Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

26 December 2010

Akhirnya..Saya Bakal Jadi Ayah



Semalam , bawa isteri ke Markaz Sihi berdekatan sini untuk ujian darah. Itupun setelah malam sebelumnya dia mengadu pening2 dan hampir pitam. Waktu itu kami kat kedai. Alhamdulillah tak jadi apa2. Balik rumah hantar isteri, dan saya keluar ke farmasi. Alhamdulillah masih ada farmasi yang dibuka di syari' jami'ah. 

Balik ke rumah dan setelah membuat pregnancy test, dua garis merah kelihatan sebagai tanda positif. Namun belum dapat dipastikan sepenuhnya dan kami terus berdoa. Keesokannya ( semalam ) , sekali lagi isteri membuat pregnancy test di awal pagi. Kata orang, waktu pagi adalah waktu terbaik untuk membuat ujian tersebut. Dan sekali lagi, ujian menunjukkan garis positif.

Semalam juga kebetulannya diadakan program API iaitu Akses Pemikiran Islam di Dewan Al Kindi, Yarmouk University. Saya sempat menghadiri program tersebut di sebelah pagi dan terpaksa keluar pada waktu tengahari untuk membawa isteri ke hospital. Alhamdulliah, akh fazli sedia membantu. Semoga Allah membalas jasa beliau.

Kami ke Markaz Sihi. Mendaftar dengan bayaran sebanyak JD 7 kerana isteri bukan pelajar JUST. Saya dimaklumkan hanya pelajar JUST sahaja yang mendapat khidmat rawatan percuma. Namun pelajar Yarmouk University boleh claim balik bil rawatan dari pihak universiti. 

Saya dikhabarkan begitu dan semestinya, proses tersebut tidak semudah yang didengar oleh telinga.

Isteri masuk berjumpa doktor dan disuruh melakukan ujian darah di tingkat atas. Kami naik ke atas dan dengan selambanya nurse bertugas menulis JD 14 di atas kertas sebagai harga yang perlu dibayar untuk ujian tersebut. 

Mahu atau tidak, kami turun ke bawah untuk membuat bayaran. Isteri tunggu di atas. Di kaunter, 'brader' yang bertugas menunjukkan riak simpati. Mungkin dia tahu sesuatu yang kami tidak tahu. Dia menyuruh kami naik dan meminta supaya bayaran tersebut dikurangkan. Itu yang saya faham.

Dan alhamdulillah, harga dikurangkan kepada JD 9. Ujian darah dilakukan dan kami diminta untuk hadir esok hari ( hari ini ) untuk mendapatkan keputusan. Keputusan yang paling tepat, iaitu keputusan darah.

Hari ini, hanya saya dan isteri ke Markaz Sihi.

Mungkin ada silapnya kami kerana tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa arab. Awalnya kami terus naik ke tingkat atas dan diberikan sehelai kertas. Saya faham , ia keputusan ujian darah semalam. Tertulis di situ ''more than 5000''. Di sebelahnya tertera skala2 tertentu, yang mana kalau 5000 menandakan seseorang itu telah hamil selama 4-5 minggu.

Saya dan isteri faham kenyataan tersebut, meskipun kami bukan doktor.

Tetapi, menginsafi bahawa kefahaman kami tidak membawa kepada kesahihan maklumat, maka kami cuba bertanya kepada nurse yang memberikan kertas tersebut. Soalan kami mudah, apa maksud result ini? Dan jawapan yang sepatutnya diberi adalah ; isteri awak sah mengandung.

Oh tersangatlah mudah.

Namun samada kami silap atau mereka silap, proses itu menjadi sungguh susah.

Nurse tersebut mengambil kembali kertas keputusan darah tadi, meneliti untuk beberapa ketika, dan menyuruh kami menemui doktor bertugas. Untuk bertemu doktor pula, kami perlu mendaftar.

Tidak mengapa, kami lalu turun ke bawah dan pergi kembali kepada 'brader' yang menjaga bahagian pendaftaran. Kami tunjukkan kertas tersebut dan nyatakan yang kami mahu menemui doktor. Lalu dia meminta supaya pergi ke sebuah lagi kaunter dan minta untuk lihat keputusan ujian darah.

