Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

19 April 2010

Politik Katak

oleh : hafizquran

Agak lama saya tidak menulis tentang politik. Sekadar memantau dari kejauhan sahaja. Tiba2 kali ini tergerak untuk mencatat sejenis fenomena buruk yang berterusan melanda Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) di mana menyaksikan para pemimpin parti itu berpaling tadah atau ' melompat ' keluar dari parti mereka.

Hari ini seorang lagi pemimpin mereka meninggalkan parti dan mengumumkan untuk masuk UMNO.

Kadang2 kita hairan dengan sikap mereka. Perhatikan contoh terbaru yang melibatkan Dr Halili ini. Beliau seorang doktor peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) sejak 1994 dan juga merupakan seorang rakan karib ketua pembangkang tersebut.

Nama beliau juga adalah antara yang disenarai pendek sebagai bakal calon PKR Hulu Selangor 17 April lalu. Bahkan sewaktu pengumuman calon PKR pun beliau hadir , meskipun mendakwa bahawa beliau cuma hadir sekadar ' ingin tahu '. Keputusan PKR menyaksikan beliau tidak terpilih sebaliknya yang tepilih sebagai calon PKR Hulu Selangor adalah Datuk Zaid Ibrahim.

Dua hari kemudian, iaitu hari ini , beliau mengumumkan keluar parti dengan menyatakan alasan kononnya tidak ada kena mengena dengan unsur2 ' kekecewaan ' atau sebagainya. Beliau sebaliknya mendakwa PKR sekarang berada di bawah sekumpulan kecil aliran kiri yang tidak boleh diterima oleh orang melayu dan rakyat Malaysia.

Beliau turut melahirkan kekesalan dan kritikan berhubung pentadbiran PKR sepanjang memegang Parlimen Hulu Selangor sejak dua tahun lepas, kononnya tiada perubahan dan sebagainya.

Persoalannya ,mengapa baru sekarang semua perkara itu diluahkan oleh beliau..?

Yakni selepas beliau yang mempunyai harapan besar ( anak tempatan ) untuk menjadi calon tetapi tidak dicalonkan.

Yakni selepas beliau sendiri hadir ke majlis pengumuman calon PKR untuk menyaksikan sendiri namanya diumumkan atau tidak.

Yakni baru selepas 2 hari sahaja penamaan calon.

Yakni ketika Hulu Selangor sedang berada dalam kehangatan kempen pilihanraya kecil ini.

Semua persoalan tadi tidak boleh menerima jawapan yang direkacipta oleh beliau tadi. Bahkan rakyat Malaysia ini sudah terlalu arif tentang sikap lompat melompat pemimpin mereka - yang kemudiannya akan membacakan ' skrip ' yang sama dalam sidang media.

Bayangkan,

Andaikata ditakdirkan beliau lah yang PKR pilih sebagai calon Hulu Selangor 17 April lepas, adakah beliau akan melompat dan memberikan alasan2 seperti sekarang?

Kita cuma akan menemukan dua keadaan sahaja , iaitu :

Pertama : sidang media hari ini sama sekali tidak akan berlaku dan beliau akan terus bersama PKR menghentam UMNO.

Kedua : ditakdirkan beliau menang pilihanraya tersebut, beliau akan melompat juga sebagai ' MP bebas ' dan akan membacakan skrip yang sama seperti di atas.

Kesimpulannya, PKR wajar bersyukur kerana Allah telah menzahirkan kegobrokan rakan seperjuangan mereka sebelum mereka diberi amanah yang lebih besar. Tidak mustahil kalau beliau dicalonkan dan menang , beliau akan tetap jua melompat. Beliau mengatakan bahawa PKR sudah lari dari perjuangan, kononnya mengejar pangkat , kedudukan dan sebagainya, tetapi sekarang kita pula mempersoalkan beliau, apakah beliau mengambil tindakan ini tanpa ada kaitan dengan ' imbuhan ' , pangkat dan jawatan?

Hanya beliau sendiri yang boleh menjawabnya dengan jujur. Kita tidak gemar berprejudis , tetapi pengalaman demi pengalaman telah membuatkan kita arif benar dengan fenomena ini. Apapun, bersyukurlah kerana beliau telah melompat sebelum bergelar YB lagi.

sekian.



sumber : Malaysiakini & TheMalaysianInsider

0 comments:

Archive Blog