Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 October 2010

Muslimat Bergelak Tawa , Bergurau Senda

oleh : hafizquran

[1]

Pagi tadi sekitar jam 8.00 pagi, saya bersama satu kumpulan pelajar yang lain pergi ke Ibu Pejabat Polis atau dipanggil syarthah mudiriah untuk menyelesaikan beberapa urusan. Dalam perjalanan menaiki teksi, saya berbual dengan pemandu teksi yang kelihatan agak peramah. Saya sempat bertanya pendapatnya tentang pelajar2 Malaysia di bumi Irbid. Jawapannya amat menyenangkan hati dan saya amat bersyukur dengan jawapan tersebut. Katanya pelajar Malaysia terutama yang perempuan sangat menjaga dari segi pakaian mengikut garis panduan Islam. Memakai pakaian labuh, menutup kepala, dan sebahagiannya berhijab. Beliau sempat melahirkan rasa kesal dan sedih dengan keadaan muslimat di Irbid sendiri yang rata2nya tidak lagi berpegang dengan pemakaian Islam tetapi lebih cenderung meniru barat.

[2]

Kuliah saya hari ini berakhir lebih kurang jam 12.50 tengahari dan kebiasaannya saya akan berjalan ke Markaz Lughah ( pusat bahasa ) untuk menunggu isteri. Kebiasaannya juga kami akan pulang bersama apabila kelas beliau berakhir kira2 jam 1.20 petang. Tengahari tadi sewaktu berjalan menghampiri Markaz Lughah, saya terperasan beberapa orang muslimat / akhwat kita ( malaysia ) yang berkumpul di hadapan pintu masuk dan sebahagiannya berkumpul di bawah pokok berhampiran tangga.

Saya yakin mereka adalah pelajar tahun satu Markaz Lughah tersebut-sama dengan isteri saya- dan saya berpendapat mereka mungkin sedang berbincang tentang sesuatu tugasan yang perlu dibentangkan selepas itu, memandangkan masa kelas belum berakhir. Saya abaikan mereka.

Lalu saya memilih untuk duduk di salah satu bangku yang terletak berhadapan dengan Markaz tersebut. Di hadapan saya terdapat seorang lelaki arab yang sedang memainkan muzik menggunakan telefon bimbitnya. Lagu Inggeris. Juga saya abaikan.

Rutinnya, masa lebih kurang 15-20 minit tersebut akan saya isi dengan membaca / mentelaah kembali kitab madkhal ilat tasyri' - subjek pengenalan yang saya ambil semester ini- memandangkan pemahaman dalam kelas masih tidak mencapai tahap yang memuaskan tika ini. Dan hari ini, saya berharap saya dapat meneruskan rutin tersebut tanpa mengendahkan mereka2 yang lalu lalang mahupun akhawat malizi yang sedang rancak berbincang di atas sana.

Tetapi apa yang berlaku tidak demikian. Kira2 10 minit saya cuba memberi fokus pada kitab, ternyata faktor sekeliling sangat tidak membantu bahkan sebaliknya menggangu. Apa yang mengganggu saya bukan lelaki arab yang berada di hadapan saya mahupun arab2 yang lalu lalang, tetapi pelajar akhawat malizi kita sendiri yang seperti berada di kampung mereka sendiri.

Mereka ingin berbincang tidak salah, tetapi bagi saya tidak manis kalau saya boleh mendengar tiap patah perbincangan mereka dari jarak sejauh itu. Perlu difahami, situasi perbincangan tersebut bukan berbentuk study group, sebaliknya jika anda melihat, anda akan nampak mereka seperti sedang berbincang di belakang pentas sebelum naik membuat persembahan lakonan. Seperti ketika di sekolah rendah. Got it?

Beberapa kali saya menjeling. Mana tahu kalau2 ada di antara mereka yang perasan dan menegur, atau mereka akan memperlahankan suara2 mereka, tetapi tidak. Sebaliknya kebingitan mereka semakin menjadi2 dan dicampur pula dengan gelak ketawa yang bukan perlahan!

