Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

22 October 2010

IFF : Mana Suara Muslimah Kita?

oleh : hafizquran



gambar : malaysiakini



Beberapa hari selepas menulis entri ini , kita dikejutkan dengan satu penganjuran festival yang nyata mempersenda pemakaian menurut syariat Islam dan sekaligus menjadi penghinaan kepada Islam itu sendiri. Festival yang dinamakan " Islamic Fashion Festival " itu dikatakan bertujuan untuk mengangkat martabat Islam dari segi pemakaian muslimahnya supaya selari dengan fesyen2 yang ada di dunia ini. Petikan video yang turut ditayangkan oleh CNN itu jelas menyebut agenda tersebut.

Dinaungi oleh MUSLIMAH sendiri , penganjuran IFF tersebut nyata bertentangan dengan kehendak Islam itu sendiri. Ia nyata mengandungi agenda lain dan jauh sekali dari hendak memartabatkan Islam di mata dunia. Islam kian hari dihina samada secara terang2 mahupun tersembunyi, kini di Malaysia pun seolah mahu 'menyertai' agenda2 terkutuk yang dimainkan oleh barat. Ternyata Islam mahu 'dilondehkan' sedikit demi sedikit dari ummat Islam, dan wanita muslimah mereka juga hendak 'dibogelkan' atas nama fesyen bernilai antarabangsa..kononnya.

Itu satu masalah.

Di mana pula suara ummat Islam yang sedar dan bangkit menyuarakan bantahan? Tidak semestinya bantahan itu bersifat 'demonstrasi' semata2. Ini yang hairan dengan ummat Islam di negara kita. Asal membantah sahaja, pasti dilabel 'pembangkang'. Apa mesti setiap bantahan itu dari pembangkang semata? Apa mesti bangkangan itu hanya dari 'parti Islam' sahaja?

Perlu pandai beza. Bukan semua isu bersifat politik kepartian semata2. Lebih2 lagi kalau melibatkan agama Islam. Sebagai umat Islam, kita perlu ada sensitiviti. Sabda Nabi s.a.w :

" Barangsiapa yang melihat kemungkaran di antara kamu, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan ( kuasa ), sekiranya tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, dan sekiranya tidak mampu ( juga ) maka hendaklah dia mencegah ( membenci ) dengan hati, maka yang demikian itu adalah selemah2 iman "


IFF Satu Kemungkaran

Saya ingin paparkan imej2 tentang IFF tersebut, tetapi terasa sayang pula hendak 'mengotorkan' blog saya dengan paparan2 tidak bemaruah tersebut. Saya akan sertakan link2 berkaitan di akhir entri. Pokoknya, IFF yang dinaungi oleh Datin Rosmah Mansor - isteri kepada Perdana Menteri sendiri- jelas tidak menepati kehendak syara'. Saya malas hendak mengulas dengan panjang lebar, atau membuang masa berhujah dengan manusia2 yang buta kebenaran bahkan menganggap isu2 sebegini hanya sebagai 'propaganda pembangkang' , tetapi cukuplah untuk saya sarankan kepada anda sendiri untuk melihat, apakah penaung IFF itu sendiri berfesyen islamic?

Jika jawapan anda adalah TIDAK, maka tidak perlulah kita hurai mengapa IFF menjadi penghinaan kepada Islam.


Mana Blogger Muslimah?

Ini antara yang menarik untuk diberi perhatian. Jika anda seorang yang rajin 'menjelajah' ke blog2 berunsur Islamic dan ditulis pula oleh blogger2 muslimah yang ternyata sangat Islamic, anda akan dapati bilangan mereka sangat ramai. Blogger muslimah memang sangat ramai, bahkan tidak mustahil melebihi jumlah blogger lelaki. Lihat sahaja di Universiti2 di seluruh Malaysia, lelaki bagaikan hampir pupus. Blogger juga begitu. Terkecuali di sini blogger muslimah yang hanya pandai menulis 'ayat2 cinta' dan ' ketika cinta bertasbih'. Itulah yang diulit saban hari dalam blog mereka. Saya tidak ingin membazir masa melayan mereka dalam entri saya.

Apa yang ingin saya highlightkan adalah blogger2 muslimah yang boleh dikatakan sebagai 'blogger tegar' , yang aktif menulis dan meng'update' blog mereka sekurang2nya 3 hari sekali. Kandungan blog mereka pula berkisar tentang Islam. Seolah mereka adalah srikandi2 moden kepada Islam. Belum lagi dilihat pada gelaran2 atau 'nickname' mereka. Nama blog sahaja bagaikan sudah cukup menggetarkan musuh2 Islam. Sangat gah, hebat dan mantap.

Tetapi bila berhadapan dengan isu2 sebegini, mana suara mereka? Jujur, saya kehairanan. Setahu saya, jarang sekali ada blogger yang menulis blog seperti menulis buku. Maksud saya, mereka jarang mempunyai tajuk2 yang telah disusun, dan dimasukkan ke dalam blog mengikut bab2 tertentu, atau tajuk2 tertentu. Jarang juga ada blogger yang menulis blog seperti menulis thesis. Kebanyakan dari blogger menulis berdasarkan pemerhatian mereka. Mereka menulis tentang isu2 yang boleh menjadi perkongsian dan peringatan bagi yang membaca blog mereka.

Izinkan saya bertanya..

Apakah mempersenda syariat Islam dari segi pemakaian muslimah bukan suatu isu yang besar bagi anda? Apakah perbuatan 'membogelkan' kaum anda atas nama ISLAMIC itu bukan suatu bentuk penghinaan bagi anda? Apakah agenda2 bangsat seperti ini tidak mempunyai sebarang kesan jangka panjang atau jangka pendek kepada anak2 anda, adik2 anda, kakak2 anda mahupun diri anda sendiri?