Baiklah, kami pun beralih ke kaunter sebelah. Juga meminta perkara yang sama. Dan nurse bertugas menyuruh kami pergi ke satu lagi bilik pendaftaran / saringan. Kami pergi ke sana. Bertanyakan perkara yang sama. Dia mengambil kertas tersebut, meneliti, dan mengetik keyboard komputer mencari nama isteri.

Isteri menghulurkan student card dan sebaik melihat kad pelajar universiti yarmouk, dia meminta kami pergi mendaftar terlebih dahulu. Kemudian,barulah kami boleh menemui doktor.

Kami kembali ke kaunter pertama, iaitu brader yang bertugas mengambil bayaran. Saya hormat lelaki tersebut kerana keprihatinan dan amanah yang ditunjukkan. Berbanding beberapa nurse atau 'makcik2' arab di kaunter utama yang lagaknya bagai Markaz Sihi itu dia yang punya.

Saya katakan yang saya mahu menemui doktor bagi mengesahkan ujian tersebut. Itu sahaja. Brader tersebut faham, bahawa kami hanya mahu membuat pengesahan dan bukannya menemui doktor untuk apa2 pemeriksaan. Namun makcik2 pelik di kaunter utama mengatakan sebaliknya, iaitu kami perlu mendaftar ( membayar ) baru dapat jumpa doktor.

JD 7?

Itu satu jumlah yang agak besar bagi orang2 'kecil' seperti saya. Tambahan pula, kami hanya mahu menemui doktor untuk pengesahan ujian darah, itu sahaja. Isteri kepenatan dan saya memahami keletihan tersebut. Angin saya mula berubah.

Brader di kaunter bayaran enggan mengambil JD 7 sebagai bayaran pendaftaran, sebaliknya beliau meminta saya pergi sahaja menemui doktor. 

Apabila saya hampir bergaduh dengan makcik2 perasan bijak di kaunter utama tersebut, brader penjaga bayaran pun datang. Anehnya, dia pula mengambil alih tempat saya untuk bertekak dengan makcik2 berlagak muda di kaunter tersebut. Sesama mereka pun kelam kabut juga? Saya cuba bersangka baik, bahawa makcik2 tersebut memang betul2 dilantik, bukanlah makcik2 cleaner yang kebetulannya menggantikan tempat kawannya yang sakit. Aduhai.

Dipendekkan cerita, brader tersebut membawa kami ke atas dan bercakap sendiri dengan nurse yang memberikan kami keputusan ujian darah di awal2 tadi. 

Dipendekkan lagi cerita, rupanya kami hanya perlu menemui doktor di tingkat atas tersebut, tanpa perlu membuat apa2 bayaran. 

Ok. Cerita doktor pula.

Kami diminta menemui seorang doktor pertama. Perempuan. Ya, mudah sahaja. Kerana anda doktor, sudah tentu anda mampu membuat pengesahan. Keputusan darah sudah pun berada di tangan. Namun, setelah dia melihat kertas tersebut, dia meminta supaya pergi kepada doktor yang seorang lagi. Bilik sebelah, katanya.

Kami ke bilik sebelah, menemui seorang lagi doktor. Juga perempuan. Dia melihat kertas yang kami tunjukkan, meneliti seketika, dan menyuruh kami pergi kepada seorang lagi doktor. ''Pergi ke sebelah kanan, bilik dekat selekoh.." katanya.

Aik?

Tidak mengapalah, kami pergi juga. Saya memikirkan adab, bolehkah masuk melulu sahaja menemui doktor tanpa dipanggil? Tapi nampak gayanya, ia kurang dapat dipraktikkan di tempat2 sebegini. Kami terus sahaja masuk menemui doktor 'perempuan arab' terakhir itu.

Dia meneliti kertas yang kami tunjukkan, dan mengatakan bahawa '' Ya, anda mengandung ''.

