Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

14 October 2010

Celaru








Hari ini hari yang aneh. Segalanya bermuka pelik. Dari pagi hari aku turut menjadi kepelikan.


Hari ini hambar. Segalanya terasa tawar. Tiada masin tiada masam tiada manis. Lecah.


Dari bilik kuliah membawa ke jalanan sampai ke rumah, segalanya berselirat di otak. Aku hilang punca untuk merungkai ikatan demi ikatan. Bengapnya terasa sampai ke hati. Aku rimas.


Balik dan termenung. Sedetik. Dua detik. Lima detik. Hampir separa jam. Aku masing begitu. Termenung.


Dalam kotak minda padahal terdapat begitu banyak fail yang menimbun. Kertas dan nota yang masih menunggu giliran untuk diterjemahkan oleh jari dalam bahasa maya. Tapi segalanya kaku dan beku. 


...kosong


Isyak. Bertandang ke masjid mencari sedikit ubat mujarab. Mengemis sedikit rahmat sebagai tetamu kecil. 


Tenang. Tenteram. Tapi hanya untuk beberapa detik yang ada.


Bakinya, aku meneruskan langkah ke luar. Menyusur di celah2 kebingitan hon kereta dan kesejukan alam raya. Langkah perlahan sambil mencari ilham. 


Malang. Semuanya hilang. Yang ada cuma debuan halus yang bisa menyakitkan mata. Aku hilang rasa.


Aku ramai teman di sana. Tiap satunya aku hulurkan salam dan kuhadiahkan senyum tika berjumpa. Ya, aku senyum. Walaupun senyumnya tawar tidak bergula. Maaflah, kerna hanya itu yang aku ada.


Sudahnya , aku mengalah. Menuntun langkah pulang. Jiwa aku bingit dengan pelbagai jerit maya. Dan aku masih diam seribu bahasa.


....masih kosong


Hari ini memang ajaib. Satu hari yang bagai tidak punya nama.


Dan aku masih bersandar dalam ruang kecil ini. Menatap tembok putih yang cuma tinggal warna, tetapi di mataku ia gelap gelita.


Hening seheningnya. Aku hilang sabar. Aku ingin menjerit sekuatnya. 


ARGGGGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Satu jeritan bergema. Sudah cukup kuat aku rasa. Kuat tanpa suara. Kuat tapi tidak bermakna apa-apa.


Bosan duduk aku bingkas berdiri. Berdiri meneman tingkap sambil merasa bayu malam. Sejuk dan menyamankan. 


Jauh di bawah sana ada kelibat manusia. Dua..mungkin tiga. Salah satu adalah sahabatku. Sahabat lama. Sahabat yang setia bersama-sama. Ya, sahabat aku. Aku tak silap. Mereka sedang rancak berbual sambil ketawa. 


Aku ingin tumpang. Tunggu aku.


HEI!!!KAWAN!!!


Aku menjerit. Melambai-lambai dari jauh. Girang hati tidak terkata. Akhirnya sunyi aku terubat jua. 


Tapi..


Mereka hanya menjeling. Lambaianku tidak berbalas. Aku hanya dipandang bagai bukan siapa-siapa. 


Aku mengganggukah?


Aku mengacaukah?


Aku menyibukkah?


Ah. Mungkin tidak. Dia kawan aku. Dia sahabat aku. Mana mungkin begitu pula.


Aku kembali melambai. Lebih tinggi sambil tersenyum-senyum. Tersengih-sengih. Sedaya upaya menyatakan erti girang aku kepada mereka.


Tiada respon.


Dan mereka tiada lagi di sana. Bangun dan meninggalkan aku dalam kegelapan maya. Bangun meninggalkan aku dengan lambaian yang bagai tak berharga. Bangun meninggalkan aku dengan seribu satu rasa di dada. 


Aku rasa berdosa. Jiwa racauku menyebabkan aku mengganggu mereka. Jiwa racauku membuatkan aku tidak sopan dan menyinggung mereka. Jiwa racauku menjadikan aku satu-satunya pesalah di dunia.


Suasana kembali hening. Dan tiba-tiba mataku berkaca.


...






......






........






Sudahlah. Aku mahu beralih.


Aku sudah kehabisan kata...






Aku mahu pergi mencari Tuhan.

0 comments:

Archive Blog