Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

15 April 2010

Saya Hendak Menulis..Tapi..

Teringat kepada sebuah hadith Nabi s.a.w :

" Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat , maka hendaklah dia berkata perkara2 yang baik atau dia diam..." - Bukhari Muslim.

Lama saya merenung skrin. Jari terpaku di atas keyboard. Saya cuba memujuk hati supaya mengerti maksud pesanan Nabi s.a.w itu dengan sebenar2nya.

Ya, kadang2 kita sukar mendiamkan anggota kita, terutama mulut dan tangan , daripada menunaikan amarah dari dalam diri. Amarah yang ditiup nafsu dan dihasut syaitan. Tika itu kita galak berbicara dan kita galak mencetus angkara tanpa menyedari bahawa ia tersimpang jauh dari makna kebaikan.

Saya hendak menulis. Ada benda yang ingin saya lakarkan. Ada hujah yang ingin saya hamburkan. Memang ada. Tetapi mafhum hadith tadi seolah menyekat segala2nya.

Benar, daripada menjadi asbab perkara yang sia2 - apatah lagi yang didorong amarah - lebih baik diam sahaja. Semoga Allah golongkan saya dari golongan mereka2 yang menghayati makna keimanan kepada Allah dan hari akhirat.

Kadang2 diam itu lebih baik.

sekian.

2 comments:

Huda Afiqah Hashim April 15, 2010 at 1:47 PM  

salam kembara.

setuju, sangat setuju. bila membaca k0men2 @ sebarang status di FB sahabat2, ada2 jer yang bermain di fikiran terasa sangat nak tulis. tapi, menyekat diri pada keperluan jer. ~berkata baik2 @ diam~

syukr0n.

Lukisan Alam April 17, 2010 at 8:32 PM  

sangat terkesan dgn hadis nabi tu..berkata2 baik atau diam...trying to be..syukran...

Archive Blog