Ya Rabbi, betapa susahnya untuk mendapat pengesahan tidak sampai 3 patah perkataan itu. Berputar2 berbelit2, akhirnya ketemu jua. Aduhai dunia arab.

Kebetulan, doktor kedua yang kami temui tadi lalu di hadapan biliknya, dan dia memanggil doktor tersebut. Dia seolah meminta pendapat tentang keputusan tersebut juga. Betul atau tidak.

Doktor kedua itu pun mengatakan demikian. Namun katanya, tunggu sekejap. Dia membawa kertas tersebut masuk menemui seorang lagi doktor. Tidak lama kemudian , dia keluar dan mengatakan 'mabruk' sambil tersenyum. 

Alhamdulillah. Kami bersyukur.

Cuma keanehan itu terus bersarang di kepala sehingga kami keluar. Persoalannya, adakah begitu sukar untuk seorang doktor mengesahkan ujian darah tersebut , yang mana skala nya begitu jelas mengatakan bahawa empunya darah ini telah hamil??

Atau, adakah kami yang masih baru di bumi Jordan sahaja yang merasa pelik kerana terpaksa menghadapi kerenah2 ganjil tersebut..??

Apapun, ia memberikan pengajaran yang sangat berguna. Persediaan mental sangatlah penting untuk berurusan di tempat2 sebegini. Mungkin kami yang salah, bukan doktor2 tersebut. Takkanlah kami lebih bijak dari doktor. Kalau tidak bijak, masakan boleh jadi doktor? Itu ayat menyedapkan hati namanya.

Akhirnya..saya bakal jadi ayah. Tidak dinafikan, dalam kegembiraan terkandung kebimbangan. Isteri pernah keguguran 3 bulan lepas, sebaik sahaja kami tamat kursus BTN di Kuantan Pahang. Sebab musababnya saya sendiri kurang arif, boleh jadi kerana banyak bergerak, naik tangga ataupun mungkin juga stress.

Kiranya anda sudi, doakanlah kesihatan kepada isteri saya, semoga segalanya diselamatkan dan dipermudahkan oleh Allah. Kami tetap yakin bahawa rezeki itu hak dan pemberian Allah, sabar, redha dan syukur adalah bekal terbaik buat kita yang bergelar hamba. InsyaAllah, setiap perkara tentu sekali tersirat hikmahNya yang Maha Kuasa.

sekian.

12 comments:

nuraishah December 26, 2010 at 11:41 PM  

tahniah....jage kak sya leklok...

hafizquran December 26, 2010 at 11:54 PM  

terima kasih..insyaAllah, doakan kami..

yaqzan December 27, 2010 at 12:18 AM  

tahniah abg.
moga selamat semuanya.
amin!

Bintu Arifin December 27, 2010 at 12:31 AM  

Tahniah Ustaz, moga bakal lahir generasi soleh/ah pewaris islam.

eida December 27, 2010 at 1:16 AM  

tahniah... meriah la batch 2010 nnt :D

hafizquran December 27, 2010 at 2:17 AM  

syukran..time kasih banyak2 atas doa kalian :)

`Izzati Idris December 27, 2010 at 4:17 AM  

mabruk.
tak sabar nak dapat anak sedara sulung perintis 10.
moga selamatlah semuanya.

PINATBATE December 27, 2010 at 11:22 AM  

Salam Tahniah,semuga selamat semuanya.

peti_taqwa December 28, 2010 at 1:34 AM  

mabruk a'laik.dlm ksempitan t'ukir 1senyuman.mg mndapat zuriat yg bakal mwarisi tahta p'syafaat d syurga nnt.amin..seronoknye dpt ank buah bru..!!!=)

ShakirShafiee™ January 2, 2011 at 6:11 AM  

tahniah akhi.. :) kami tumpang gembira dengan berita ini.. hehe

hasanhusaini January 6, 2011 at 6:00 AM  

Tahniah ya akhiy...menunggu berita selanjutnya..moga gembiramu tiada penghujungnya...ameeeeen..

Anonymous January 13, 2011 at 12:54 PM  

tahniah dik..lama x jumpa x dgr suara rasa rindu pun ada..

Archive Blog