Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

05 September 2010

Klip Video "Kantoi Dgn Bini Org" - sila klik dan baca

oleh : hafizquran

Waktu membuka laman facebook sebentar tadi, tiba2 ternampak link dari seorang sahabat lama, tentang satu video 'kantoi dengan bini orang' - lebih kurang begitulah tajuknya. Seketika video sepanjang 9 minit itu ditonton beserta komen2 di bawahnya juga turut dibaca. Ternyata manusia suka memandang dengan mata , nafsu dan akal semata2 , tetapi jarang sekali memandang dengan hati. Benar, pandangan hati itu sukar sekali.

Sinopsisnya, seorang lelaki yang sudah berkahwin didakwa berdua2an di dalam sebuah bilik ( hotel mungkin ) dengan seorang wanita yang juga sudah berkahwin. Kemudian dijumpai oleh suami kepada wanita tersebut yang datang dengan satu gerombolan manusia yang begitu ramai. Lelaki tadi kemudiannya dibelasah sehingga lebam sambil di'brainwash' atau di'tazkirah' tentang kesalahannya tersebut. Sewaktu dibelasah, wanita tadi merayu2 suaminya agar tidak menyakiti lelaki tersebut tetapi tidak dihiraukan.

Ada beberapa perkara yang saya fikirkan tentang perkara tersebut.

1. Saya tidak menafikan bahawa perbuatan berkhalwat atau berzina itu suatu dosa, bahkan satu dosa yang termaktub hukumnya di dalam Al-Quran sebagai ayat muhkam ( ayat berbentuk undang2/hukuman ) sebagai ayat yang tidak boleh ditakwilkan.

2. Tetapi pelaksanaan hukuman terhadap pesalah perlunya kepada pembuktian dan proses undang2, dan jangan lupa , ianya turut serta di ajar oleh Islam satu per satu. Ketelitian dan ketelusan adalah salah satu elemen penting dalam proses tersebut. Ini terbukti dengan perbuatan Baginda s.a.w ketika didatangi oleh seorang wanita yang mengaku telah berzina dan minta dihukum. Sifat ketelitian dan cermatnya Islam itu ditonjolkan oleh Nabi s.a.w dengan begitu cantik apabila Baginda menyelidik perempuan tersebut dengan mengatakan bahawa kemungkin ianya hanya perasaan atau 'tidak berlaku'. Baginda bahkan meminta perempuan tadi untuk balik terlebih dahulu.

3. Sikap berhati2 dan tidak terburu2 menjatuhkan hukuman ini adalah ajaran Islam, dan sikap yang sebaliknya bukan dari ajaran Islam yang sangat sempurna keadilannya.

4. Dalam kes di atas, beberapa keadaan mungkin terjadi. Boleh jadi ianya keadaan berunsur fitnah, di mana lelaki tadi diperdaya atau wanita itu sengaja dianiaya. Boleh jadi juga berunsur salah faham , di mana mereka termasuk ke dalam maksud 'khalwat' yakni berdua2an tanpa mereka sedar , sedangkan tujuan asal kemungkinan untuk berbincang dan sebagainya. Boleh jadi juga mereka ditangkap bukan di dalam bilik tersebut, kemudiannya diheret atau dipaksa masuk. Seribu satu kemungkinan boleh ditimbulkan dan tidak mustahil terjadi jika dilihat hanya berpandukan video tersebut semata2.

5. Kemunculan begitu ramai lelaki yang menyaksikan sahaja tanpa berbuat apa2 juga menimbulkan  tanda tanya. Bahkan ada di antara mereka merupakan lelaki yang sudah tua ( berambut putih ). Tumpuan pukulan dan terajang hanya pada lelaki tersebut sedangkan si wanita seolah 'dibela' atau 'dikasihani'. Kekecohan yang berlaku sedemikian rupa , andainya di sebuah hotel , mustahil akan hanya dibiarkan oleh pengurusan hotel terbabit. Pastinya ada kelibat 'pak guard' atau pegawai mereka. Segerombolan ( puluhan ) manusia mustahil dibenarkan masuk ke hotel tanpa disyaki apa2.

6. Dalam kelam kabut situasi yang tidak jelas sedemikian rupa, pandangan akal, mata dan nafsu kita terdorong untuk mengeji, mengutuk dan mengatakan 'padan muka'. Tetapi sayangnya, pandangan hati gelap dan tidak bersuara.

