Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

04 July 2010

suami isteri : adakah belangkas analogi yang tepat?

oleh : hafizquran

" Macam belangkas " adakah perumpamaan orang melayu yang merujuk kepada pasangan yang kerap kali kelihatan bersama. Tidak kiralah pasangan kawan, kekasih atau suami isteri. Kadang2 keakraban sesama sahabat juga diberikan perumpamaan yang sama. Kalau kawan atau kekasih pun sudah diberikan gelaran sedemikian, suami isteri sudah tentulah lebih2 lagi. Ini kerana secara logiknya, pasangan suami isteri akan seringkali bersama di mana sahaja ( melainkan ada batasan kerja atau penempatan ). Di rumah bersama2, keluar bersama2, merancang itu dan ini bersama2, menghabiskan masa bersama2 bahkan dalam sesetengah keadaan - mencari nafkah keluarga bersama2.

Namun apa yang cuba saya bawakan di sini adalah satu sudut pandang, di mana perumpamaan belangkas itu dilihat kurang tepat. Mungkin ada positifnya kalau sentiasa bersama2. Lebih2 lagi kalau sehingga tahap digelar 'pasangan paling ideal'. Tetapi negatifnya lebih banyak.

Beberapa tahun sebelum berkahwin,saya mempersiapkan diri dengan ilmu2 bekaitan rumahtangga, yang mana kebanyakannnya adalah diperolehi daripada pembacaan. Meskipun kesemuanya adalah secara teori, namun sekurang2nya saya mempunyai beberapa pendirian tentang alam rumahtangga. Dan antara pendirian saya adalah, menjadi belangkas adalah sesuatu yang lebih negatif berbanding positif.

Apa yang saya maksudkan sebagai belangkas adalah apabila sesuatu pasangan itu sengaja menjadikan skop sosial mereka bagaikan katak di bawah tempurung. Kalau sebelum berkahwin , banyak aktiviti bersama sahabat2 atau organisasi diikuti dan diberi komitmen, namun selepas berkahwin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin langkahnya panjang ( baca ; aktif ) ke sana dan ke sini dengan penuh ligat, namun selepas berkahwin langkahnya tersangat kontot. Ke sana ke sini perlukan 'permit'. Perlu berdepan dengan kerenah itu dan ini yang akhirnya menyebabkan banyak aktiviti dan perancangan ( baca ; kerja agama ) dibatalkan atau diserahkan kepada orang lain.

Dan alangkah menyedihnya kalau yang menjadi punca adalah isteri atau suami sendiri.

Sesetengah manusia tidak memperhalusi niat da matlamat perkahwinan secara jelas sebelum mendirikan rumahtangga. Mereka hanya teruja untuk hidup bersama tanpa berfikir panjang bahawa niat memberikan kesan jangka panjang yang amat besar.

Niat berkahwin hanya semata2 untuk hidup bersama, berkongsi suka dan duka, tiada rahsia sesama kita dan sebagainya tanpa diambil satu ketetapan yang jelas - akan memberikan akibat jangka panjang yang amat negatif dalam kehidupan berumahtangga. Ketetapan yang jelas yang pelu diambil itu adalah ; bahawa mendirikan rumahtangga untuk berkasih sayang kerana Allah. Hidup bersama kerana Allah. Suka dan duka bersama kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Segala2nya kerana Allah.

Mengapa perlu? Kerana itulah akar umbi kepada sesuatu perhubungan. Berkasih sayang atau bercinta sahaja, walau serancak atau seromantik mana sekalipun, tanpa didahulukan cinta Allah akan menemui jalan buntu. Dan sedarlah, bahawa jalan buntu yang PALING DAHSYAT adalah ' kejemuan '. Sebilangan besar manusia bercerai atas sebab tersebut , tetapi diberikan alasan 'tidak serasi'. Masakan tidak serasi, anak sudah 5 dan kahwin sudah 30 tahun?

Belangkas

Meskipun sesuatu pasangan kerap dilihat bersama, namun itu tidak menjadi kayu ukur bahawa mereka bahagia. Kebahagiaan bukan terletak pada tempoh masa pasangan berada dihadapan kita, atau dibawah ketiak kita, tetapi terletak kepada berapa lamakah ingatannya kepada kita dalam sehari? Adakah hatinya sentiasa bersama kita atau hatinya terbang entah ke mana walaupun jasadnya terpacak di depan mata?

Inilah perkara yang sangat perlu diperhalusi oleh setiap pasangan yang hendak atau telah mendirikan rumahtangga. Konflik dalaman yang seringkali berlaku adalah ; isteri mahukan suami 24 jam bersamanya dan dalam masa yang sama suami dilanda kebosanan dan kejemuan berdepan dengan isteri. Kita perhalusi seperti berikut :

Pertama : Isteri mahukan suami sentiasa bersamanya kerana baginya itulah niat utama perkahwinan. Mahu supaya sentiasa dijaga dan diberi perhatian sepanjang masa. Antara sebab lain, adalah cemburu atau tidak percayakan suami. Risaukan suami jatuh hati pada yang lain kiranya suami keluar. Baginya, biarlah suami sentiasa duduk di hadapannya, barulah hatinya tenang. Ini isteri negatif.

