Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

14 October 2010

Purdah Bukan Isu



oleh : hafizquran

Buah yang elok adalah lahir dari pohon yang dijaga rapi. Buah tidak akan gugur dari langit secara tiba-tiba tanpa sepohon pokok yang mengeluarkan buah tersebut. Demikian bandingan perkara asas dan perkara cabang dalam Islam. Hari ini, masalah cabang atau dipanggil masalah khilafiah adalah masalah yang sering dibawa ke hadapan dan perkara usul atau asas pula sering dikebelakangkan.

Contohnya purdah. Sesetengan orang mentakrifkan purdah dalam terma kata yang begitu ringkas ; sehelai kain kecil di muka. Tetapi sehelai kain tersebut pun menjadi perdebatan dan pergaduhan di kalangan umat Islam, sehingga akhirnya mereka tenggelam punca dalam memahami yang mana isu dan yang mana bukan isu.

Justeru, saya menukilkan beberapa kesimpulan tentang purdah dan dalam masa yang sama saya begitu mengharapkan supaya kita sama memahami bahawa purdah bukanlah suatu isu. Oleh yang demikian purdah sama sekali tidak patut dijadikan suatu isu oleh mana2 pihak.


Pertama : Fahami peraturan tetap ke atas kaum wanita / muslimah

Di antara tuntutan tetap yang telah ditetapkan oleh Islam ke atas kaum wanita adalah seperti berikut :

  • memakai tudung yang menutupi rambut dan melabuh sehingga melitupi dada.
  • memakai pakaian yang tidak ketat serta tidak menampakkan bentuk badan
  • tidak menzahirkan perhiasan atau menghentak2 kaki supaya diketahui apa2 perhiasan mereka
  • melarang suara yang mendayu2 yang boleh menimbulkan fitnah lelaki ajnabi
  • tidak bertudung seperti bonggol unta
  • tidak berpakaian seperti telanjang. dan lain-lain
Sebahagian besar daripada tuntutan atau undang-undang tetap tersebut termaktub di dalam Al-Quran pada surah An Nur. Begitu juga dalam hadith2 Nabi s.a.w yang sahih lagi sorih.

Justeru jelas kepada kita, bahawa pokok persoalan utama adalah apakah segala tuntutan tersebut telah dikuatkuasakan atau tidak? Itu yang utama. Jika belum maka usaha yang bersungguh2 perlu dilakukan supaya segala peraturan tersebut dapat terlaksana, samada pada diri sendiri atau masyarakat. Maka mereka yang berada dalam kerangka fardhu ain perlu memainkan peranan mereka dengan penuh amanah dan komitmen yang tinggi manakala mereka yang berada dalam kerangka fardhu kifayah pula perlu terus beriltizam dalam setiap usaha dakwah mereka.


Kedua : Purdah bukan tuntutan wajib qat'ie

Tidak ditemukan satu dalil pun yang sahih lagi disepakati oleh jumhur ulamak yang mengatakan bahawa berpurdah itu wajib. Yakni sesuatu yang jika ditinggalkan akan beroleh dosa. Melainkan hanya sebahagian atau minoriti fuqaha' sahaja yang berpendapat sedemikian.

Justeru, ia bukan satu isu yang perlu diperbesarkan oleh mana2 pihak. Noktah.


Ketiga : Al umur bi maqasidiha

Satu kaedah usul fiqh menyebut sepertimana di atas , yang membawa maksud sesuatu pekerjaan akan dinilai atau dihukum berdasarkan niat pekerjaan tersebut. Berdasarkan sebuah hadith Nabi s.a.w. :

'' Setiap amalan bermula dengan niat, dan bagi setiap orang itu adalah apa yang dia niatkan.."

Oleh itu, pemakaian purdah - secara asasya - juga sebenarnya berlegar dalam 5 hukum utama syariat iaitu ; wajib, haram , sunat , makruh dan harus. 

Bolehkah kita sewenang2 mengatakan seorang yang memakai purdah itu haram? Tentu sekali tidak boleh. Demikian juga tidak wajar untuk kita sewenang2 menghukum bahawa semua orang perempuan wajib berpurdah, jika tidak akan berdosa. Itu tidak wajar sama sekali.