Apakah gendang provokasi terhadap Islam yang semakin rancak dipalu ini tidak menjadi suatu perkara yang menyerabutkan otak dan hati anda? Apakah anda lebih selesa hanyut dengan 'ayat2 cinta' dari membuka mulut sekurang2nya untuk bersuara melahirkan kekecewaan anda? Apakah blog anda adalah satu blog yang anda telah hadkan pada topik berunsur Islamic yang 'ringan2' sahaja?

Atau apakah anda risau blog anda sedang dipantau oleh FBI, CIA atau Bukit Aman kalau anda melahirkan kemarahan anda? Atau anda risau akan ditangkap seperti mamat ini?


Saya kehairanan.

Di mana kesyukuran kita hidup dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia? Negara yang menjamin hak setiap rakyatnya untuk bersuara. Kita hidup dalam sebuah negara yang merdeka. Kita hidup dalam sebuah negara berdaulat , negara berperlembagaan. Kenapa kita buta dan terus buta? Hatta dalam isu melibatkan penghinaan dan persendaan kepada agama pun kita buat 'dono' sahaja?

Ketika isu IFF ini hangat diperbincangkan oleh para pejuang agama di alam maya ( alhamdulillah ), saya mengambil sedikit masa menjejak ke beberapa blog yang sering juga saya baca hasil idea penulis muslimahnya yang peka beragama, tetapi tidak ada satu blog pun dari mereka yang menulis atau sekurang2nya 'menyelitkan' isu tersebut dalam tulisan mereka- walaupun baru diupdate.

Saya tidak menghukum kesemua blogger muslimah dalam tulisan saya ini, sementelah saya sendiri tahu bilangan blogger tidak terkira banyaknya. Dan mungkin sahaja di sana sudah ramai blogger2 muslimah yang bangkit meluahkan rasa marah dan kecewa mereka, samada dengan menggunakan kuasa yang mereka ada atau menulis dalam blog semampu mereka. Tetapi dalam masa yang sama, blogger2 yang bagaikan 'tak baca paper' ini juga perlu kita beri kesedaran bersama. Sekadar menjentik, bukan menampar.

Kita mengharapkan 'suara' kita menjadi kuat dan berupaya menjadi benteng kepada agama yang kita cinta. Kita bukan membantah, mengecam atau mengkritik batang tubuh sesiapa. Umpamanya, Datin Rosmah Mansor. Kita tidak membenci batang tubuh beliau bahkan kita menghormati beliau seadanya. TETAPI apa yang wajib kita benci adalah agenda jahat beliau yang nyata telah memberi fitnah yang besar kepada agama Islam itu sendiri.

Musuh2 Islam sedang mentertawakan kebodohan kita. Musuh2 Islam sedang mengambil kesempatan ke atas kelemahan sensitiviti kita. Musuh2 Islam sedang gembira dengan kejayaan mereka merosakkan nilai agama yang ada pada diri kita. Untuk apa kita berbicara soal peperangan , soal jihad, soal anak2 kecil di afghanistan, soal gaza dan sebagainya, kalau apa yang sedang berlaku di depan mata kita pun tidak kita tentang sehabisnya?

Ayuh Suarakan Kebencian Kita

Saidina Ali k.w pernah menyebut satu kata2 yang masyhur ; " kalimatul haq yuridu biha bathil '' - kata2 yang benar tetapi dipergunakan untuk menghalalkan perkara2 yang bathil. Demikian juga IFF. Fesyen Islamic tidak pernah dilarang dalam Islam, tetapi apabila yang dipertontonkan adalah fesyen2 bathil yang jauh menyimpang dari nama Islam, maka jelaslah Islam itu hanya jenama yang dipergunakan bagi menghalalkan kerja2 terkutuk mereka.

Justeru , jika anda seorang yang sayangkan agama, seorang yang mengaku memperjuangkan Islam, sekurang2nya anda gunakanlah kudrat dan bakat yang ada pada anda untuk melahirkan rasa sayang anda kepada Islam , dan rasa benci anda kepada segala bentuk penghinaan kepada agama anda - walaupun anda berupaya sekadar mencoret sebaris kata dalam blog anda sahaja. Tetapi siapa tahu, anda telah berjaya sekurang2nya menyedarkan orang2 yang klik membaca tulisan di blog anda.

Semoga Allah menghidupkan sensitiviti di dalam hati2 kita terhadap Islam yang kita cinta.Ya Allah, hancurkanlah segala tipu daya mereka dan bantulah kami dalam menentang segala perancangan jahat mereka. Amin ya rabbal 'alamin.

Sekian

Link berkaitan. Sila baca bagi yang belum tahu.

1- Fakta2 mengenai IFF

2- Video berkaitan IFF

3- from hijabtrendz

4- Kebenaran gambar2 IFF

5- Dalang IFF juga baca di sini

6- group FB yang membantah IFF

7- bantahan ummat Islam hari ini

8- Dr Asri pun tegur IFF

erm, mana pula suara ulama' muda? 



2 comments:

SeRiKaNDi_uMaR93 October 23, 2010 at 6:16 AM  

salam, syukran ustaz, setelah seminggu tak update blog, ana rasa perlu untuk ana update, kerana terkesan dengan kata-kata ustaz, ya insyaallah, ana akan menjadi salah seorang muslimah yang akan bersama mengutuk festival ini kerana ia menghina Islam sama sekali. syukran 'ala kulli hal

Anonymous October 23, 2010 at 9:48 AM  

http://bukucontengaishah.blogspot.com/2010/10/aishah-tahu-aishah-selekeh-tak-payahla.html

Archive Blog