Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

28 May 2010

" AnDarTu Terlampau "

oleh : hafizquran

Sekian lama rasanya saya tidak menulis atau mengkritik tentang filem2 yang kian bercambah di tanahair kita. Mungkin disebabkan telah sekian lama juga saya tidak memberi perhatian kepada filem2 melayu. Boleh jadi juga kerana saya merasakan filem2 melayu sangat jauh ketinggalan berbanding filem2 luar negara. Contoh terbaru, Ip Man. Saya boleh memberi pujian kepada filem tersebut sehingga 99.9 peratus.

Kali ini saya tergerak untuk menulis tentang satu lagi filem yang sedang ditayangkan di negara kita , iaitu Andartu Terlampau.

Secara ringkasnya, ia mengisahkan tentang watak utama filem tersebut iaitu Haliza Misbun yang menempuh 21 hari untuk mencari calon suaminya. Dalam usia 34 tahun, dia masih lagi tidak menemui calon suami yang sesuai walaupun calon yang dijumpainya bukan sedikit. Namun kesemuanya dikatakan bermasalah, tidak sesuai dan sebagainya.

Filem tersebut juga -bagi saya - dilihat cuba mengutarakan ideologi tersendiri , yakni di pihak perempuan yang belum bertemu jodoh atau digelar sebagai ' andartu ', bahawa mereka2 ini sebenarnya tidak perlu merasa rendah diri, resah gelisah dan sebagainya. Filem ini juga cuba menyampaikan mesej mereka bahawa tidak semua anak dara tua itu tidak laku, sebaliknya mereka menjadi anak dara tua kerana ' tidak bertemu calon yang sesuai '.

Baik, itu sinopsis. Sekarang saya cuba menganalisis beberapa mesej yang cuba disampaikan dalam filem tersebut berlandaskan konsep sunnatullah dan juga syariatullah. Sekadar perbincangan dan mungkin juga pendapat kecil dari seorang mufakkir ummah, insyaAllah.

Ada beberapa masalah yang perlu diberi perhatian, antaranya :

  • Kesukaran mendapatkan calon / jodoh
  • Kesukaran menapis atau menerima calon
  • Menolak rasa rendah diri daripada golongan andartu yang memilih
  • Memilih atau membuat pilihan tanpa garis panduan yang terkandung dalam syariatullah


Perlu kita fahami, dalam bab mendapatkan calon suami/ isteri ini, seseorang itu perlu kepada beberapa peringkat atau prasyarat yang wajib dipenuhi terlebih dahulu. Antaranya adalah niat mencari calon. Jika diniatkan kepada tujuan yang salah, yakni untuk kepentingan atau melengkapi keperluan duniawi semata2, maka niat tersebut sudah pun tersasar jauh. Antara lainnya juga adalah bab 'ubudiyyah atau perhambaan seseorang itu kepada Allah. Menyandarkan segenap usaha kepada Allah dan dalam masa yang sama terus berikhtiar.

Dalam bab menapis atau menerima calon pula, kita temui di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w yang menyebut : " Apabila datang melamar seorang yang engkau redha akan agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia ..". Dari situ kita melihat bagaimana Nabi s.a.w menitikberatkan perihal agama dan akhlak dalam aspek memilih atau menapis seseorang calon sebagai teman hidup. Ini kerana matlamat sesebuah pernikahan adalah kerana Allah, justeru jika kita ingin sampai kepada Allah, kita wajib memilih seorang teman yang mampu membantu dan membimbing kita sehingga sampai kepada Allah.

Namun dalam filem tersebut, sedikit pun tidak disentuh tentang penekanan syariatullah tersebut. Begitu jelas sekali akan kejahilan mereka dalam memahami erti pernikahan dan matlamat Allah mensyariatkan pernikahan tersebut. Kerana itu apa yang kita lihat dalam filem tersebut, si perempuan tergapai2 mencari erti 'keserasian' dalam menerima seseorang calon. Inilah padahnya apabila kehendak hati tidak disandarkan kepada panduan wahyu.

Kemudian muncul pula kritikan sinis terhadap beberapa aspek sunnatullah dan syariatullah. Ini tergambar apabila watak utama mengungkapkan kata2 " aku tak nampak apa salahnya menjadi andartu dan aku tidak setuju dengan sesetengah wanita yang sanggup menjadi isteri kedua atau menerima calon yang salah semata2 kerana takut bergelar andartu.."

Saya melihat ia bukan satu kritik sosial yang bagus. Apabila diperhalusi , ia seolah satu kritikan kepada sunnatullah, yakni fitrah seseorang manusia untuk menerima pasangan hidup. Seolah2 muncul satu golongan manusia yang mahu menjayakan gagasan bahawa pernikahan itu bukan satu perkara yang penting atau utama dalam hidup mereka. Jika tidak berhati2, fahaman atau gagasan ideologi sebegini boleh membawa kepada kerosakan dalam masyarakat.

Nabi s.a.w menganjurkan supaya segera berkahwin apabila mencapai kemampuan. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w melarang daripada memberat2kan mahar. Nabi s.a.w juga menggesa supaya bernikah kerana ia melengkapkan agama dan fitrah manusia. Tiba2 ada pula satu golongan manusia yang cuba membelakangkan saranan Nabi seperti yang disebutkan dan cuba pula mengangkat darjat mereka yang 'tidak kahwin2 juga' itu sebagai 'heroin' dalam masyarakat.