Kedua : Suami yang 'memotong' kesemua aktiviti dan keaktifannya semata2 kerana menurut kata hati isteri. Isteri mahukan suami di rumah sepanjang masa kecuali tika bekerja, maka suami mengikut sahaja., Antara sebabnya kerana tidak mahu bergaduh atau kerana terlalu sayangkan isteri. Lalu menjadilah mereka bagai belangkas yang berkepit sepanjang masa siang dan malam. Walaupun hakikatnya hati dan jiwa sang suami terbang entah kemana. Jasad bersama, tetapi dalam rumah buat hal masing2. 24 jam yang ada bersama, belum tentu ada 2 jam hati mereka bersatu bersama. Ini juga jenis suami yang negatif.

Penyelesaiannya?

Kembali kepada niat dan matlamat asal. Kalau niat mahu melahirkan jundullah, maka terlebih dahulu kenalah menjadi jundi yang tegar kepada agama. Perlulah aktif mendokong cita2 dan perjuangan agama. Jangan membina rumah di bawah tempurung pula.

Kalau niat mahukan cinta Allah , maka terlebih dahulu gapailah cinta Allah dengan sebenar2nya. 24 jam masa yang ada, pastikan waktu untuk Allah adalah di tahap yang secukupnya. Rebut cinta dan perhatian Allah dahulu, barulah cinta pasangan ( suami atau isteri ) datang menyujud.

Kalau niat mahu sempurnakan agama, maka lengkapkanlah diri dengan segala persiapan dalam tempoh yang ada. Bukan berkepit sahaja sepanjang masa. Luangkan masa yang khusus untuk mentelaah buku2 agama, buku2 haraki dan perjuangan, dan segala ilmu2 yang dapat mengukuhkan asas dan pegangan sebagai muslim sejati. Carilah satu hobi yang menyumbang ke arah itu.

Maka dari situ kita dapat melihat, bahawa kita telah 'menjarakkan' sedikit ruang antara pasangan. Ia tidak negatif bahkan sangat positif. Kenapa? Kerana dari situlah maka pasangan akan masing2 berusaha mencipta satu masa yang sangat istimewa untuk pasangan masing2. Mereka akan menemui satu masa khusus yang berbaki dari segala fokus yang lain. Dari waktu jasad mereka tidak bersama tadi, hati mereka masing2 memanggil untuk bertemu. Namun ditahan demi aulawiyat yang lain. Akhirnya tika jasad mereka dapat bertemu, dan hati pula sudah cukup kuat untuk bersatu, maka terciptalah satu detik masa yang tidak mungkin ditemui pada detik waktu selainnya. Bahkan akan dikenang sampai bila2.

Barulah ada 'ummph' dalam rumahntangga. Barulah ada detik yang istimewa. Jika tidak? Kau pandang aku, aku pandang kau, lama2 jemu dan bosan. Mulalah mencari yang bukan2. Justeru, sila berhati2!

Kerana itu beberapa tahun dahulu, saya pernah membaca satu coretan perjuangan daripada Al Fadhil Ust Nasaraddin Tantawi dalam blognya , yang mana beliau menulis tentang masa bersama keluarga. Beliau punya masa yang sangat sedikit bersama keluarga dan beliau banyak mengutamakan perjuangan. Namun kata beliau, apabila tiba masa bersama keluarga, beliau benar2 'memiliki' detik tersebut. Siapa kata kehidupan sedemikian tidak bermakna?

Sebenarnya hidup demikianlah yang lebih power. Suami isteri adakala menjadi kekasih, adakala menjadi kawan dan adakala menjadi jundi2 di medan perang. Mengejar Allah sebagai matlamat utama menjadikan hati mereka menerima keadaan sebegitu. Tidak manja, tidak mengada2. Lalu apabila mereka mengutamakan Allah, maka Allah membalas yang sepatutnya dalam rumahtangga mereka. Lalu timbullah mawaddah dan sakinah yang tidak bisa ditemui di mana2.

Kini setelah berumahtangga barulah saya mengerti perkara itu secara praktikal. Hakikatnya bukan mudah bahkan cukup sukar. Kadang2 isteri yang belum cukup memahami menjadi cabaran paling besar. Lalu ingatlah sang suami, sabar perlu sentiasa menjadi keutamaan. Tulang yang bengkok jangan pula sampai dipatahkan. Apa yang penting, suami isteri bukan semata2 pasangan, tetapi mereka juga adalah sama2 pejuang.

Pejuang yang berjuang dengan matlamat yang sama. InsyaAllah bakal menjadi belangkas yang paling romantik di syurga sana.

amin ya rabbal alamin.

sekian

1 comments:

sot July 4, 2010 at 7:09 PM  

Perkahwinan juga sebuah ujian dari Allah untuk memantapkan hamba-Nya. Galilah hikmahnya dan ambil isipatinya buat penerus perjalanan menuju redha Illahi.

Archive Blog