Melainkan ; kesemua perbuatan termasuk berpurdah akan dinilai atas niat pemakai tersebut. Berpurdah boleh saja menjadi haram. Bila ? Ketika mana si pemakai memakai purdah dengan niat untuk berbangga2, ujub,riak dan sebagainya. Haram sama sekali. Bukan hanya purdah, berjubah atau berserban pun jatuh hukum haram andai dikembarkan dengan niat sedemikian.

Purdah boleh saja bertukar dari suatu keharusan menjadi suatu perkara sunat lagi bernilai ibadah. Bila ? Ketika mana si pemakai berniat menjadikan purdah sebagai satu asbab untuk mengislahkan diri, menjaga maruah, menutup ruang2 fitnah dan sebagainya. Siapa berani menentang jika saya katakan hukum berpurdah tika itu menjadi sunat lagi berpahala? 

Kena ingat, setiap perkara atau perbuatan yang tidak ada hukum qot'ie ke atasnya , boleh sahaja bertukar menjadi ibadah pada bila2 masa. Ia dinamakan sebagai ibadah umum. Takrif ibadah umum adalah ; kullu 'amalin fiihi to'atillah yakni setiap pekerjaan yang diniatkan untuk taat kepada Allah akan dikira sebagai ibadah. Pun begitu disyaratkan niat yang ikhlas semata2 kerana Allah.

Contoh lain yang biasa kita dengar adalah makan nasi ( atau apa2 makanan ). Hukum makan nasi adalah harus. Kenapa ? Sebab tidak ada apa2 dalil qat'ie yang mengharamkan atau mewajibkan atau memakruhkan. Berdasarkan kaedah usul fiqh : Al Aslu Fiss Syai Al Ibahah yakni asal usul sesuatu perkara adalah harus ( hukumnya ). Tetapi hukum makan nasi boleh saja menjadi wajib. Bila ? Ketika mana dalam dunia ini hanya tinggal nasi sahaja dan jika tidak dimakan nasi, manusia boleh mendapat sakit atau mati. Sedangkan Allah berfirman : " dan janganlah kamu ( dengan sengaja ) mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan ". Para ulamak mengatakan bahawa larangan dalam ayat ini adalah larangan berbentuk pengharaman.

Yakni haram kita membiarkan diri ditimpa mudharat atau mati apabila kita tidak memakan nasi dalam keadaan tersebut. Pada masa yang sama , makan nasi juga boleh menjadi suatu perkara sunat lagi bernilai ibadah. Bila ? Ketika mana diniatkan supaya mendapat tenaga dan kekuatan untuk beribadah dengan makan nasi tersebut. Lalu perbuatan makan nasi dihukum sebagai sunat dan beroleh pahala.

Demikian juga dengan purdah. 

Apa yang hendak dijadikan isu tentang perkara tersebut, sedangkan berpurdah boleh sahaja menjadi suatu perkara sunat lagi berpahala. Kiaskan lah pada analogi2 yang telah saya sebutkan di atas.


Keempat : Added value dalam ibadah

Ramai orang terlepas pandang makna sunat dan bergaduh tentang banyak perkara sunat. Semua pertelingkahan tersebut adalah sia2 belaka. Takrif sunat adalah ; perkara atau perbuatan yang diberi pahala apabila diamalkan dan tidak diberi dosa kalau ditinggalkan. Jelas, terang lagi bersuluh. Jadi kenapa bergaduh?

Perkara sunat ini adalah added value yakni nilai tambah dalam ibadah kita. Itu harus difahami terlebih dahulu. Solat sunat sebelum solat fardhu contohnya. Puasa sunat selain Ramadhan contohnya. Semuanya tidak berdosa bagi sesiapa yang tidak mahu beramal dengan amalan2 tersebut. Tetapi ia nilai tambah bagi mereka2 yang melakukan. Bagi yang mengejar pahala berlipat ganda, mereka sudah pasti tidak akan mengabaikan segala tuntutan bersifat added value dalam ibadah mereka. 

