Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

07 April 2010

Saman Malu

Februari lepas kita dihangatkan seketika dengan kes imam yang memfailkan saman 5juta terhadap persatuan penduduk kerana mengakibatkan kredibilit dan maruahnya tercemar. Boleh baca di sini.

Pernah anda terfikir , tiba2 nama anda muncul di dada akhbar atau di portal2 berita lengkap dengan gambar anda sekali? Tentu tidak. Anda juga tentu tidak pernah membayangkan untuk berada di mahkamah atau lebih tepat lagi - dibicarakan di mahkamah - apatah lagi dalam usia yang masih muda. Lebih2 lagi jika anda seorang yang berprofil baik , bukan penjenayah.

Tetapi ketahuilah bahawa apa yang anda bayangkan sebagai mustahil, mungkin sahaja berlaku kepada anda bila2 masa sahaja. Ramai beranggapan kerja2 di atas platform agama adalah jauh dari anasir2 sedemikian, tetapi hakikatnya tidak. Pada zaman sekarang, fitnah tidak mengenal tuan. Bak kata seorang peguam , fitnah adalah perkara 'baik' yang sudah diterima oleh kebanyakan orang.

Perkara ini dialami sendiri oleh saya. Meskipun saya tidak pernah membayangkan sedemikian. Benar juga kata seorang teman, mungkin Hang Nadim dulu pun tidak pernah membayangkan bahawa beliau akan dibunuh oleh pemerintah pada masa itu.

Dari isu remeh yang sebenarnya boleh diatasi dengan mudah, ia melarat2 sehingga menjadi isu besar yang merumitkan semua pihak. Saya serahkan kepada Allah akan maksud sebenar si pembuat cerita kerana Allah lebih mengetahui segalanya berbanding saya.

Masuk pula cerita saman malu.

Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memfailkan saman malu melalui proses mahkamah bagi membawa pihak2 tidak bertanggungjawab ke muka keadilan. Saman malu bertujuan supaya pihak2 tersebut berhenti mengeluarkan kenyataan2 atau fitnah ke atas seseorang disamping menarik balik sebarang fitnah atau kenyataan yang pernah dibuat. Contohnya diberi tempoh 7 hari atau sekiranya tidak, pihak tersebut akan disaman. Kes di atas adalah salah satu dari ribuan kes saman yang pernah dan sedang berlaku.

Saya mempunyai bukti dan alasan kukuh untuk memfailkan saman ke atas individu2 tertentu yang seacra jelas dan terang2an berniat memburuk2an saya bersama beberapa rakan yang lain. Sesuatu laporan - apatah lagi secara bertulis - boleh dicabar kesahihannya di mahkamah. Lebih2 lagi kalau kandungannya tidak tepat.

Saya telah mendapatkan nasihat guaman 2 minggu lepas tentang perkara ini. Sesuatu laporan boleh dicabar kandungannya samada PALSU, TIDAK BENAR atau TIDAK TEPAT. Saya merasakan individu2 yang bertindak atas hawa nafsu sebenarnya tidak mempertimbangkan tindakan mereka dengan akal yang panjang.

Sekiranya orang mendakwa atau menulis laporan kepada mana2 pegawai atau pengarah jabatan, mengatakan bahawa ( sebagai contoh ) anda makan di tepi tangga. Contoh ayat : Si Polan juga didapati melakukan perkara tersebut di tepi tangga setiap hari. Maka si polan boleh menafikan dan mencabar laporan tersebut.

Boleh jadi si polan tidak melakukan perkara tersebut langsung , maka laporan itu PALSU.

Boleh jadi si polan melakukan perkara yang lain, bukan perkara yang disebutkan, maka laporan itu TIDAK BENAR.

Boleh jadi si polan melakukan perkara tersebut di atas tangga atau di bawah tangga, bukan di tepi tangga, maka laporan itu dianggap TIDAK TEPAT.

Dalam kes saman menyaman, individu yang terlibat dan didapati membuat laporan atau surat sedemikian boleh didakwa dan dikenakan pampasan oleh mahkamah. Katakan akibat laporan atau fitnah yang disebarkannya, si polan telah kehilangan kerja, atau berhenti kerja secara terpaksa , atau tercemar maruahnya, atau hilang kredibiliti dan lain2, maka pembuat fitnah tersebut perlu membayar ganti rugi kesemua kerosakan yang berlaku tadi.

Mungkin jika di saman 1 juta, mahkamah akan mengarahkan supaya dibayar 35,000 dan sebagainya. Pokoknya, kerja jahat seperti fitnah memfitnah dan memburuk2kan mana individu ini boleh dikenakan tindakan dan sebahagian besarnya berjaya dalam tuntutan saman malu yang dibuat.

