Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

09 July 2010

ST 13 : Dilema 'Tak Ingat' Dan 'Tak Lancar'


بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh : hafizquran

Soalan :

Assalamualaikum Ustaz,

Saya telah khatam menghafaz Al-Quran pada 2 tahun lepas selepas memulakan proses hafazan selama 3 tahun. Masalah yang saya hadapi adalah saya bukan sahaja sukar untuk mengulang juzuk2 terdahulu bahkan sehingga tahap seolah-olah perlu menghafaz semula juzuk2 tersebut. Untuk pengetahuan ustaz, saya banyak menumpukan proses menghafaz hafalan baru sahaja selama 3 tahun tersebut dan sangat sedikit / tidak pernah mengulang / murajaah sebahagian besar dari hafazan saya. Mohon ustaz membantu.


Jawapan :

Waalaikumussalam.

Alhamdulillah, saudara adalah antara orang2 yang terpilih untuk menjadi hamlatul Quran dan bakal memperoleh darjat yang tinggi di sisi Allah ta’ala kiranya benar2 melaksanakan amanah yang diberikan tersebut.

Apa yang saya perhatikan, masalah yang kerap kali berlaku kepada seseorang penghafaz Al-Quran adalah ketika berlangsungnya proses hafazan tersebut. Jika dalam masalah saudara di atas, tempoh proses hafazan adalah 3 tahun. Bermakna selama 3 tahun lah masalah atau kesalahan tersebut telah berlaku.

Kesalahan yang saya maksudkan adalah kecuaian melengkapkan 3 syarat utama proses hafazan , iaitu tasmi’ , sabqi dan murajaah. Tasmi’ memang penting untuk mendapatkan / mentashihkan hafazan baru, tetapi dalam masa yang sama ramai orang lupa , bahawa sabqi adalah prasyarat yang lebih penting daripada tasmi’. Sabqi memainkan peranan penting dalam mengukuhkan sesuatu hafazan baru yang telah ditasmi’. Di samping itu, muraja’ah pula memainkan peranan sama penting dalam menjaga dan ‘mengawasi’ hafazan2 atau juzuk2 yang telah lama dihafaz. Sila rujuk artikel saya tentang sabqi di sini.

Simptom permasalahan yang diutarakan oleh saudara sebenarnya adalah berpunca dari masalah di atas. Kegagalan otak untuk menyimpan memori baru dan terus menerus diganti oleh input yang selanjutnya, akan menjadikan seseorang penghafaz Al-Quran itu ibarat yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran.

Justeru, cara penyelesaian kepada permasalahan ini ada dua. Pertama mencuba sedaya upaya untuk mengulang atau muraja’ah kesemua juzuk2 tersebut. Kedua, jika didapati bahawa cara yang pertama sangat sukar , bermakna anda berada dalam situasi tak ingat dan bukan lagi tak lancar. Maka dalam keadaan tersebut, satu2nya cara terbaik adalah ‘menghafaz semula’ juzuk2 tersebut dengan lebih cermat dan teratur.

Dalam proses kedua ini, pastikan anda benar2 melengkapkan 3 elemen yang telah saya sebutkan di atas bagi mengelakkan masalah yang sama dari berulang kembali. Benar, menghafaz kali kedua adalah 2 atau 3 kali ganda lebih sukar berbanding sewaktu mula2 dahulu, namun dorongan dan motivasi dalam diri anda untuk menjadi penghafaz Al-Quran yang amanah insyaAllah akan dapat mengatasi cabaran tersebut. Ikhlaskan niat kerana Allah, berusaha dan bertawakkallah kepada –Nya di atas segala usaha anda. Mudah2an Allah berikan kejayaan kepada anda. Sekian.

Wallahua’lam.

NOTE : Upgraded On 6 June 2011

2 comments:

ZAIM December 29, 2010 at 7:17 PM  

saya bercadang hantar anak umur 12 tahun pada 2011 ke tahfiz sepenuh masa berhampiran tempat tinggal di Akademi Darul Huffaz Cawangan Kota Damansara. Dia dah khatam quran 3 kali dan sudah pun menghafaz juz 30. Untuk makluman ustad dia yang minta untuk program sepenuh masa. Minta ustad beri pandangan tentang Akademi Darul Huffaz dan niat saya.
Hj Z

hafizquran December 30, 2010 at 12:11 AM  

salam hj zaim
pertama skali sy minta maaf,sebab sy sendiri kurang pasti tentang akademi tersebut

kedua,ttg anak tn hj tersbut,bg sya usia demikian adalah usia tbaik utk mghafaz Al-quran dgn sistem spenuh masa.bdasarkan prestasi dia yg sudah 3 kali khatam dan sudah mghafaz juz 30,saya yakin dia dapat mnamatkan hafazan 30 juzuk dalam tempoh tidak lebih 3 tahun. insyaAllah

semoga Allah mberkati niat tuan hj

Archive Blog