Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

13 May 2010

SBM 3 : Syok Ke Kahwin?


بسم الله الرحمن الرحيم


oleh : hafizquran

Ramai kenalan bertanya kepada saya - sebahagian besarnya secara serius - tentang perkahwinan. Antara soalannya berbunyi begini : " Syok ke kahwin..? "

Jadi di sini , secara santai saya akan cuba menjawab soalan tersebut. Saya menjawab secara santai kerana saya tahu ada yang bertanya secara santai sahaja , namun jauh di lubuk hati siapa yang tahu..kan?

Baiklah, tentang perkahwinan. Saya faham ramai yang risau dan ragu2 untuk mengambil keputusan mendirikan rumahtangga meskipun telah lama memikirkan pro dan contra isu tersebut. Mereka seakan dihimpit dan diasak setiap waktu, namun rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri masih membataskan mereka untuk membuat keputusan. Sebahagian besarnya pula beranggapan secara yakin bahawa tajuk tersebut masih terlalu 'awal' untuk difikirkan.

Mereka memikirkan tentang kemampuan. Zahir dan batin. Mereka berfikir tentang nak cari kerja tetap, kalau tak bini nak makan apa. Mereka berfikir tentang nak beli rumah, kalau tak nanti nak merempat kat mana. Mereka berfikir tentang nak buat kenduri besar2an, duit nak cekau kat mana. Mereka berfikir tentang kereta, perabot rumah, barang kemas dan segala macam lagi yang akhirnya membantutkan tekad dan hasrat untuk mereka berkahwin.

Walaupun calon sudah ada di depan mata..atau sudah kenal sekian lama..

Okey lah, tinggalkan dulu tajuk di atas. Jangan biarkan kening anda berkerut lebih lama. Tarik nafas dan hembuskan perlahan2. Kemudian senyum..(^_^)

Berbalik kepada soalan yang orang tanya saya. " Syok ke kahwin ..? ". Jawapannya adalah syok, best, seronok, nikmat dan segala macam perkataan lain yang sama maksud dengannya. Kenapa?

Mana tak syok kalau setiap hari dilayan macam putera raja? Segala persiapan pakaian telah tersedia masa nak pakai. Siap bergosok dan berbau wangi. Kasut di atas rak sudah pun berkilat sebelum sempat di cari kiwi. Tak syok?

Mana tak best nya kalau setiap hari dihidang dengan pelbagai jenis masakan, terutama makanan kegemaran kita. Siap ada sarapan, minum pagi , minum petang , minum malam. Siap ada goreng keropok, cekodok, lempeng, karipap dan segala macam yang kita teringin. Perut cakap nak makan, hidangan dah siap atas meja on time. Tak best?

Mana tak seronoknya kalau setiap hari diberikan senyuman paling manis dan belaian paling mesra oleh orang yang kita sayang? Kuasa yang mampu menghilangkan segenap keletihan badan dan keserabutan otak. Tak seronok?

Mana tak nikmatnya kalau setiap malam tidur berteman? Salahkah saya cakap begitu? Tidak. Cuba tengok method Allah dan Rasul dalam bercerita tentang bidadari syurga, tak terliur kita mendengarnya? Itu nikmat di syurga, ini nikmat di dunia. Kalau beriman dan bertaqwa, InsyaAllah dapat dua-dua. Tak nikmat namanya?

Jadi dengan senyuman paling manis, saya menjawab bahawa berkahwin itu memang 'syok' dan insyaAllah- membahagiakan kita. Amatlah malang jika kita memberikan gambaran buruk terhadap diri sendiri sebelum berkahwin, bahawa berkahwin itu susah, payah, derita , sukar dan yang sewaktu denganya.

Saya kira mereka yang bertanya perlu faham mengapa saya menjawab sedemikian, walaupun mereka sendiri sudah tahu jawapan asas tersebut. Namun sebagaimana mereka bertanya , demikian jugalah saya menjawab. Adil kan..^_^

Selebihnya, InsyaAllah tulisan ini akan bersambung. Justeru kepada yang berhajat, sila hayati kata-kata dari yang sudah merasa. Ilalliqa'.

Sekian.

5 comments:

Anonymous May 15, 2010 at 8:04 PM  

wow.. itulah agungya kuasa cinta anugerah Illahi..
subhanallah

student May 17, 2010 at 10:08 AM  

terima kasih atas perkongsian ini...:)

aisyah al-yahya March 1, 2011 at 11:45 PM  

syukran atas perkongsian. namun ni adalah pandangan sy dari sisi seorang wanita yg berkerjaya..nmpak mcm pndangan ust ni, syok kahwin ni pada pihak lelaki saja. mcm ne dr sisi muslimat yg bekerja..klu suri rumah sepenuh masa, bolehla utk khidmat 100% mcm tu..cetusan ini menyebabkan ana yg career woman ni terpikir gak la tggungjawab berat yg akan dilalui..hopefully para suami perlu phm tugas n tggjwb sang isteri agar same2 bole tlg gosok bju, basuh baju,lipat baju n sekali sekala memasak, ape salahnye kan?

hafizquran March 2, 2011 at 3:34 AM  

aishah al yahya:

sebetulnya, tulisan 'syok ke kahwin' tidak boleh hadir semudah yg saya tuliskan ini. yg sy tulis ni lebih kepada nak 'bakar' smgt kawan2 lelaki utk kahwin sahaja. memang xmudah, sebab itu perlu dimotivate. dan sy stuju, suami memang patut buat semua tu..:)

shaker May 29, 2011 at 5:45 PM  

aduh.. rasa nak kawan hari ni gak... hahaa.. terbaik ar abi

Archive Blog