Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

24 June 2010

ini bukan cerita pak cik hj kahar!

saya ke sebuah pasar tani. waktu itu hujan sedang turun renyai2. saya tidak gopoh, cuma mahu bersegera.

samapi ke tapak pasar, kereta dan van di letak berderet di tepi jalan. hampir sekali dengan simpang lampu isyarat. saya menunggang motosikal mencari satu ruang kosong untuk beradu. di hujung sana, dibaris akhir deretan motosikal, saya menemui satu ruang kosong. saya meletak motosikal dan ruangan kanan saya masih banyak kekosongan. selesai.

sedang menanggalkan helmet, seorang pak cik mampir ke arah saya. tubuhnya agak gempal. berkemeja hijau dan berketayap putih dengan sedikit corakan. kelihatan pak cik tersebut seolah ingin menyapa- mungkin kenal atau apa - maka saya berpusing menghadapnya sambil mahu mengukir senyum.

" dik, lain kalu kalau parking, biar motor orang lain boleh keluar.."

nadanya biasa, tetapi ayatnya berbunyi tidak puas hati. senyuman saya automatik hilang. helmet juga tak jadi dibuka. saya menatap wajah pak cik tadi seketika, mencari kepastian.

saya pandang motor pak cik tersebut. iya, motornya tersekat dek kerana sebuah suzuki biru yang diparking betul2 di belakang motornya. sedangkan motor saya berada di sebelah kanan motor pak cik tersebut. tidak terlalu hampir bahkan masih ada ruang dalam sehasta atau lebih.

" oh..minta maaf..saya tak nampak ...." itu antara ayat spontan dari mulut saya.

lantas saya menganjakkan motor saya ke arah kanan, memberi ruang supaya motor pak cik tadi dapat keluar dari arah kanan. ke belakang, sudah tersekat. di hadapan pula ada parit.

" tak nampak apa? ha? " pak cik tersebut menekan suara. saya tidak menjawab sebaliknya cuba menunjuk kepada motor yang menyekat motor pak cik tersebut. saya harap dia faham maksud saya, bahawa saya tidak nampak motor yang mem'block' motornya dari belakang. bukan salah saya. tetapi pak cik tetap pak cik, dia seakan mahu menghamburkan kemarahan atau ketidak puasan hatinya kepada saya pula.

dari atas motor saya memerhati pak cik tadi mengeluarkan motornya.

" ha..baru betul..ini parking block orang..macam mana orang nak keluar..kena pikir..." pak cik tadi masih mahu membebel walaupun motornya sudah dapat keluar. bukannya nak bersyukur atau berterima kasih. sudahlah bukan saya yang block motor dia. ini tak boleh jadi.

" pak cik tulis..pastu tampal atas motor dia.." saya bersuara. sekaligus menambahkan lagi ketidakpuasan hati di wajah pak cik tersebut.

saya tidak mahu memanjangkan cerita. walaupun dia terus menekan.

" pak cik dulu pun muda juga..hebat juga..bla..bla.."

ingat. saya cakap demikian bukan untuk merendah2kan pak cik atau orang tua. jauh sekali untuk menjadi kurang ajar. tetapi kerana kita bukan patung, dan orang tua pula jenis sembarangan. maka ikutlah kesesuaian.

saya berfikir tentang beberapa perkara :

1 - Nabi s.a.w menyuruh supaya yang muda menghormati yang tua, dan yang tua kena mengasihi yang muda.

2 - Pertimbangan pak cik tersebut yang tidak wajar. kerana terus menghukum semua orang dengan kesalahan yang sama. melepaskan kemarahan sesuka hati. patutnya carilah pemilik suzuki tersebut, pastu bagi bayan sejam dua. ada juga faedahnya.

3 - Saya ketika itu memakai seluar askar. semua orang tahu seluar askar itu bukan seluar skema. tetapi saya tidak tahu kalau ada orang menganggap pemakai seluar askar adalah jenis yang ganas, atau otai, atau 'gedebe'. bagi saya tidak. dan saya memakai seluar tersebut seperti memakai track suit.

Saya tidak nukilkan kata2 akhir pak cik tadi sebelum berlalu, kerana kata2nya lebih berunsur ugutan dan cabaran. membuatkan saya berfikir panjang. beliau meletakkan saya dalam golongan anak muda yang otai dan ganas, lalu mengugut saya dengan kata2 yang tidak selayaknya keluar dari seorang pak cik berketayap.

mulia sangatkah berketayap kalau demikian akhlaknya?
hina sangatkah berpakaian jeans, seluar askar dan yang sewaktu dengannya walaupun berakhlak baik?

kalaulah pak cik itu tahu siapa saya, nescaya dia tidak akan mengeluarkan ugutan dan kata2 seperti itu. kerana itu saya tidak membalas atau melayan kata2nya. cukuplah setakat itu.

ini cerita ada moral. pandai baca, pandailah ambil iktibar. sekian.

1 comments:

Fakeh June 27, 2010 at 7:33 PM  

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Archive Blog