Akhirnya saya bangun dan beralih ke hadapan bangunan Kuliah Handasah. Lebih tenang dan sunyi meskipun berdekatan saya terdapat sekumpulan perempuan arab yang sedang duduk berbincang. Sangat jauh berbeza.

Justeru saya ingin nyatakan bahawa :

Pertama : Masyarakat arab di Irbid kelihatan amat ihtiram ( memuliakan ) para wanita. Di dalam kelas, di tengah jalan, di pasaraya, mana2 tempat sahaja, kaum perempuan mereka sangat terjaga. Dalam kelas, mereka akan duduk di belakang manakala tempat hadapan dipenuhi lelaki. Apabila mereka bertanya soalan tidak ada satu pun lelaki arab akan memandang atau menoleh. Mereka lebih menjaga dari sudut tersebut berbanding kita. Tetapi dari sudut pakaian, mereka lebih banyak meniru fesyen2 moden yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Cuba bandingkan, meskipun keadaan akhawat arab di sini tidak kelihatan se'thiqah' akhawat malizi kita - yang sebahagiannya berpurdah dan bertudung labuh - tetapi mereka pandai membawa diri. Mereka menjaga akhlak dan percakapan mereka. Tidak pernah saya nampak dalam jamiah, akhawat arab berkumpul seperti situasi di atas dan membuat bising tanpa menghiraukan keadaan sekeliling! Tidak, bahkan mereka sangat menjaga.

Akhawat malizi pula..masih menganggap jamiah seperti kampung mereka..

Kedua : Tidaklah tujuan saya menulis situasi di atas bagi tujuan menghukum. Jauh sama sekali dan saya minta berlindung dengan Allah dari niat sedemikian. Juga tidaklah saya berhasrat untuk memukul sama rata kesemua akhawat malizi.

Cuma suka untuk saya khususkan di sini tentang keadaan akhawat malizi yang masih baru di sini. Dari pemerhatian saya, yang bergelak tawa dan agak terjerit2 itu, bilangannya tidak ramai. Tetapi kerana mereka mendominasi , maka kawan2 mereka turut dilihat tidak molek. Saya perasan, ada di antara mereka yang berpurdah dan menjaga batas2 mereka, dan ada sebahagian kecil berpurdah tetapi 'sama naik' saja dengan yang lain.

Ketiga : Purdah, tudung labuh, pakaian bagi saya bukan persoalan utama. Tetapi yang menjadi persoalan pokok adalah soal kefahaman dalam berpakaian. Bila kita faham , maka kita akan amal. Faham dahulu baru amalkan. Kefahaman utama adalah bagaimana kita menepati syarat2 menutup aurat, tidak tabarruj dan kita mendapat pahala serta manfaat dari pakaian tersebut.

Berpurdah contohnya, lebih afdhal daripada tidak berpurdah, syaratnya dengan niat yang benar2 ikhlas. Kalau ada di antara mereka yang memakai purdah kerana ikut2an atau berminat meniru kawan2, tidak salah bahkan wajar dialu2kan. Tetapi dalam masa yang sama, pastikan mereka mendapat manfaat dari purdah atau pakaian tersebut.

Antara manfaatnya, kita lebih menjaga kepribadian kita sebagai seorang muslimah. Kita lebih cermat dalam soal penggunaan nada suara kita, lebih2 lagi ketika berada di tempat awam. Kalau dalam bilik hostel, ma fi musykilah ( tidak ada masalah ). Maka berjinak2lah dengan pakaian sedemikian dan dalam masa yang sama, cuba korek dan amalkan sebanyak mungkin hikmah yang diperolehi dari pemakaian muslimah tersebut.