Tetapi asasnya, sunat tetap sunat. Tidak boleh dipaksa dan sama sekali tidak boleh bergaduh mengenainya. 


Kelima : Purdah belum tentu sempurna

Ini mindset. Ini cerita tentang kefahaman yang silap lagi melencong. Contohnya ; asal berpurdah sahaja orang itu mesti sempurna. Itu satu hal. Kedua ; asal berpurdah sahaja maka aku sudah dikira sempurna. Macam2 salah faham dalam dunia sekarang yang perlu diperbetulkan.

Seperti yang saya nyatakan di atas, berpurdah bukan satu isu. Tetapi yang menjadi isu adalah ; adakah segala tuntutan2 tetap lagi wajib seperti senarai di atas telah dipenuhi atau tidak? Itu baru isu. Ini tidak, yang bukan isu dibawa bertelingkah, yang menjadi isu dibuat tidak endah.

Cuba fahami betul-betul. Kita ada beberapa senario.

Satu : Seorang muslimah yang telah selesai mengaplikasikan semua tuntutan2 wajib ke atas mereka dengan sempurna, kemudian ingin pergi kepada bab fadhail a'mal lalu mengenakan purdah. Maka ini tidak menjadi apa2 masalah samada pada mereka mahupun orang lain. Termasuk juga jika dia ingin mempromosi orang lain supaya berpurdah. Noktah.

Dua : Seorang muslimah yang menentang pemakaian purdah dan menganggap purdah bukan tuntutan wajib dalam Islam, maka dia harus diraikan. Tiada apa yang salah padanya, kecuali kalau dia mengatakan berpurdah itu haram atau bida'ah. Jika tidak, maka berlapang dada lah.

Tiga : Seorang muslimah yang masih tidak sempurna menutup aurat ; termasuk tidak melengkapi ciri2 yang saya nyatakan di atas , TETAPI memakai purdah. Memang ada muslimah seperti ini. Pakaiannya tidak longgar, memakai jeans dan berkemeja persis lelaki, bertudung ringkas tetapi kemudian ditambah satu kain kecil yang menutup separa muka. Lalu dinamakan dirinya gadis berpurdah, sebagai contoh.

Ini antara senario yang pelik. Sebab itu saya nyatakan bahawa mindset tentang purdah harus diperbetulkan dan perkara asas perlu difahami terlebih dahulu. Saya perhatikan, muslimah seperti tadi pun diangkat dan disanjung persis 'ustazah' hanya kerana  dia berpurdah. Tiada siapa melihat kepada pemakaiannya yang langsung tidak menepati tuntutan syarak dan masih perlu diperbetulkan. Justeru muslimah seperti ini perlu ditegur dan diperbetulkan. Jangan sampai mendahulukan perkara sunat atas perkara wajib.


Keenam : Isu keselamatan 

Jangan jadikan purdah sebagai fitnah kepada Islam. Jangan kerana kita, Islam dipandang sebagai tidak baik. Pemakai purdah lebih2 lagi perlu peka dengan situasi semasa. Perlu menjadi muslimah berpurdah yang bijak.

Jika wujud isu2 keselamatan yang memerlukan seseorang muslimah membuka purdahnya, maka itu tidak menjadi masalah. Sekadar memenuhi tuntutan atau peraturan sesuatu tempat yang kita pergi. Bukan selamanya kita perlu membuka purdah tersebut. Jadi perlu tahu juga bermain tarik tali.

Demikian juga pemakai purdah perlu bijak membawa diri. Kalau berada dalam situasi di mana aman dari fitnah dan jauh dari lelaki; umpamanya dalam kelas atau dewan yang hanya dihadiri oleh perempuan, maka tidak perlulah memakai purdah. Bahkan harus menanggalkan purdah di kala itu untuk berkenalan dan sebagainya. Kecuali jika terdapat lelaki atau terdedah kepada fitnah, maka bolehlah dikekalkan berpurdah.

