nya semoga kamu tergolong dalam golongan yang berjaya. 

Saya bukanlah ingin mengatakan bahawa masyarakat arab ini tidak baik, kerana masyarakat saya sendiri belum tentu betapa baik. Cuma, apabila kini berada di tanah arab, bahkan di bumi para anbiya', banyak peristiwa yang berlaku membuatkan saya lebih memahami ayat2 tertentu dalam Al-Quran. Hari ini, ayat dalam surah Al-Jumu'ah menjadi pengajaran paling berharga buat saya.

Antara Tuhan, pelanggan dan rezeki, siapa menjadi keutamaan? Tepuk dada, tanya iman.

sekian.

3 comments:

izzah December 11, 2010 at 2:03 AM  

abi,mane pic yg tdi tu?msokn la?hehehs..

KRIEY December 11, 2010 at 2:10 AM  

Dan saya juga mengalami situasi yang sama semasa pertama kali kesana. :)

hafizquran December 11, 2010 at 5:45 AM  

izzah : mintak ngan umi..huhu

KRIEY : moga Allah bg hidayah pd mereka..amin :)

Archive Blog