Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

02 June 2010

SBM 2 : Dilema Mencari Perempuan Cun


بسم الله الرحمن الرحيم

oleh : hafizquran

Ini satu celoteh tentang dilema lelaki mencari perempuan cun ( cantik ) sebagai teman hidup ataupun calon isteri. Mungkin bukan kesemua lelaki, tetapi boleh dikatakan sebahagian besarnya begitu. Meletakkan fokus mencari si cantik untuk dinobatkan sebagai bidadari penyeri hidup hingga ke akhir hayat.

Mencari si cantik tidak ada masalah. Bahkan sewajarnya begitu. Di dalam hadith Nabi s.a.w sendiri menyebutkan elemen 'rupa' atau 'kecantikan' sebagai salah satu elemen penting dalam pemilihan calon isteri. Bukan berdosa jika ingin memperisterikan si cantik. Lagipun kalau dicari yang tidak cantik, bagaimana mahu menghadap wajahnya saban hari? Sudah tentu seksa lagi menyeksakan!

Itu hujah yang mampu mengukir senyum lelaki pemburu si cantik menawan. Ini sudah bagus! Tetapi awas. Jangan sampai dalam pencarian itu kamu ditipu hidup2 oleh nafsu serakah yang ada dalam dirimu sendiri.

Benar. Bila disebut sahaja tentag isteri, teman hidup atau bidadari di rumah, setiap lelaki akan membayangkan seorang rupawan yang manis lagi ayu sedang menghadiahkan senyuman yang mampu mencairkan segenap jiwa raga mereka. Tanya sahaja bagaimana watak 'heroin' yang diimpikan, pasti jawapan di atas yang si 'hero' berikan. Pendek kata tidak mungkin bahkan mustahil si lelaki akan memberi jawapan atau gambaran sebaliknya.

Begitu juga dalam karya2 filem, novel mahupun cerpen. Tidak kiralah genre Islamic atau tidak. Ketidakadilan dalam menggambarkan watak heroin seringkali berlaku. Mungkin juga disebabkan mahu menarik minat pasaran. Tetapi kesannya amat besar. Ia mungkin sesuatu yang memberi tuah kepada si cantik rupawan, tetapi sebaliknya memberi natijah buruk kepada yang kurang rupa , atau bahasa kasarnya 'tak cantik' dari segi fizikal.

Kita melihat dalam filem2 atau novel2, apabila digambarkan watak heroin, pastinya si perempuan itu adalah cantik, cerdik dan menarik. Pendek kata segala kelebihan dan apa yang dingini lelaki dari seorang perempuan dihiaskan semuanya kepada watak heroin tersebut. Akhirnya muncullah watak atau lebih tepat lagi 'igauan' palsu kepada jiwa2 tandus kaum lelaki. Siang malam mereka membayangkan bahawa permaisuri mereka adalah secantik, secerdik dan sehebat yang mereka saksikan atau baca di dalam novel.

Ini suatu padah apabila terlalu mendewakan watak heroin di alam fantasi. Tidak banyak filem ataupun novel yang mengetengahkan watak secara realiti dan adil dalam menggamit hati sang lelaki untuk memahami erti kecantikan yang sebenar.

Kecantikan sebenarnya memberi makna yang sangat luas. Ianya bersifat subjektif. Bukan rupa paras semata2. Jika anda yang sedang membaca masih belum berkahwin atau sedang mencari, maka elok anda fahami perkara ini baik2. Jangan asyik mengigau membayangkan rupa secantik Siti Nurhaliza atau Erra Fazira. Itu suatu yang sangat malang bagi anda.

Apabila seorang lelaki mengejar kecantikan rupa seorang wanita, maka natijah yang akan diperolehi adalah sebaliknya. Jangan bermimpi di siang hari. Sedarlah dari lamunan bahawa si cantik rupawan yang anda saksikan di luar sana, atau di layar kaca KEMUNGKINAN BESAR tidak diciptakan untuk anda.

Pernahkah anda membayangkan kekurangan pada watak seorang heroin yang ada pada imaginasi atau tanggapan anda..? Sudah pasti tidak. Seperkara yang sangat perlu anda sedar adalah , pendamping hidup anda nanti adalah seorang wanita yang penuh dengan kekurangan. Tapi mengapa kekurangan tidak pernah dizahirkan dalam watak2 heroin filem mahupun novel..? Kerana mereka menggarap satu hipokrasi dalam bentuk kesempurnaan untuk menipu jiwa2 anda. Terutama sekali jiwa yang gersang. Maka anda akan memburu dan terus memburu.

