Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

22 July 2010

Nota Tentang Purdah


NOTA TENTANG PURDAH

1. Para Ulama' berselisih pendapat tentang purdah, yakni yang menutup seluruh muka / atau menutup muka kecuali mata - samada hukumnya wajib atau sunat, atau sekadar adat yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Kesemua pendapat tersebut disandarkan kepada dalil2 Al-Quran dan hadith nabi s.a.w.

2. Apa yang jelas dan disepakati adalah, hukum memakai purdah bukanlah sesuatu yang haram.

3. Saya cenderung untuk mengambil pendapat yang agak pertengahan, yakni tidak terlalu meremehkan dan tidak terlalu memberatkan, di mana saya berpendirian bahawa hukum memakai purdah bukanlah di tahap wajib tetapi dalam masa yang sama ia merupakan satu amalan yang ahsan ( lebih baik )

4. Di samping meneliti perbahasan yang bersifat ilmiah tentang hukum berpurdah , elok juga kita memberikan sedikit fokus kepada hikmah amalan tersebut. Yakni kebaikan yang bakal diperolehi daripada pemakaian purdah itu sendiri. Adapun bagi yang tidak mahu mengamalkannya, maka kita tidak pula memaksa atau menghukum secara berlebihan.

5. Berpurdah, dari segi 'nilai tambah' boleh diumpamakan seperti berserban. Ini dari sudut hikmah pelaksanaan. Seorang yang berserban lebih cenderung menghindari perkara2 yang sia2, atau memandang kepada sesuatu yang ditegah , dan yang sewaktu dengannya. Bermakna serban yang dipakainya secara tidak langsung menjadi asbab kepada kemolekan akhlak dan amal perbuatannya. Maka amal tersebut menjadi pendidik kepada dirinya untuk menjadi lebih baik.

6. Demikian juga purdah. Seorang muslimat yang berpurdah sudah tentu lebih tegas menjauhi perkara2 yang tidak baik. Dalam waqi' di Malaysia, meskipun pemakai purdah dilihat sebagai amat ganjil ataupun asing, namun hikmahnya lebih jelas. Iaitu pandangan mata daripada lelaki2 yang rosak hatinya tidak akan singgah kepada mereka. Dengan kata lain, mereka terhindar dari fitnah hati dan juga menjadi asbab kerosakan hati orang lain. Dalam masa yang sama, lelaki2 tadi lebih cenderung melihat ( meng'usha' ) perempuan2 yang sifatnya terdedah ( muka, tangan, kaki dsbg ).

7. Ringkasnya, dari satu sudut kebaikan, berpurdah atau berserban dilihat mempunyai kesan positif dalam mendidik akhlak dan peribadi mukmin / mukminah. Maka, tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu cuba untuk menyesuaikan diri dengan pemakaian purdah atau serban, dengan tujuan untuk menjadikannya sebagai asbab dalam mengislahkan diri mereka sendiri. Kerana saya optimis, bahawa tidaklah mereka yang memakai purdah atau serban itu disebabkan rasa cukup sempurna atau bangga dengan kehebatan / nilai wara' yang ada pada diri mereka, bahkan sebahagian besarnya adalah bertujuan untuk pengislahan diri sendiri.

8. Isu keselamatan tidak wajar dimomokkan kepada pemakai purdah. Ini kerana di zaman yang serba canggih ini, sepatutnya teknologi lebih bijak mendahului penipuan di sebalik sehelai kain. Amatlah bodoh jika di zaman yang serba maju ini, pihak berkuasa tidak dapat menjumpai bom atau apa sahaja yang kononnya cuba disembunyikan di sebalik sehelai kain. Demikian juga dengan mesin pengimbas yang sepatutnya sudah boleh memantau kesemua kebimbangan mereka tersebut. Bahkan sebaliknya, isu keselamatan dilihat hanyalah sebagai alasan untuk mengekang umat Islam sahaja.

9. Namun begitu, pemakaian purdah bukanlah sesuatu yang wajar jika berada di tempat yang didiami oleh muslimah kesemuanya, umpamanya di bilik kuliah dan sebagainya. Bahkan dalam keadaan tersebut, tidak berpurdah adalah lebih baik untuk berkenal2an dan mengeratkan silaturrahim.

10. Berpurdah juga bukanlah bertujuan supaya orang tidak kenal akan wajah kita. Ini kerana, kemungkinan besar wajah kita sudah dikenali oleh sebahagian besar kenalan dan sahabat2. Kemudian kita merasa kekok untuk menutup wajah kita di hadapan mereka kerana merasakan mereka sudah mengenali wajah kita. Ini silap. Bahkan niatnya jelas terpesong.

11. Berpurdah adalah untuk mengambil jalan lebih selamat, yakni supaya terhindarnya pandangan lelaki kepada kita, yang mana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah, atau dalam sesetengah keadaan boleh menaikkan syahwat mereka. Kalau dengar suara pun sebahagian lelaki boleh naik syahwat , apatah lagi tengok muka. Sebagaimana Allah ta'ala sebut dalam surah Al- Ahzab ayat 32 . Maka tujuan kita adalah demi kemaslahatan bersama, bukan supaya orang tak kenal dengan rupa kita.

12. Begitu juga dengan perempuan yang cantik, yakni yang elok rupa parasnya. Adalah sesuatu yang terpuji jika dia mengambil inisiatif untuk berpurdah , supaya dirinya terselamat dari dipandang lelaki ajnabi dan juga dalam masa yang sama dia dapat menjaga kemaslahatan lelaki2 tadi dari terdorong oleh syaitan dan hawa nafsu untuk melihat kecantikan wajahnya.

13. Kesimpulannya, ada beberapa keadaan di mana memakai purdah menjadi negatif atau menimbulkan salah faham , antaranya jika berada dalam lingkungan muslimah sahaja atau jika berada dalam zon yang ketat kawalan keselamatannya. Manakala dalam keadaan2 yang lain, memakai purdah itu dilihat memberikan banyak kesan positif kepada si pemakai dan juga orang sekeliling. Tinggal lagi tepuk dada tanyalah iman masing2. Andai merasakan diri cukup kuat untuk menjadi 'kuat' - fastaqim. Jika tidak, maka jangan pula menghalang orang lain dari melakukan kebaikan. Asasnya adalah ' untuk siapa '.


Wallahua'lam.


3 comments:

Syabrah Ubaidah July 28, 2010 at 9:49 PM  

salam..satu pandangan yg menarik...
mohon izin copy ye..syukran.ws

Anonymous October 27, 2010 at 8:15 AM  

bagaimana klu berpurdah hanya lah menjadi tren semata-mata....mACAM zaman skarng org pempuan yg bertudung tetap melalukan maksiat dengan lelaki...huhu...ape tujuan dia bertutup klu xkisah nak bagi tubuh kt laki..

hafizquran October 27, 2010 at 4:43 PM  

salam

anon : 1-syariat supaya bertudung tidak salah,tetapi org yg bertudung sering mndatangkan fitnah pd syariat,shingga dianggap syariat itu tidak sempurna.

2-mnjadi tggungjwb kita utk mmbetulkan mereka2 yg bertudung ini,termasuk mmberi kefahaman ttg 'kenapa bertudung' atau 'kenapa berpurdah'

3-btudung bkn tiket utk mnjamin tidak berlakunya maksiat atau tewas kepada nafsu,ttp bertudung itu lgkah pncegahan awal kepada smua kerosakan tsebut.kerna Islam itu sifatnya mncegah.

4-sama2 kita dakwah mereka tanpa mghukum,sama2 juga kita doakan supaya mereka beroleh hidayah ..insyaAllah.

Archive Blog