Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

21 November 2010

SBM 1 : Ketika Nikah Menjadi Wajib

بسم الله الرحمن الرحيم


oleh : hafizquran

Sebuah perkongsian santai untuk mereka yang bakal berkahwin. Ketahuilah bahawa berkahwin itu adalah satu sunnah. Manakala mengamalkan sunnah pula adalah merupakan amalan yang paling afdhal, apatah lagi di akhir zaman. Hadith Nabi s.a.w menyebut :

" An Nikah itu adalah salah satu daripada sunnah aku, barangsiapa yang membenci sunnah aku maka dia bukanlah dari kalangan aku ( ummatku ) "

Hadith ini jelas menyebut bahawa nikah itu adalah sunnah, dan melakukan sunnah beroleh ganjaran yang sangat besar. Sebagaimana dinyatakan dalam hadith berikut, di mana Nabi s.a.w bersabda :

" Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika ummatku semakin rosak ( akhir zaman ) maka baginya pahala umpama 70 orang yang mati syahid ". Dalam sesetengah riwayat yang lain disebut :
" baginya pahala 100 orang mati syahid ".

Dengan demikian besar ganjaran mengamalkan sunnah - salah satunya an-nikah - maka semestinya ramai yang mahu berkejar2 mengamalkan sunnah tersebut.


An-Nikah

Antara ribuan kitab mahupun buku2 yang mengulas panjang lebar tentang kelebihan serta bab2 yang bersangkutan dengan nikah kahwin, tulisan ini datang tidak lebih sekadar kertas picisan sahaja. Boleh jadi dipandang boleh jadi diabaikan. Doa saya, mudah2an ada manfaat dan sumbangannya untuk kemaslahatan ummat. InsyaAllah.

Saya percaya ramai orang tidak memahami makna nikah dalam ertikata yang sebenar. Lebih ramai yang melihat nikah atau kahwin sebagai adat atau salah satu 'kemestian' yang perlu ditunaikan apabila sampai masanya. Ramai juga yang bernikah kerana tujuan yang salah. Contohnya ; menikah kerana bosan dengan leteran ibu lantaran dirnya yang bujang terlajak. Ada juga yang menikah kerana menjaga hati keluarga semata2, lebih2 lagi jika calon memang pilihan keluarga. Ada juga yang menikah kerana malu dilihat tak laku. Dan ada bermacam2 lagi sebab yang langsung bersalahan dengan matlamat dan tujuan utama pernikahan itu sendiri.


Syariat Memelihara Maslahat Manusia

Disebut oleh Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya al-madkhal li syariatul islamiah ; bahawa antara bukti utama syariat itu diturunkan Allah demi memelihara maslahat manusia dan mengelakkan dari kerosakan , adalah pensyariatan nikah itu sendiri. Ini jelas disebut di dalam Hadith Nabi s.a.w :

" Wahai sekalian pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu maka hendaklah dia berkahwin, kerana sesungguhnya kahwin itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan .."

Lihat bagaimana Nabi s.a.w mengembarkan saranannya dengan kemaslahatan yang akan dicapai hasil daripada 'menundukkan pandangan'. Natijahnya akan terhasillah 'penjagaan kehormatan' setiap manusia. Maka akan terbendunglah zina yang merosakkan masyarakat dan keturunan manusia. Bukankah punca penzinaan itu sendiri adalah dari mata? Berapa ramai orang yang masih tertipu dengan kata2 dusta berbunyi : dari mata jatuh ke hati? Padahal hakikatnya adalah : dari mata jatuh ke nafsu!

Kerana itu Al-Quran sendiri menekankan perkara ini secara jelas dan terang. Firman Allah di dalam surah An Nur :

" katakanlah kepada lelaki2 yang beriman, hendaklah mereka menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.. "

Serta diikuti pula oleh ayat seterusnya :

" dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman , hendaklah mereka menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka .."


Perhatikan Method Percakapan Allah :

Method percakapan Allah di dalam Al Quran , biasanya Allah ta'ala akan menyebut lafaz muzakkar ( lelaki ) sahaja dan dirangkumi padanya makna muannas ( perempuan ). Tetapi di dalam ayat di atas, Allah ta'ala menyebut dengan khitab yang jelas bagi kedua2 pihak yakni ayat pertama untuk lelaki dan ayat kedua untuk perempuan. Penekanan ini jelas menunjukkan kepada kita , bahawa kedua2 suruhan Allah yang terkandung dalam ayat di atas mempunyai kepentingan yang sangat2 besar.

Kemudian, apabila kita gandingkan dengan hadith di atas, kita akan dapati bahawa ada persamaan antara kedua2 nas tersebut. Yakni, suruhan menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan itu tadi dijelaskan oleh Nabi s.a.w dengan saranan supaya berkahwin. Bermakna, antara maksud yang terkandung dalam ayat Allah pada surah An Nur itu juga adalah supaya para lelaki dan perempuan bersegera kepada nikah.