Soalnya, mereka tidak berkahwin bukan kerana tidak mampu atau tidak ada calon. TETAPI mereka tidak berkahwin kerana selesa hidup bujang dan terlalu memilih. Ini yang saya cuba highlightkan.

Bahkan mereka cuba pula melemparkan kritikan halus kepada umat Islam yang berpoligami, atau lebih tepat lagi kepada wanita yang sanggup menjadi isteri nombor dua, nombor tiga atau nombor empat. Ini sangat saya tentang. Harus diingat, konsep poligami adalah hak mutlak Allah ta'ala. Konsep poligami adalah syariatullah dan dipraktikkan oleh Nabi s.a.w. Mengkritik atau merendah2kan konsep poligami hukumnya haram, kerana jelas berlawanan dengan ayat muhkam yang terkandung di dalam Al-Quran.

Soalnya, siapa yang lebih mulia antara seorang muslimat yang sanggup menjadi isteri kedua semata2 untuk menjaga diri dan agamanya serta menghampirkan dirinya kepada keredhaan Allah berbanding seorang muslimat yang dalam kad pengenalan tertulis perkataan ISLAM sebesar2 tulisan, tetapi lebih selesa hidup bujang dengan gaya kebaratan yang sangat2 jelek dari segi akhlak, pergaulan dan pemakaian??

Kemudian kritikan dihalakan pula kepada golongan yang takut bergelar andartu jadi 'cepat2 kahwin' atau 'cepat2 menerima lamaran' dengan melabelkan mereka sebagai 'berkahwin dengan pilihan yang salah'.

Baik, saya nak tanya. Apakah garis panduan anda dalam menentukan sesuatu calon itu salah atau betul sebelum menerimanya? Harus diingat, kemampuan manusia amat terbatas. Kita tidak mampu mengenali seseorang calon kita sehingga tahap 'haqqul yaqin' tentang segenap selok belok dirinya sebelum menerimanya sebagai pasangan hidup. Di situ, konsep tawakkal memainkan peranan penting. Kita telah berusaha dengan menyelidik latarbelakang, serba sedikit tentang peribadi, akhlak dan agama dan ditambah pula dengan musyawarah dan istikharah sebelum menerimanya sebagai teman hidup, tiba2 terbukti selepas kahwin dia berubah, maka itu bukan salah kita. Itu namanya takdir. Di situ ia berbalik kepada konsep 'ubudiyyah kita kepada Allah. Apa yang pasti kita telah berusaha semaksima kita. Maka bolehkah orang yang berada dalam kondisi sedemikian dilabel sebagai 'menerima calon yang salah'??

Justeru kita melihat dalam perjalanan filem tersebut, si wanita masih gagal menemui calon yang dikehendaki. Perkara paling jelas adalah dia tidak meletakkan garis panduan dalam memilih calon sebagaimana yang dianjurkan Nabi s.a.w , sebaliknya memilih dan mencari berdasarkan tuntutan hati dan perasaan semata2. Akhirnya kita dapati, sehingga ke majlis perkahwinan yang telahpun siap diatur dan menunggu pengantin untuk diakadkan, si wanita tiba2 berubah hati dan lari ke dakapan seorang lelaki afrika yang entah muncul dari mana. Bagi saya, ia plot yang sangat hancur. Terkandung di dalamnya kebiadaban, kemusnahan norma2 kekeluargaan dan menjatuhkan air muka ibu bapa.

Entah apa yang sebenarnya cuba disampaikan. Tidak lebih dari sekadar ingin 'membela diri' atau 'membela' golongan2 yang mempunyai ideologi rosak sedemikian. Seingat saya, seorang wanita yang dikatakan tokoh kepada gerakan Islam Liberal di negara kita juga mempunyai idelogi yang hampir sama dengan apa yang cuba diketengahkan dalam filem berkenaan. Mungkin adik beradik, mungkin saudara mara.

Akhirnya saya katakan kepada isteri, apabila seseorang manusia itu cuba untuk mengetengahkan satu gagasan atau ideologi yang berlandaskan kata hati dan nafsu semata2, maka kita akan melihat kerapuhan padanya yang akan hancur bila2 masa sahaja. Dalam masa yang sama, mereka juga akan gagal untuk meyakinkan orang lain untuk mengikuti mereka lantaran kegagalan mereka memberikan solusi yang jelas dan meyakinkan akan kosep yang cuba digarapkan oleh mereka sendiri.

Sebaliknya jika kita mengikut sesuatu gagasan atau ideologi yang terang2an berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah dalam mengemudi kehidupan, maka kita akan melihat ramainya orang mengikut gagasan tersebut lantaran jelasnya matlamat dan solusi kehidupan yang telah digarapkan oleh wahyu.

Semoga Allah melindungi kita dan ummat Islam seluruhnya dari serangan2 pemikiran yang cuba disebarkan oleh puak2 yang memusuhi Islam dan memusuhi syariat Islam, dan kita berdoa semoga Allah ta'ala menghancurkan segenap tipu daya mereka dan segala strategi jahat mereka. Amin ya Rabbal 'Alamin.

1 comments:

ainun May 28, 2010 at 1:13 PM  

moga terus mnjadi mufakkir ummah!

Archive Blog