Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

23 August 2010

Hebat sangatkah kita?

                                                                        


oleh : hafizquran

Bismillahirrahmanirrahim

Agaknya, apakah yang menyebabkan ada sesetengah manusia begitu gah dan megah dengan diri sendiri- sehingga mengenepikan Allah dalam hidup mereka? Bahkan, mereka tidak segan silu melupakan gelaran mereka sebagai hamba kepada seorang tuan. Tuan Yang Maha Besar iaitu Allah. Cuba perhatikan, apa yang hebat sangat kita sehingga tidak mahu taat kepada Allah?

Lihat kepada jasmani atau fizikal kita. Manusia yang paling besar atau tinggi di kalangan kita pun sebenarnya paling kecil bahkan seperti hama jika hendak dibandingkan dengan bintang2 yang bertaburan di luar angkasa. Apatah lagi kita yang tidak besar dan tidak tinggi?

Kita mungkin merasakan kita cantik, kacak atau mempunyai susuk tubuh yang elok. Ramai orang memuji kita atau mungkin juga kita terkadang memuji2 kecantikan atau kehebatan rupa paras seseorang. Itu tidaklah mengapa kiranya kesemua mereka bersikap seperti Nabi Allah - Yusuf a.s. Itu secantik2 manusia tetapi begitu taat dan patuh kepada Allah- apatah lagi nak berlagak atau mendabik dada.

Kiranya kita sedar dan benar2 faham hakikat kejadian kita , pasti dan pasti kita akan bersikap selayaknya seperti seorang hamba.

1- Kita bukanlah berasal atau diciptakan daripada emas atau berlian. Kita juga bukanlah diciptakan dari kilauan atau pancaran cahaya yang bergemerlapan. Tidak sama sekali. Asal kita dari setitik mani yang tidak ada seorang pun menganggap mani sebagai air yang mulia.

2- Apabila kita lahir sebagai manusia, walau secantik dan seelok mana rupa paras kita, namun mengapa saban hari kita hanya akan mengeluarkan perkara2 yang jijik dan kotor?

Mengapa tidak benda2 yang kita keluarkan dari badan kita juga bersifat mulia atau cantik seperti cantiknya susuk tubuh dan rupa paras kita?

Mengapa perlu kita menahan bau busuk najis setiap kali kita membuang air besar?

Apa lagi 'output' yang kita rasakan sebagai mulia dan cantik yang kita mampu keluarkan supaya setaraf dengan kehebatan dan 'gah'nya kita..?

Angin yang kita keluarkan, samada berupa kentut atau sendawa, berbau busuk.

Tahi mata, tahi telinga, tahi hidung dan selainnya- juga busuk dan menjijikkan.

Tubuh badan jika berpeluh atau dibiarkan dengan tidak mandi- lebih2 lagi berbau busuk dan menjijikkan.

Benar, kesemua manusia begitu. Cantik , tidak cantik, hakikatnya semua orang mengeluarkan 'kejijikan' yang sama dari badan mereka.

Bila bergelar mayat lebih2 lagi busuknya kita..

3- Satu benda yang keluar dari manusia tetapi dianggap mulia- iaitu bayi. Bayi ( atau kita ) lahir dalam fitrahnya yang cukup cantik. Putih bersih dan tidak mempunyai dosa. Namun begitu, perhatikan dalam surah at Tin , di mana Allah menyebut :

" sesungguhnya telah kami ciptakan manusia dengan sebaik2 kejadian. Kemudian kami campakkan mereka ke tempat yang paling bawah "

Justeru ada dua keadaan. Benar , asalnya mulia dan disukai semua orang. Tetapi apabila bergelar mukallaf , kehinaan tetap akan menimpa kiranya memilih jalan yang sesat dan keji.

Maka sama2 lah kita berfikir. Ibarat yang mudah seperti di atas hanya bertujuan supaya kita sedar, bahawa semulia mana kita pun, hakikatnya kita saban hari diingatkan supaya menjadi tawadduk dan merendah diri. Cuma samada kita sedar akan analogi2 itu atau tidak, tanya2lah diri dan iman kita.

sekian

0 comments:

Archive Blog