Kerana itu, hukum an nikah itu tidak tetap. Meskipun saya bawakan dalil di atas yang menyatakan bahawa pernikahan itu merupaka sunnah ( sunat ) akan tetapi hukumnya berubah2 mengikut niat dan keadaan seseorang. Kadang2 hukum nikah itu menjadi haram ke atas seseorang individu , iaitu ketikamana dia berniat menikah untuk menyakiti isterinya nanti. Kadang2 hukum nikah boleh pula bertukar menjadi wajib, iaitu ketikamana seseorang individu itu ada kemampuan bernikah dan jika tidak bersegera maka kemungkinan besar dia boleh terjatuh ke lembah zina.


Kaedah Fiqhiah

Hukum yang berubah2 di atas adalah berdasarkan salah satu daripada kaedah fiqh iaitu : Al umur bi maqasidiha ( setiap perbuatan dikira berdasarkan niatnya ). Maksudnya, walaupun hukum asal nikah itu adalah sunat, tetapi apabila diniatkan untuk menyakiti isteri - yang mana menyakiti isteri adalah suatu kemudaratan - maka hukum nikah baginya bertukar kepada haram. Sebagaimana Nabi s.a.w menyebut :

" Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dikira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan mendapat apa yang dia niatkan.."

Baik, bagaimana pula jika seseorang itu berada pada keadaan haram atau wajib berkahwin? Kedua2 keadaan, haram atau wajib adalah dikira sebagai kemestian untuk tinggal ( haram ) atau kemestian untuk buat ( wajib ) yang tidak ada kelonggaran. Bermakna ; kedua2 itu WAJIB untuk ditunaikan, samada tinggal yang haram atau buat yang wajib.

Manakala kaedah usul fiqh pula menyebut : ''Mana2 perkara yang tidak sempurna perkara wajib melainkan dengan perkara tersebut, maka perkara tersebut turut sama menjadi wajib''. Sebagai contoh yang paling masyhur ; wudhuk. Asal hukumnya adalah sunat, akan tetapi tidak sah solat seseorang tanpa berwudhuk. Dalilnya Nabi s.a.w menyebut : ''Tidak ada solat ( tidak sah solat ) bagi mereka yang tidak ada wudhuk''. Sedangkan solat itu adalah perkara wajib. Maka demi untuk menyempurnakan perkara wajib tersebut ( solat ) maka wajiblah juga ditunaikan perkara yang menyempurnakannya iaitu wudhuk tadi. Justeru, wudhuk yang asalnya sunat bertukar menjadi wajib.


Nikah Boleh Jadi Wajib

Begitu juga dengan nikah. Suruhan supaya menjauhi zina adalah wajib. Suruhan untuk menahan pandangan juga wajib. Suruhan untuk menjaga kehormatan juga adalah wajib, sebagaimana saya nyatakan dari dalil2 di atas. Maka, jika seseorang itu berada dalam keadaan di mana dia akan tergelincir melakukan zina dan menggadaikan kehormatan disebabkan tidak bernikah, lalu menjadi satu kewajipan baginya ketika itu untuk bernikah. Sama seperti kaedah usul fiqh di atas. Demi untuk menyempurnakan perkara wajib ( mengelakkan zina , menjaga kehormatan etc ) yang tidak sempurna melainkan dengan perkara ini ( nikah ) maka nikah itu turut sama menjadi wajib.

Sebab itu saya teringat petikan kata2 Pahrol Md Juoi dalam bukunya yang berbunyi ; ''jangan tergesa2 , jangan tertangguh2 ''. Benar, ada yang tidak perlu tergesa2 , tetapi ingat! Ada juga orang yang tidak boleh tertangguh2 lagi..

Lalu dikatakan ; nikah itu soal jodoh. Dan seseorang itu tidak mungkin dapat mendatangkan jodohnya sendiri. Maka bagaimana? jawabnya , ia benar. Manusia tidak mungkin bernikah kecuali apabila jodohnya telah tiba. Akan tetapi manusia boleh berusaha. Berusaha sedaya upaya itulah yang dihukumkan wajib. Samada berjaya atau tidak, itu terserah kepada Allah. Manusia tidak ditanya tentang kejayaan, tetapi manusia akan ditanya tentang usaha...bukan?

Samalah juga dengan bab melakukan taat dengan meninggalkan maksiat. Begitu juga dalam bab melawan hawa nafsu. Kita diwajibkan berusaha melawan hawa nafsu, berusaha melakukan taat dan sebagainya. Maka berusaha semaksima mungkin itulah yang merupakan kewajipan kita, kerana bukan kita yang merupakan penentu samada berjaya atau tidaknya kita dalam kehidupan di muka bumi Allah ta'ala ini. Apa yang penting, sama2lah kita berdoa semoga Allah memberikan taufiq serta inayahnya kepada kita untuk kekal thabat di atas jalanNya yang benar.


Sekian.


Note : Upgraded On 6 June 2011


0 comments:

Archive Blog