Berbalik kepada saya. Pembuat fitnah sudah dikenalpasti, bukti sudah ada di dalam tangan, saksi juga bersedia memberi komitmen, tetapi kenapa saya belum memfailkan saman malu tersebut?

Banyak pihak menyokong tindakan saman, tetapi sekadar sokongan. Kalau sokongan material sekalipun yang diberi, ia tetap merupakan satu sokongan sahaja. Batang tubuh yang akan merasa adalah saya. Setelah berbincang dan meminta pendapat peguam, saya bersetuju untuk mempertimbangkan soal saman hingga ke tahap terakhir.

Saya maksudkan di sini adalah, selagi ada jalan yang lebih selamat, maka saya akan ambil jalan tersebut. Orang tak suka, saya boleh berhenti. Orang nak saya keluar, saya boleh keluar dari sini. Itu sebagai contoh. Tetapi untuk bertegas dan berkeras mempertahankan kedudukan atau jawatan, bukan pilihan utama saya. Lebih tepat lagi - belum sampai masanya.

Implikasi kes saman juga besar. Perlu dimulakan dengan laporan polis, kemudian polis akan menyiasat. Banyak perkaitannya di situ. Banyak pihak akan terlibat. Hidup kita sendiri akan terganggu, terutama akibat siasatan pihak polis. Usah impikan untuk hidup tenteram selagi kes belum selesai, itu akibatnya. Kemudian kos serta masa. Kes bukan selesai dalam 3 hari, tetapi sekurang2nya 3 tahun. Itu belum tentu menang atau kalah. Kalau menang sekalipun, adakah 3 tahun itu berbaloi untuk dikorbankan? Apatah lagi saya masih mempunyai rancangan melanjutkan pengajian.

Justeru, kalau sekadar mahu teruskan niat saman ini kerana mahu membalas dendam, mahu menakutkan individu2 terbabit, mahu mengekalkan kedudukan atau semata2 mempertahankan diri sendiri, maka saya rasa masih jauh dari patut. Saya boleh jadi sebiji bola, hanya tekanan yang kuat akan menjadikan saya melantun balik. Kadar kekuatan tekanan tersebut terserah kepada saya sendiri untuk menilainya.

Saya percaya bahawa ujian datang untuk menguji kesabaran dan keimanan, disamping mematangkan saya sendiri. Saya sentiasa bersyukur atas setiap pengalaman yang saya tempuh, kerana harganya tidak ternilai.

Usahlah risau, nusrah Allah pasti akan tiba. Penyebar fitnah ada balasannya, Allah telah sediakan yang lebih dahsyat dari gambaran kita. Namun sebagai ikhtiar, andai terus dicabar, andai soal maruah yang terlacur dan tergadai, kenapa harus membisu dan membiarkan?

LAWAN tetap LAWAN !

sekian.

3 comments:

pkksabah July 16, 2010 at 4:45 AM  

Anta punya cerita seperti sama dengan apa yang ana alami sekarang.

Insan Teraniaya August 19, 2010 at 1:27 AM  

assalamualaikum dan salam sejahtera..saya kebarangkalian akan disaman malu akibat tidak dapat tunaikan pernikahan saya dengan bekas kekasih saya..katanya ingin menyaman saya hampir RM500 000.00 untuk saman malu ini kerana tidak dapat mengahwininya..adakah saman ini wajar dilakukan sedangkan saya ingin membincangkan dengan beliau jalan penyelesaian yang paling mudah untuk saya selesaikan dengan beliau agar tidak ada lagi perasaan hasad dengki, dendam, tidak puas hati dan sebagainya yang terlibat..saya tidak dapat mengahwini beliau atas sebab saya tidak mendapat restu kedua ibu bapa dan keluarga saya..mohon pendapat kepada semua pembaca adakah wajar mereka ingin membuat tindakan saman malu ini terhadap saya dan keluarga saya ini kerana saya tidak dapat mengahwini wanita tersebut atas sebab saya tidak mendapat restu darpada keluarga saya dengan tujuan seperti mahu mengganggu kesejahteraan keluarga saya dan ingin mengucar kacirkan lagi keadaan sedangkan saya masih belum ada ikatan pertunangan lagi antara saya dan beliau..sekian, terima kasih..

Anonymous April 20, 2011 at 8:19 PM  

salam..adakah kita boleh mnyaman orang yang memburukkan kita di facebook sehingga menyebabkan kita berasa diaibkan,malu untuk bergaul dengan masyarakat,dan menghadapi tekanan emosi?sedangkan apa yang dikatakan di facebook itu adalah tidak benar sama sekali..

Archive Blog