7. Undang2 ciptaan manusia sewenang2nya bertindak seperti di atas. Bahkan pihak yang tidak ber'autoriti' ( selain suaminya ) juga berlebih2an memukul dan membelasah. Lebih malang, ianya berlaku di hadapan sebilangan besar lelaki yang lain. Kononnya kerana mereka 'melacur' maka maruah mereka juga perlu 'dilacurkan'? Bahkan boleh pula dibiarkan rakaman dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan pula dengan sewenang2nya.

8. Tindakan sedemikian saya kutuk atas nama Islam dan keadilannya. Islam itu perlembagaan dan Islam itu sebuah nidzam bukan semata2 solat dan zakat. Bertindak membabi buta sedemikian adalah satu bentuk penganiayaan yang perlu dijawab di hadapan Allah kelak.

9. Penganiayaan dengan membelasah lelaki yang tidak tahu hujung pangkal kesalahannya dan tidak pula dibuktikan kesalahannya secara adil. Penganiayaan dengan menjalankan 'hukuman' tersebut di hadapan puluhan lelaki yang tidak berkaitan. Penganiayaan dengan membiarkan maruah wanita dan lelaki tersebut diinjak2 dan dihina oleh mata2 yang memandang. Penganiayaan yang PALING BESAR dengan MENYEBARKAN link2 video sebegini untuk tontonan umum manusia.

10. Wajah mereka2 yang terlibat kelihatan dengan jelas. Bahkan mungkin boleh dicam oleh mereka yang mengenali mereka. Kesilapan dan dosa hakikatnya adalah rahsia hamba dengan Rabbnya, kecuali yang melibatkan dosa sesama manusia. Itu pun tidak boleh didedahkan atau diwar2kan dosa dan keaiban orang kepada manusia yang lain. Kita lihat bagaimana dalam sebuah hadith , diceritakan bahawa menjadi satu dosa besar pula kiranya kita membuka keaiban kita sendiri kepada masyarakat sesudah kita bertaubat dan Allah menerima taubat kita. Apatah lagi mendedahkan dosa dan keaiban orang sebegitu rupa- bahkan pula dalam laman jaringan yang boleh ditonton oleh jutaan manusia??

11. Suatu hari nanti kiranya mereka sudah bertaubat, dan link video tersebut masih kekal angkara tangan kita yang 'berkongsi' dan menyebarkannya atas nama 'masalah ummat' ( kononnya ), maka jawablah sendiri di hadapan Qadhi Jalla Wa 'Azza. Jangan sampai angkara kita, hancur dan luruh daging muka kita di akhirat nanti kerana tidak tahan menanggung malu dan aib apabila segala dosa dan keaiban kita pula dibuka oleh Allah satu per satu.

Saya bermohon kepada Allah supaya diberikan keampunan dan hidayah kepada mereka yang terlibat. Yang tidak terlibat, jangan seronok bertepuk tangan pula kononnya anda adalah malaikat dan dia adalah iblis laknatullah. Ingat , kita masuk syurga bukan sebab amalan kita tetapi semata2 RAHMAT dan KASIHAN BELAS Allah kepada kita. Hendak berdakwah dan sedarkan masyarakat itu baik, tetapi wasilah dan jalannya kena berjaga2. Jangan sampai anda berqiamullail sepanjang malam , tetapi memakai jubah dari kulit babi.

Sekadar peringatan dalam suasana keinsafan, ayuhlah sedarkan mereka2 yang masih tidak membuka mata hati.

Pandangan Mata Selalu MENIPU
Pandangan Akal Selalu TERSALAH
Pandangan Nafsu Selalu MELULU
Pandangan Hati Itu Yang HAKIKI..kalau hati itu BERSIH

Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang sentiasa melihat dan memandang dengan basirah yakni mata hati. Allahummahdi Qaumi Fainnahum La Ya'lamun. Allahummaghfirlana zunubana watawaffana ma'al abrar. Ya Karim Ya Jabbar Ya Rabbal 'Alamin.

Wallahua'alam.

2 comments:

Anonymous September 7, 2010 at 9:42 PM  

salam . mm . da tuu org yg share link video ney am ner ? . law tujuan dea tuk bg pengajaran ? .

Anonymous September 18, 2010 at 4:26 PM  

aku skong,tp kalu bnde ni terjadi pd kita..isteri kita berdua-duaan didlm blk dgn laki lain,apa yg kte akn buat,selidik dlu,atau???
org bersalah xkan mengaku kesalahan dgn mudah...

Archive Blog