Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

03 April 2010

Saya Tenang Dan Tenteram

Salahkah mengucapkan bahawa "saya tenang dan tenteram" dalam keadaan diri sedang ditimpa ujian - atau lebih tepat - sedang diuji oleh Allah? Mungkin tidak salah, cuma sedikit pelik.

Saat ujian menghimpit, manusia biasanya akan gundah gulana. Itulah kebiasaan yang seringkali kita lihat. Namun di sana ada pengecualian, iaitu kepada mereka2 yang tahu hakikat ujian dan kenal hakikat ketenangan.

Hakikat ujian bukanlah penghinaan dari Allah, tetapi cerminan kasih sayang-Nya yang tidak berbelah bagi. Hakikat ketenangan bukanlah ketika diri sedang selesa dilamun kesenangan dan keselesaan , tetapi saatnya hati berpegang teguh kepada Allah.

Para pejuang di jalan Allah menjadi inspirasi paling bermakna. Mereka2 yang banyak mengajar erti penghambaan kepada Rabb. Masakan tidak, mereka merasa 'hidup' dalam arus kesusahan dan merasa 'mati' dalam arus kesenangan. Bahkan mereka tega mengatakan , bahawa hidup ini sebenarnya 'manis' kerana mehnahnya.

Justeru saya yakin untuk mengatakan bahawa saya sangat tenang dan tenteram. Andaikata di hadapan saya ini adalah lautan dalam, maka saya yakin saya menyeberanginya bersama Allah. Andaikata di hadapan saya adalah onak duri dan belukar, maka saya yakin saya menempuhnya bersama Allah. Andaikata di hadapan saya adalah gunung yang tinggi dengan tebing curam, maka saya juga yakin bahawa saya mendakinya bersama Allah.

Mukmin itu sesungguhnya beruntung dalam kedua2 keadaan, susah mahupun senang. Tika susah dia bersabar, tika senang dia bersyukur. InsyaAllah saya konsisten untuk menjadi mukmin yang begitu.

Ya Allah, ketenangan ini hanya difahami oleh-Mu rabbi...

0 comments:

Archive Blog