Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

01 July 2010

mudahnya mentafsir ulamak

ulamak bukan nilaian master atau Phd ( gambar hiasan )


oleh : hafizquran

Kebelakangan ini saya sering dilanda kegelisahan. Gelisah yang menjadikan naluri saya sentiasa tidak tenang. Isu ulamak yang begitu popular mutakhir ini bukan sekadar isu kecil bagi saya. Bukan sekadar cerita politik. Bukan sekadar cerita pegangan mazhab. Bukan sekadar cerita tajdid dan sebagainya. Bahkan lebih besar dari itu.

.....................

Sedari kecil , ulamak adalah istilah mulia yang aku junjung. Kecilnya aku diajar begitu, dan besarnya aku memahami mengapa aku perlu begitu. Ulamak adalah makam yang tinggi. Darjat atau title 'pewaris nabi' yang bukan remeh untuk dipermainkan. Dengan erti kata lain, memuliakan ulamak adalah bererti memuliakan nabi dan menghina ulamak samalah seperti menghina nabi.

Biar apapun istilah dan pemahaman orang, bagi aku istilah ulamak jauh lebih istimewa daripada itu. Ulamak bukan hanya difahami dari makna istilah arab ; yang bermaksud banyak ilmu. Kayu ukur untuk menyukat ilmu seseorang pula bukanlah melalui kelulusan dan pencapaian akademik mereka. Sedihnya, dengan memegang Ijazah, Master atau Phd, sekarang ini sudah boleh digelar ulamak. Ya bagi mereka, tetapi tidak bagi aku. Abadan abada.

Aku bercinta dengan ulamak. Mana mungkin aku mahu memberikan title kekasihku itu kepada mereka yang tidak selayaknya. Sukar dan menyakitkan. Kerana itu aku katakan, biar apapun istilah dan kefahaman orang tentang 'ulamak', bagi aku ia jauh lebih istimewa daripada itu.

Bagi aku, ulamak adalah seorang alim yakni tinggi keilmuannya dalam segenap bidang agama. Bukan semata2 satu bidang atau cabang ilmu sahaja. Ulamak2 silam - kalau diperhatikan - merupakan individu yang begitu hebat dalam semua cabang ilmu , bukan terhad kepada satu bidang sahaja. Contohnya Al Imam Hujjatul Islam, Imam Al- Ghazali rahimahullahu ta'ala. Meskipun ramai yang mengenali beliau sebagai seorang tokoh dalam ilmu Tasawwuf, namun tidak ramai yang perasan bahawa beliau sebelum itu adalah juga seorang tokoh dalam ilmu Fiqh.

Kemudian, ulamak juga bukan semata2 tahu. Yakni ada maklumat ( ilmu ) tentang sesuatu. Bahkan ia benar2 beriltizam dan beramal dengan ilmunya tersebut. Perwatakan, tutur kata dan segenap sudut pandang dirinya adalah cerminan jelas kepada ilmu yang dimilikinya. Tidak mengejar pangkat, nama, pandangan manusiawi bahkan benar2 tawadhuk meskipun keilmuannya diiktiraf masyarakat.

Ulamak juga seorang yang thiqah dengan ilmunya. Tidak menjadikan ilmu atau kelulusan yang diperolehi demi tujuan2 tertentu. Ulamak sedemikian barulah boleh mendepani masyarakat. Mengemudi kejahilan ummah ke arah cahaya kefahaman. Bukan ulamak yang mengajak ummah terjun ke lubang najis.

Ulamak bukan semata2 berbangga dengan ilmunya. Berceramah di sana sini demi mengejar populariti atau bergelar hero dalam masyarakat. Itu bukan ulamak. Setinggi mana pun ilmu ulamak, akhlaknya indah bak Al-Quran. Rasulullah s.a.w sendiri diibaratkan seperti Al-Quran yang berjalan. Maka ulamak juga begitu. Akhlaknya cukup untuk meruntuhkan ego dan kekerasan hati sesiapa yang mendepani mereka. Bukan berkeras bertekak dengan si jahil atau golongan juhala'. Itu bukan kerja ulamak. Bahkan adalah dianjurkan supaya menjauhi daripada berdebat dengan orang2 bodoh. Termasuk juga bodoh sombong.