Keempat : Perlunya wujud suasana / biah tegur menegur. Biarlah suasana tersebut menjadi budaya. Sewaktu saya beralih duduk dalam cerita di atas, dua orang daripada mereka kelihatan berjalan untuk memasuki bangunan kuliah handasah. Seorang berpurdah dan seorang tidak. Yang tidak berpurdah rancak bercakap dengan suara yang kuat dan sekaligus membuatkan saya menoleh. Lalu yang berpurdah membuat isyarat tangan kepada kawannya supaya memperlahankan suara. Tengok bagaimana proses tersebut berlaku.

Sangat ringkas dan mudah, cuma tidak dibudayakan. Saya berpendapat, kiranya dalam situasi di atas, seorang atau dua orang daripada mereka - tidak kiralah yang berpurdah atau tidak , kerana kebaikan akhlak tidak semestinya dinilai dari situ - menegur atau mengingatkan kawan2 yang lain supaya sekurang2nya memperlahankan suara dan menjaga tingkah laku.Usah bergelak tawa dan terjerit2 kerana kita di tempat awam dan banyak mata2 yang melihat.

Saya percaya, andaikata dipraktikkan sedemikian, maka entri ini pun pasti tidak akan ditulis oleh saya.

Kesimpulan

Sewajarnya kaum perempuan memahami , bahawa mereka adalah 'aurat'. Bukan hanya tubuh badan tetapi juga suara mereka. Justeru sangat banyak perkara yang perlu dijaga dan dikawal rapi oleh mereka. Tidak dinafikan sesetengah mereka mengabaikan dan merasa 'rimas' dengan pelbagai tuntutan ketat ke atas mereka, tetapi yakinlah bahawa tuntutan ketat itu adalah datang dari Yang Maha Tahu. Bukan direka cipta oleh sesiapa. Sangatlah malang jika anda membuka ruang fitnah dan menyebabkan kaum lelaki terpalit fitnah kerana anda. Sabda Nabi s.a.w : " Sesungguhnya wanita solehah itu adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang ( yakni oleh yang bukan mahramnya ) ".

sekian.

4 comments:

Pengislah Ummah October 12, 2010 at 10:39 PM  

Salam, seronok saya membaca kisah yg baik2 ttg akhwat kita walau dimana mereka berada. Ya, akhlaq itu bunga diri. Cerminan taqwa yang membajai hati.

Namun, ada perkara yg ingin saya kongsikan untuk dibincangkan.

Selama hampir 5 thn stgh saya berada di dalam dunia institut perguruan, saya merasakan amat sukar sekali untuk menjadi 'muslimah sejati'..dgn kesopanan, kelembutan, tata tertib yg tak lekang dari diri, persis yg dinyatakan oleh penulis dalam entri di atas.

Bukanlah maksudnya saya menyatakan bahawa 'kami' (muslimah yg berpakaian lgkp bersyariat) ini berwatak sebaliknya. Tidak. Tetapi, apa yg ingin saya sampaikan ialah, realiti yg perlu kami hadapi akan datang di sekolah nanti sebagai guru, yg memerlukan kami cekap bersosial dan bekerja menuntut kami untuk 'tidak malu' bermasyarakat dengan sesiapa sahaja.

Jika dilihat dari kaca mata masyarakat awam, mana yg lebih mudah didekati? -->

1-Muslimah yg sgt menjaga (yg pasti akan dilihat waraq, pemalu, senyap...) dengan
2-Muslimah yg berani kehadapan, menyapa, pandai bergurau, boleh masuk dengan plbg jenis org..

Kalau tanya org2 yg alim, yg bljr mendalami agama, myb bsr kmgkinan sebahagian besar jawab no 1.

Tp, cubalah tanya org awam..tgk persepsi mereka trhadap org tudung labuh ni mcmn...

Stakat 5 tahun ana duduk di kampus yang tiada subjek Pendidikan Islam ini & majoriti pelajarnya adlh drp plbg latar blkg trutamanya org 'biasa2' mahupun yg x pernah tahu agama, mereka suka nak berkawan dgn muslimah yg bertudung labuh, berbaju labuh, berstoking ni..tapi tengok 'respon muslimah' ni dulu mcmn.