Sudah jumpa seorang calon. Baik dan berakhlak. Ada pelajaran. Tetapi, tak cukup putih. Suaranya pula tidak lunak. Jadi calon itu ditolak. Jumpa pula seorang lagi. Cantik. Kulit putih. Sangat menawan. Tapi sudah bertunang pula. Jadi tiada harapan. Jumpa lagi seorang. Sangat ayu. Juga berkulit putih dan tinggi. Ada ijazah. Tapi senyumnya pula tidak menawan. Giginya tidak tersusun dan mencacatkan pandangan. Jadi ditolak.

Sampai bila? Bila ditanya, katanya masih belum ketemu calon yang sesuai. Di mana kamu mencari calon? Dijawabnya , "kat facebook la..". Jadi bagaimana kamu menilai calon tersebut daripada ruang maya seperti facebook..? Jawabnya, diintai2 dan dibelek2 rupanya, yang ini cun, yang ini pun cun, yang ini ayu,tapi yang ini pun ayu jugak. Ini masalahnya. Sedangkan secara hakikat, si cantik yang dibelek itu mungkin tunang orang, mungkin isteri orang!

Sudah2lah tu. Bangkitlah dari bermimpi dan terus dilamun mimpi. Kecantikan itu perlu, tetapi berpada2lah. Sedarilah bahawa kecantikan rupa paras sahaja tidak cukup untuk membahagiakan anda. Begitu ramai pasangan yang tidak rupawan tetapi kekal. Justeru pasti ada kelebihan dan sebab2 lain yang menjadikannya begitu. Bukan hanya semata2 fizikal.

Entah bagaimana nak meneutralkan mindset generasi muda masakini yang terlalu mengutamakan aspek kecantikan rupa dalam mencari calon. Padahal dirinya saban waktu dihambat nafsu dan syaitan. Pergi ke pasar malam jumpa si cantik. Pergi ke supermarket jumpa si cantik. Tengok televisyen nampak si cantik. Buka facebook 'usha' si cantik. Akhirnya mereka terus dalam dilema tanpa menyedari bahawa mereka perlu berpijak di bumi yang nyata dalam mencari teman hidup.

Anda perlu sedar bahawa sebagaimana mustahilnya seorang bapa untuk mencorakkan rupa anaknya, begitulah juga mustahilnya anda untuk mencorak rupa bakal isteri anda. Mencari itu tidak salah, tetapi tawakkal dan redha juga sama2 penting.

Dapat yang sederhana pun, bersyukurlah. Sekurang2nya anda punya teman hidup. Setidak2nya isteri itu taatkan anda dan akhlaknya baik. Itu sudah cukup untuk membuahkan mawaddah dan sakinah dalam rumahtangga anda. Sebagai akhirnya mungkin anda boleh fikirkan kata2 saya ini. Sekiranya anda masih gemar melihat atau 'mengusha' si cantik @ cun dan berangan2 untuk memilikinya sebagai teman hidup, maka itu adalah salah satu daripada petanda bahawa anda masih belum cukup matang untuk berkahwin.

Sekian.

2 comments:

Anonymous June 5, 2010 at 8:02 AM  

salamun alayk ustaz..mabruk utk artikel yg bagus nie..jazakallahu khairan jaza'..sy senang baca artikel yg ditulis olh ustaz..isinya mudah difahami & tidak bbelit2..

namun hakikatnya, mmg itu yg seringkali dicari oleh kaum muslimin..kecantikan fizikal yg utama..hanya yg benar2 mengerti erti 'kecantikan yang sebenar' tu saja yg tidak tersalah pilih..

persoalan sy, bagaimana pula kalau yg mcari seseorg yg 'cantik akhlaknya'utk djadikan pasangan hidupnya? bolehkah dia nak 'survey2' dlu..apa pdapat ustaz? wallahu a'lam...

p/s: sy minta izin copy artikel nie blh x ustaz?

hafizquran June 9, 2010 at 1:22 AM  

wslm , mf atas kelewatan membalas komen

mencari calon isteri yg baik akhlak dan agama adalah sesuatu yang sangat dituntut.mencari atau srvey itu tidak menjadi kesalahan, namun 'cara' melakukan pencrian itu yg mungkin menjadi haram

dalam islam kita diberi alternatif utk menggunakan orang tengah sebagai tukang survey. org tengah itu pula hendaklah seorang yg thiqah,jujur dan amanah. cara ini boleh menjauhkan kita dari fitnah dan perkara2 yg boleh mmbawa kepada maksiat

sebaliknya kalau cara survey akhlak tadi adalah secara direct, maka perlulah dielakkan kerana cara tersebut boleh membawa kepada fitnah dan dibimbangi akan dimanipulasi oleh syaitan

wallahua'lam. utk copy,dipersilakan.

Archive Blog