Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

10 May 2010

Semua Orang Bukan Diri Kita

oleh : hafizquran

Firman Allah ta'ala di dalam surah At-tin , mafhumnya : " Sesungguhnya telah kami jadikan manusia itu dengan sebaik2 kejadian " .

Manusia adalah makhluk Allah yang diciptakan dengan bentuk penciptaan yang paling baik dan sempurna. Ia sekaligus mengangkat manusia ke tahap pengiktirafan sebagai ' khalifah ' Allah di muka bumi ini. Lebih hebat, pengiktirafan ini diberikan sendiri oleh Allah ta'ala , sebagaimana diceritakan di awal2 surah Al-Baqarah.

Manusia yang diciptakan dengan sedemikian cantik dan sempurna, bukan bertujuan supaya dibangga2 dan dipuja. Itu Fir'aun. Diberikan kelebihan dengan tidak pernah sakit dan tidak pernah demam, namun kemudian mengaku pula sebagai ' inni rabbukumul a'la '. Bukan juga bertujuan supaya melengkapi syarat penciptaan semata2. Bukan dengan tujuan yang sia2.

Firman Allah ta'ala : " Apakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu dengan sia-sia? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ( untuk dihisab ) ?"

Ayat ini menafikan pegangan sebahagian besar manusia yang menyangka bahawa penciptaan mereka hanyalah kitaran 'semulajadi' sahaja sebagai melengkapi fitrah kewujudan alam. Mereka beranggapan bahawa mereka wujud secara semulajadi dan selepas mereka binasa mereka tidak akan bertemu dengan apa2 kehidupan lagi. Ini pegangan yang nyata berada dalam kesesatan dan kejahilan.

Allah menciptakan manusia dengan dianugerahkan akal, sekaligus melengkapkan perbezaan antara manusia dan binatang. Dengan kuasa akal manusia menjadi mulia dan terhormat. Dengan kuasa akal manusia diberi taklifat untuk taat dan patuh kepada suruhan Allah- yang disampaikan melalui wahyu. Justeru , akal wajib mengikut wahyu dan sekali2 tidak boleh mendahuluinya.

DIRI KITA

Kita wajib percaya , bahawa penciptaan diri kita ada tujuannya. Ada keistimewaannya. Ada kelebihannya. Ini sebagai motivasi supaya kita konsisten meletakkan diri kita di tempat yang sepatutnya, di tahap yang sewajarnya.

Diri kita diciptakan dengan potensi semulajadi yang berbeza2 antara satu sama lain. Ada orang berbakat dalam membuat bangunan, ada pula orang sangat pandai dalam ilmu kedoktoran, ada sebahagian yang lain pula pakar dalam ilmu hisab dan sebagainya. Apa yang pasti, kita berada dalam salah satu daripada jutaan potensi tersebut.

Seorang pakar motivasi mengatakan, untuk menjadi hebat kita tidak perlu merendahkan kehebatan orang lain. Untuk menjadi seorang yang berpotensi kita tidak perlu menafikan potensi orang lain. Untuk menjadi seorang yang berjaya kita tidak perlu mengalahkan orang lain. Katanya, apabila kita mengambil sikap sebaliknya untuk menjadi berjaya, hebat dan berpotensi, maka di sana timbullah apa yang dinamakan sebagai permusuhan dan persengketaan.

Benar. Kerana itu suka saya ingatkan diri sendiri dan para pembaca, bahawa " semua orang bukan diri kita ". Maknanya, " kita bukan orang lain ". Jadi siapa kita? Jawapannya , " kita adalah DIRI KITA SENDIRI ".

Inilah yang tidak disedari oleh ramai orang. Sebahagian besar manusia gemar meletakkan diri mereka di barisan belakang meskipun mereka mampu berada di barisan hadapan. Mereka gemar membangga2kan potensi dan bakat orang lain dan menidakkan bakat serta potensi mereka sendiri. Mereka tidak menyedari akan konsep " setiap orang adalah hebat ".

Logiknya, manusia A yang setiap hari memakan nasi dengan manusia B yang juga setiap hari memakan nasi - adalah dua manusia yang sama. Lainlah kalau manusia A memakan besi atau kayu, sedangkan manusia B hanya memakan nasi. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa manusia itu diciptakan secara sama dan adil dari segi bakat, potensi dan kekuatan.

Apa yang membezakan adalah jatidiri manusia itu sendiri. Selagi manusia itu meletakkan dirinya sebagai ' pengkagum ' maka selama2nya dia adalah pengkagum. Dia tidak akan berjaya untuk keluar dari tempurung tersebut. Sebaliknya manusia yang menghargai dan meletakkan dirinya lebih daripada manusia lain yang dikaguminya, maka suatu hari nanti dia akan bertemu dengan kejayaan. Bahkan tika itu, dia akan melihat pula sebahagian besar manusia yang mengkaguminya.

PECAHKAN TEMPURUNG

Ayuh bergerak dan melompat dengan lebih tinggi! Mengkagumi seseorang tidak salah, tetapi ada batasnya. Merasa kagum dengan seseorang tokoh, umpamanya, untuk mengambil suntikan motivasi dan semangat supaya menjadi lebih berjaya adalah tidak salah. Tetapi merasa kagum dan bangga sahaja dengan kehebatan seseorang tanpa meneroka potensi diri sendiri adalah sesuatu yang amat mengecewakan. Sedangkan andai diberi peluang kepada diri sendiri, kemungkinan besar dia mampu untuk lahir sebagai seseorang yang lebih hebat!

Kesimpulannya, mengingatkan diri sendiri bahawa " AKU adalah AKU " adalah merupakan suntikan motivasi yang paling mujarab. Hindarkan rasa rendah diri yang tidak bertempat. Buangkan perasaan kagum yang berlebih2an kepada seseorang. Sentiasa tanamkan kepada diri sendiri, bahawa kita mampu menggoncang dunia andai kita sentiasa memberi peluang kepada diri kita sendiri. Ingat, Aku adalah Aku!

Sabda Nabi s.a.w : " Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah ".

Sekian.

1 comments:

fiamanillah May 10, 2010 at 7:50 PM  

salam..

entri yang menarik..saya baru je ikut blog ustaz ni..teruja bile baca tentang tahfiz quran n baitulmuslim..bile ustaz nk update tntg ni lagi..?

n sikit latar belakang sy..n nk minx us tolong golongan mcm saya ni..

saya telah berjaya mhafal quran 2 tahun lalu..tapi quran tak berapa nak ingt..

saya berminat nk tanya tentang kaedah yang sesuai untuk para penghafaz nk mantapkan hafazan sedangkan die dah lama tinggal..

maksud saya pendekatan yang sesuai..saya faham kene murajaah dan mungkin perlu hafal semula..tp nk mintak cadangan..mcm mne cara yang sesuai untuk golongan mcm ni..

hope ustaz boleh tolong..

Archive Blog