If dia 'sporting, mudahlah didekati. If dia 'syadid', alamat tak sampailah mesej2 dakwah, islah n tarbiyah yg bersifat jgka panjang itu...

Wallahua'lam.

Tapi ana melihat begitulah. Tarbiyah kita bersifat jgka panjang. Haruslah kita dahulu sebagai dai'e beramah mesra, datang rapat kepada mad'u. Bukan diam menanti mad'u datang kpd kita..banyak yg Islam akan rugi jika begitu. Wallahua'lam.

Apapun, mmg akan ada cabarannya apbl muslimat mula terbuka dengan masyarakat. Thats why lah perlu kepada tarbiyah hati & diri yg berterusan. Usrah lah 1 caranya. Sabar & tabahlah.

Wallahua'lam. Ana bercakap ini dari sudut pandang ana sebagai bakal guru dalam biah masyarakat di Malaysia. If ada sudut pandang yg berbeza, silakan kita berbincang.


Sekian drp ana,
~Manusia yg cetek ilmu..

hafizquran October 13, 2010 at 1:47 AM  

wslm. terima kasih atas pandangan dan saya amat bersetuju dengan pandangan tersebut.

apa yang cikgu perkatakan itu benar dan senario tersebut memang berlaku. cuba lihat, betapa mereka yang membawa 'imej' islam akan memberikan impak dari sudut cara orang 'melihat' islam itu sndiri..dan peranan pakaian dalam hal ini mmberi kesan yg sgt besar.

cuma suka untuk sy membuat sdikit lontaran ; apakah imej seorang muslimah solehah,yang sntiasa tunduk,cakap pun antara dengar tak dengar, kaku, serius /syadid, tidak pandai bergurau meski ssama mslimah, gemar duduk dengan 'puak' sendiri dan banyak lagi jenis yang sewaktu dengannya - adalah imej muslimah solehah yang TEPAT yang sbenarnya dituntut oleh Islam?

jawapan saya..tidak sama sekali. :)

Anonymous October 14, 2010 at 3:10 AM  

assalamualaikum wbt.

ana mula mengikuti blog ini kira-kira setahun yg lalu, dan alhamdulillah banyak juga manfaat yang ana perolehi drpd penulisan2 sebelum ini.tahniah ustaz, kerana berpeluang melanjutkan pelajaran di bumi irbid ini.

sebagai pembaca yang turut sama berada di irbid, ana melihat tulisan kali ini lebih besar manfaatnya jika disalurkan melalui medium yang lebih accessible kepada warga malaysia di irbid, contohnya yahoo group permai, ataupun menerusi edaran2.

walaupun tulisan ini tidaklah bersifat generalizing ke atas semua akhawat malaysia di irbid, tapi sedikit sebanyak memberi satu first impression atau gambaran yang tidak manis juga untuk akhawat irbid secara keseluruhan. ana akui, memang berlaku situasi seperti yang ustaz gambarkan, dan memang memalukan. tapi, lebih molek kiranya, teguran ini turut disampaikan direct kepada golongan sasar (akhawat irbid) seperti yg telah ana cadangkan sebelum ini.

terima kasih atas tulisan ini, mudah-mudahan menjadi pencetus kepada perubahan suasana kita di irbid, dan bahkan menjadi teguran untuk semua muslimat di mana jua mereka berada.

wallahua'lam.

hafizquran October 14, 2010 at 3:32 AM  

wslm wbt

terima kasih atas cadangan tsebut. memang benar, medium yg lebih tepat akan mmberikan kesan yg lebih besar-insyaAllah. begitu juga apa yg ana harapkan.

cuma sebagai 'orang baru' di bumi Irbid, masih bnyk yg ana tidak arif ttg pkara2 tsebut.

InsyaAllah, mgkin sedikit demi sdikit akan ada ruang ke arah itu. dan ana mgharapkan smua orang boleh mmainkan peranan atas tggjwb dakwah tsebut.

jazakallah khair :)

Archive Blog