Itu baru ulamak. Segenap sisinya adalah cahaya kepada ummah. Dia menjadi sumber rujukan, bukan sumber pencetus kekeliruan. Ulamak bukan sekadar tegas atas pendapat atau pendiriannya, bahkan dia juga tahu untuk bertolak ansur, berlapang dada dan bersikap hormat menghormati. Tindak tanduknya bijak. Tutur katanya terkandung hikmah dan ibrah, ringkas , padat dan berdalil. Bukan mencetus spekulasi yang tidak berfakta di depan orang kampung.

Aku termenung panjang melihat keadaan sekarang. Alangkah mudah seorang itu digelar ulamak. Kalau mereka berhujah bahawa dia layak digelar ulamak kerana takrifan kamus, maka aku berlepas tangan. Tetapi kalau hendak berhujah bahawa mereka adalah ulamak dalam takrifan yang aku sebutkan, maka aku menetang  habis2an. Aku yakin sebenar2 yakin, bahawa yang demikian itu bukan lah ulamak.

Kerana itu di dalam kitab Bidayatul Hidayah sudah pun diistilahkan tentang ulamak su' - yakni ulamak yang jahat. Hanya semata2 ada ilmu, tetapi ilmunya tidak memberi manfaat langsung pada dirinya, apatah lagi orang lain. Sebaliknya dia pula menjadi asbab membiaknya kejahilan dan kekeliruan dalam masyarakat. Benar, mereka boleh digelar ulamak. Tetapi ulamak yang dijanjikan dengan azab dan neraka. Wal'iazubillah min zalik.

Ulamak adalah cita2 aku, meskipun aku tahu cita2 itu terlalu tinggi untuk ku gapai. Sangat jauh untuk sampai ke situ. Namun aku cuba melazimi doa, mudah2an Allah makbulkan hasrat dan cita2 tersebut. Dan kalaupun aku tidak berjaya sampai ke sana, aku berdoa supaya aku kekal digolongkan dalam golongan yang benar2 menyintai dan mengasihi Ulamak.

Tulisan ini sungguh memberi makna mendalam kepada diriku sendiri. Satu pendirian yang aku pahatkan sekian lama di lubuk jiwa dan aku cuba permanentkan di kanvas maya. Supaya aku tidak tergolong dalam golongan yang lupa. Dan kalau lupa, ia boleh menjadi reminder yang berguna. Kerana aku juga manusia biasa. Yang ada masa kuat dan lemahnya.

Satu sabdaan Nabi s.a.w aku jadikan penutup bicara ;

" Barangsiapa yang bertambah ilmunya, sedangkan tidak bertambah hidayah Allah kepadanya, maka sebenarnya tiada apa2 yang bertambah ke atasnya, melainkan semakin bertambah jauh daripada Allah ta'ala "





Ya Allah..maafkanlah aku :'(

3 comments:

Ustazah Nuur Aishah Tolhah July 1, 2010 at 6:15 PM  

semoga cita2mu kan tercapai duhai suamiku..doaku sentiasa disisimu..

Hamba Allah. July 2, 2010 at 6:59 AM  

Alhamdulillah, satu penjelasan yang begitu baik untuk diketengahkan.Apakah mereka yang mendabik dada sebagai ulama kini setanding dengan ulama silam seperti Tok Kenali,Syekh Daud Al-Fathani dan lain-lain?Isya'allah, cita-cita anta untuk menjadi ulama akan dimakbulkan oleh Allah swt, apatah lagi anta dilahirkan dalam keluarga Sakinah dan dalam negeri yang telah melahirkan begitu ramai ulama yang disegani, dihormati, baik oleh pihak lawan dan kawan.Semoga Allah menambahkan ilmu anta sebagaimana Allah telah memilih anta sebagai seorang penghafal Al-Quran yang begitu ana kagumi.

sot July 4, 2010 at 7:16 PM  

Siapakah Ulamak? Adakah apabila mendapat lulusan pengajian di Timur Tengah maka secara otomatik di gelar ulamak? Ulamak itu adalah kelompok elit di sisi Allah yg tinggi ketakwaan dan level ilmu dan amalnya. Maka janganlah mudah mencemarkan definasi ulamak dalam propaganda murah yg sesat.

Archive Blog