Itu perkara mudah yang saya rasa langsung tidak rumit untuk difahami dan diamalkan. Kecuali kalau anda sendiri yang memberatkan perkara tersebut.


Kesimpulan

Adakah anda masih merasakan bahawa purdah itu suatu isu? Asasnya adalah kefahaman. Tanpa kefahaman, amalan kita hanya sia2 belaka. Sebab itu beramal perlukan ilmu. Jangan hanya ghairah mahu meniru amalan2 yang baik di mata kita, tetapi dalam masa yang sama berusahalah sebaik mungkin untuk memahami dalil2 dan asas2 kepada amalan tersebut. InsyaAllah berbekalkan ilmu kita akan lebih yakin untuk beramal, seterusnya menyebarkan pula kepada orang lain.

Sekali lagi ; purdah sebenarnya bukan suatu isu.


Wallahua'lam

9 comments:

Huda Afiqah Hashim October 14, 2010 at 10:45 PM  

Salam.

Setuju~ Pelik jugak dalam dada2 akhbar dibesar2kan isu larangan purdah di Perancis hinggakan saya sendiri tertanya2 dan keliru...

"Purdah tu, maksudnya tudung 'plus' secebis kain kecil di muka kah?"

Salam.

School Of Tots October 14, 2010 at 11:52 PM  

Jagalah aurat, perbaikilah akhlak dan kukuhkanlah akidah. Purdah bukan isunya namun Purdah membantu penutupan aurat, Alhamdulillah.

hafizquran October 15, 2010 at 1:25 AM  

wslm wbt

huda : media seringkali bspakat mjadi alat provokasi barat utk memberi pelbagai imej negatif kepada umat Islam. tetapi dari satu sudut pandang, mereka sbnarnya sgt2 lemah sehingga tidak senang duduk hanya kerana 'secebis kain' ...

school : exactly.

siti fatimah bt abd.ghaffar October 15, 2010 at 11:11 AM  

Syukran katsir ustaz atas perkongsiaan ilmu yg bermanfaat ini kepada masyarakat umum..jazakallahu khairal jazak

Insyirah October 15, 2010 at 11:33 AM  

Salam.

Terima kasih atas perkongsian dalam blog dan linkkan kepada ana. Alhamdulillah, pencerahan minda yang baik. Mudah-mudahan masyarakat akan lebih memahami permasalahan purdah.

hafizquran October 15, 2010 at 5:10 PM  

wslm wbt

siti fatimah & Insyirah :

Alhamdulillah. semoga kita sama2 dapat beroleh dan menyebarkan manfaat tersebut. InsyaAllah

Insyirah October 16, 2010 at 12:27 PM  

Ana berniqab dan ana sependapat dengan ustaz, niqab bukan satu isu dan bila orang kritik perlu berlapang dada. Masalah khilaf saja. Persoalannya kini, yang berniqab jadi fesyen pula.

zaara January 2, 2011 at 9:19 PM  

assalamualaikum..

saya nak tanya, jika seseorg tu pakai purdah kena pakai tudung labuh jugak ke? macam bidang 60' ke..kalo pakai selendang tapi menutupi aurat, paras dada.dan pakai purdah.boleh kah? mintak pendapat..saya budak baru belajar

hafizquran January 3, 2011 at 1:39 AM  

to zaara :

wslm

ptama skali sblm masuk bab pakai purdah,bab basic kena clear dulu.antaranya,menutup aurat dgn smpurna,tdk tabarruj dan memakai tudung yg labuh menutup dada.bidang 60 pun takde masalah.

step kedua,baru pakai purdah.kira purdah ni dalam bab tahisniyyat ( mencantikkan amalan ) atau disebut jga sbg afdhal / kelebihan beramal.

so kalau purdah,tak disyaratkan tudung bulat atau tudung apa.yang penting kena labuh dan smpurna tutup aurat.bidang 60 ke slendang ke tak ada msalah.

cuma mgkin di malaysia,umumnya org pakai purdah dgn tudung labuh/bidang 60.pd sy,mgkin slendang agak janggal.

wallahua'lam.

Archive Blog