Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

19 August 2010

Hakikat Nafsu

oleh : hafizquran

Bismillahirrahmanirrahim

Secara ringkas, nafsu bermaksud keinginan yang keras atau suatu desakan kuat yang datang dari dalam diri manusia. Bila kita berbicara soal nafsu, pecahannya banyak. Topiknya pelbagai dan sebahagiannya begitu hangat bila diperbahaskan.

Namun dalam bulan Ramadhan ini elok juga kita menyoroti sedikit akan hakikat sebenar nafsu ini. Bukanlah ingin membawa pembaca kepada perbahasan yang rumit, hanya sekadar mahu menarik perhatian kepada beberapa analogi yang mungkin boleh dijadikan bahan berfikir buat kita semua.

Nafsu Makan

Ambil sahaja contoh paling mudah ; pergi berbelanja di bazar Ramadhan. Dalam keadaan haus, lapar dan perut yang minta diisi, kita tiba2 dikelilingi oleh pelbagai juadah yang kelihatan enak dan begitu menyelerakan. Awalnya cuma berniat untuk membeli sedikit sebagai juadah berbuka puasa, tapi niat itu akhirnya terpesong.

Suatu desakan dari dalam diri datang dengan begitu keras. Bisikannya minta dipatuhi. Lantas apa yang ada di depan mata semuanya mahu disebat. Air cincau kelihatan enak, air cendol special juga begitu. Dalam masa yang sama air tebu dan air kelapa juga tidak mahu dilepaskan. Akhirnya 4 jenis air dibeli dalam plastik besar.

Makanan juga begitu. Ikan bakar sedap, ayam percik pun sedap, begitu juga dengan ayam goreng berempah. Nasi kerabu mahu dibeli, nasi dagang dan laksam juga tidak mahu ketinggalan. Selesai makanan, kuih muih pula diberi perhatian. Sekurang2nya 4,5 jenis kuih akan memenuhi beg plastik setiap kali balik dari bazar Ramadhan.

Itulah pesta membeli. Seronok dan begitu teruja saat membimbit beg2 tersebut balik ke rumah. Kurang 1 jam lagi azan akan berkumandang dan tibalah saat yang paling menggembirakan.

Usai Azan

Air cincau yang diteguk dengan gelojoh sebentar tadi bagaikan sudah mencukupi untuk segala2nya. Lantas air kelapa, barli, cendol dan tebu hanya dipandang sebelah mata. Kuih muih yang tadinya begitu menggoda kini bagaikan tidak memberi makna apa2. Segelas air dan sebungkus nasi sudah cukup untuk membuatkan perut kenyang. Selebihnya?

Itulah dia nafsu. Akibatnya pasti dan pasti- buruk. Bukan hanya pembaziran yang berlaku, malahan pintu rezeki juga akan menjadi sempit. Nafsu berbicara dengan caranya yang tersendiri, sehingga menjadikan kita tertipu saban waktu tanpa kita sedari.

Nafsu

Cuba renungkan. Dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda ; sekiranya kamu melihat perempuan cantik di jalanan, maka bersegeralah kamu balik menemui isterimu, kerana padanya ada apa yang kamu inginkan.

Maksud hadith ini andai dihubungkan dengan analogi di atas akan membawa kepada satu pemahaman yang jitu, bahawa itulah cara sebenar menangani kerakusan hawa nafsu. Tika melihat wanita yang seksi dan berpakaian seperti telanjang- samada di jalanan atau di kaca tv- ramai lelaki akan jatuh tersungkur. Sebagai contoh, memang mustahil untuk menyamakan isteri yang sudah berusia dengan gadis cantik yang bertubuh seksi.

Tetapi cuba perhalusi betapa relevannya hadith di atas. Persepsi 'tidak yakin' itu adalah bisikan halus dari nafsu yang sentiasa mahukan kejahatan. Apabila kita mula mengakui bisikan atau persepsi itu tadi, maka itulah tandanya kita sudah jatuh dan tewas dengan permainan nafsu amarah dalam diri sendiri.

Kita menyangka bahawa air cendol tidak cukup , kita mahukan air bandung dan cincau di beli sama. Apabila tiba waktu minum, barulah kita sedar bahawa air cendol atau air apa sekalipun hanya kehendak kita semata2, yang pasti kita tetap merasa kenyang dan puas. Anda yang bijak, huraikanlah sendiri.

Memang sukar untuk menundukkan nafsu, tetapi sekurang2nya biarlah kita menjadi golongan yang tidak mudah tertipu dan terpedaya. Itulah peperangan yang berlaku dalam diri kita saban waktu. Itulah hakikatnya nafsu.

Sekian.

0 comments:

Archive Blog