Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

20 May 2010

SBM 4 : Memahami Term 'Mampu'


بسم الله الرحمن الرحيم


oleh : hafizquran


Apa yang sedang bermain di fikiran saya adalah bagaimana untuk menjadikan ungkapan ' kahwin ' atau ' nikah ' itu sesuatu yang 'lebih ringan' di mata generasi sekarang. Ianya sukar disebabkan mentaliti kita hari ini sudah pun didoktrin bahawa nikah itu susah dan payah, sehingga membawa kepada jawapan lazim apabila ditanya, iaitu : belum sampai masanya.

Aduhai ummat. Perkara baik ditangguh2kan. Perkara syubhah dan haram digalakkan pula!

Dalam entri yang lepas, saya bercerita secara santai berkenaan dengan 'syoknya kahwin'. Tujuan saya adalah supaya anda yang sedang membaca - khusus kepada yang belum berkahwin - menyedari akan hakikat tersebut, yakni nikah itu sebenarnya seronok dan menyeronokkan. Bukan membebankan.

Kali ini saya juga ingin berkisar secara santai tentang 'sambungan' kepada 'syok' tersebut. Memang kahwin itu syok, tetapi ada tanggungjawabnya. Bagaimanapun, tanggungjawab bukan halangan. Itu yang kita perlu fahami.

Seperkara yang harus kita faham adalah, kahwin melibatkan soal agama. Justeru jangan merasa hairan apabila anda berniat untuk berkahwin berlandaskan keprihatinan anda tentang agama. Saya maksudkan agama yang ada dalam diri anda. Sebaliknya anda perlu gusar kiranya anda tidak pernah berniat untuk berkahwin dan tidak pernah pun mengambil kisah tentang penjagaan agama di dalam diri anda.

Di dalam sebuah hadith dinyatakan, bahawa barangsiapa yang berkahwin maka seolah2 dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Bermakna, nikah itu ada nilaian yang besar dalam kesempurnaan agama seseorang.

Jika diteliti, memang benar sabdaan tersebut. Sebahagian besar orang yang tidak berkahwin terdedah kepada kerosakan agama. Jangan pertikaikan saya tetapi cubalah perhatikan sekeliling anda. Anda tahu dan anda sedang melihat mereka2 yang seronok meruntuhkan agama mereka dengan pelbagai gejala buruk umpamanya ber'couple', berdua2an, berzina dan sebagainya. Lebih malang lagi kalau anda juga turut sama terlibat! Apakah itu bukan berkaitan dengan agama?

Baiklah, kembali pada tajuk. Nikah memang syok, tetapi ada tanggungjawabnya. Apabila anda memikirkan tentang tanggungjawab, ramai yang merasakan mereka tidak mampu. Padahal mereka ingin sangat bernikah. Betul atau tidak?

Suka untuk saya ingatkan, bahawa term 'mampu' itu sangat subjektif. Anda tidak boleh men'detail'kannya satu persatu. Selagi anda melakukan demikian, selagi itu anda tidak akan yakin bahawa anda mampu. Apa yang penting, kembali kepada asas. Sebagai manusia, kita menerima asbab bukan takdir semata2. Ya kita percaya Allah memberi kita kenyang, tetapi dengan asbab nasi. Begitu juga kalau kita katakan kita mampu, maka dengan asbab kita bekerja atau ada sumber pendapatan. Lainlah kalau kita bercakap soal kemampuan dan tanggungjawab sedangkan kita hanya goyang kaki di rumah dan makan dari poket orang lain. Itu tidak termasuk dalam tajuk.

Jadi soal mampu atau tidak terkadang tidak boleh diberikan jawapan yang tepat sebelum anda berkahwin. Apa yang pasti, anda berusaha dan anda ada cara. Itu cukup memadai untuk anda teruskan hasrat bernikah. Kecil atau besar pendapatan yang anda perolehi, tidak wajar dijadikan alasan. Yang penting, usaha. Bukankah rezeki itu dicukupkan oleh Allah?

Seperkara lagi, pendapat yang mengatakan perlu ada rumah, kereta, kerja tetap dan sebagainya sebelum boleh berkahwin , bagi saya adalah sangat tidak releven di masa kini. Benar, adat itu ada kebaikannya dari satu sudut. Tetapi saya menilai mudharatnya lebih besar daripada kebaikannya- dari satu sudut. Anda lihatlah sendiri betapa ramai generasi yang punah sebelum berkahwin disebabkan tempoh 'penyediaan' itu terlalu lama. Setiap hari berjumpa, setiap waktu berhubung, mana tahan! Jadi, di mana rasionalnya pertimbangan kita?

Nilailah dengan jujur kepada diri anda sendiri. Setiap urusan agama tidak akan lari dari 5 ketetapan ; wajib,sunat,harus,makruh dan haram.

Andai anda sedang berada di tahap wajib, usahlah berlengah2 dan bertangguh2.

Andai anda berada di tahap sunat atau harus, usahlah pula tergesa2.

Sesungguhnya tidak ada seorang pun ulamak besar lagi terkemuka yang mampu menetapkan hukum tersebut ke atas diri anda, sebaliknya anda sendirilah yang lebih mengenali diri anda. Yang penting jangan pula anda 'dating' dan 'bergayut' setiap hari tetapi tidak sedar yang anda sedang berada di tahap wajib kahwin!

Fikir2kan, renung2kan.


Sekian.

4 comments:

'aFiNiEy May 20, 2010 at 10:59 PM  

salamun alayk, jazakallahu khairan jazak ustaz..post yang amat bermanfaat..tp hakikatnya, masyarakat sekarang mmg dah salah anggap mengenai perkahwinan..kena ade rumah, keje tetap, kereta, baru blh kahwin..sbb tu ramai yg mcari jalan mudah dengan berdating, bercouple dan berdua-duaan..minda masyarakat juga perlu dibuka agar mereka sedar akan hakikat sebenar perkahwinan disyariatkan..wallahu a'lam..

Anonymous February 11, 2011 at 4:08 PM  

salam 'alaik...sekadar bertanya...bagaimana sekiranya pasangan tersebut di tahap "wajib" untk berkahwin...tp, kedua2 nya msh blom mnmtkan pngajian(unvrsiti)...dan ibubapa phak prmpuan mahu anknya tamat belajar dahulu...baru blh bernikah...ape pndapt ustaz??

~syukran..~

hafizquran February 11, 2011 at 5:56 PM  

anon :

wslm. pasangan yg berada di tahap 'wajib' kahwin bermaksud kalau dia tdk berkahwin, comfirm dia akan berzina dan berpuasa pun tidak mampu mnghalang maksiat tsebut.

wajib diusahakan segala cara yg ada, sebaiknya didahulukan cara tolerasni, berbincang dgn pihak keluarga akan hal sbenar. ibu bapa yg tidak faham hakikat ini akan mghalang.

tetapi sbg lelaki yg sayang akan iman, usahakanlah bkahwin wpn tpaksa mcari yg lain.

pendai'e senyap April 30, 2011 at 12:25 AM  

kahwin... fikir bukan setakat hanya ke jinjang pelamin tapi fikir hingga sampai ke lampin... perancangan yang kemas dan padat diirngi dengan keyakinan yang jitu terhadap segala janji Allah... insyaAllah akan memmbuahkan hasil dan natijah yang barakah serta diringi rahmah dari Allah.... amin...

Archive Blog