Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 August 2010

Ramadhan : Bulan Para Huffaz Al-Quran

oleh : hafizquran

Ramadhan kembali lagi. Meskipun entri ini hanya sempat ditulis setelah 2 hari berpuasa dek kerana beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan.

Bercerita tentang Ramadhan, tidak lain yang ingin saya sebutkan. Hanya tentang akrab dan sinonimnya bulan ini dengan para huffaz Al-Quran. Bermula dari beberapa bulan lepas, rata2 masjid dan surau sudahpun mencari dan menghubungi para imam hafiz untuk di'kontrak'kan sebagai imam terawih selama sebulan. Itulah situasi biasa yang kita lihat. Para imam hafiz ini datangnya dari sekolah2 atau maahad2 tahfiz swasta, graduan hafiz persendirian dan sebagainya.

Ringkasnya, Ramadhan menjadi kian meriah dengan kehadiran suara2 mereka di corong2 masjid dan surau. Masing2 dengan cara dan gaya bacaan tersendiri. Ada yang agak cepat , ada yang agak lambat dan tidak kurang juga ada yang dapat mengimbangi antara keduanya. Ada yang begitu gah dengan bacaan mirip masyayikh tertentu. Sudah tentu bacaan2 mirip sheikh Sa'ad Al Ghamidi menjadi tarikan berdaya tinggi kepada jamaah yang hadir berterawih. Begitu juga dengan bacaan2 berkualiti tinggi yang lain.

Apa yang ingin disebut tidak banyak. Hanya berpesan kepada sekalian huffaz supaya rebutlah peluang keemasan sebegini untuk berkhidmat kepada diri sendiri -terutamanya- dan masyarakat amnya. Ini kerana ada juga segelintir golongan huffaz yang memencilkan diri dan mengenepikan title hafiz Al-Quran pada diri mereka kerana tidak mahu disuruh menjadi imam tarawih. Sudah pasti ini situasi yang amat mendukacitakan. Seharusnya peluang ini direbut dan digunakan sebaik mungkin bagi memantapkan bacaan masing2 dan melatih diri sebagai saf hadapan dalam masyarakat.

Bagi mereka yang pada masa ini sudah pun berada di posisi atau tempat bertugas masing2, tahniah saya ucapkan. Sumbanglah khidmat seikhlas yang mungkin kepada masyarakat dan para jamaah, agar alunan suara kita saban malam menjadi ibadah dan saham bermutu tinggi di akhirat. Ikhlaskan diri dan lakukan yang terbaik dan termampu. Penilaian masyarakat bukan urusan kita. Mudah2an secara tidak langsung, mukjizat Al-Quran itu boleh menyembuhkan unsur2 penyakit yang wujud dalam masyarakat masing2.

Habuan? Saguhati? Elaun? Sila berhati2. Mungkin segelintir imam yang 'amatur' begitu teruja sehingga meletakkan perkara tersebut di hadapan, sekaligus merosakkan sekalian ibadahnya. Kecil besarnya masjid, tinggi rendahnya bayaran usahlah difikirkan. Kelak yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Pahala menjadi imam terhapus, bayaran yang diberi pun tidak setimpal. Akhirnya Ramadhan tinggal Ramadhan.

Sentiasa ingatkan pesanan Allah ; dan janganlah kamu menjual ayat2 Allah dengan harga yang sedikit.

Setinggi mana pun bayaran yang diberi , ia tidak akan setanding jika diniatkan untuk 'menjual' bacaan2 Al-Quran tersebut. Kita hanya menerima ianya sebagai hadiah dan tanda terima kasih di atas komitmen dan khidmat yang dicurahkan. Justeru sama2lah kita ikhlaskan niat dan lakukan yang terbaik. Mudah2an di dunia kita beroleh manfaat , di akhirat juga kita mendapat kemuliaan dan kehormatan sebagai ahli Al-Quran.

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina 'azabannar.

Amin Ya rabbal Alamin.

0 comments:

Archive Blog