Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 April 2010

Menulis Blog Satu Wasilah

oleh : hafizquran

Salah satu method dalam berdakwah adalah melalui penulisan. Penulisan yang ikhlas serta datang dari hati yang tulus - apatah lagi dalam bab agama - pasti akan menggamit hidayah buat mereka yang membaca. Perhatikan, ada tulisan yang mampu memberi anda ketenangan ketika membaca dan menghayati. Ada juga penulisan yang hanya membuatkan jiwa anda serabut dan kacau bilau saat membacanya.

Hal ini berkaitan dengan hati seorang penulis. Ada penulis yang gemar melakar provokasi berunsur fitnah , samada dalam bab agama mahupun bab2 yang lain. Ada juga penulis yang gemar menulis tentang perkara2 yang melalaikan. Ada juga penulis yang tabiatnya suka menulis supaya dipuji. Kesemuanya datang dari hati mereka yang menulis sebelum jari jemari mereka menerima arahan untuk menjalankan tugas.

Jarang sekali seorang penulis di zaman ini yang tampak keikhlasannya tika berdakwah- khususnya dalam penulisan blog. Ditambah pula apabila menulis blog adalah sesuatu yang mudah, cepat dan boleh dilakukan di mana sahaja. Kecanggihan teknologi menjadikan bidang dakwah melalui penulisan kian tercemar.

Penulisan berbentuk fitnah bukan sahaja merajai pentas politik , bahkan menjalar mencemari juga pentas perbahasan agama yang mulia. Penulis mungkin sahaja mempunyai identiti yang jelas, namun kebanyakannya hanyalah penulis tanpa nama, bayangan gelap dengan samaran2 tertentu dan sebagainya.

Alangkah baik kalau sesekali kita merenung kembali kegemilangan mereka2 yang menulis di zaman dahulu. Lihatlah kepada kitab2 yang sedemikian banyak dikarang oleh para ilmuan silam- yang terus digunapakai sebagai asas ilmu sehingga ke hari ini. Mereka adalah para penulis yang ikhlas dalam melakar tinta , mencurah idea serta berkongsi keilmuan mereka. Lantaran itu, Allah zahirkan kemuliaan dan keikhlasan mereka tanpa mereka perlu bersusah payah mempopularkan diri mereka sendiri.

SATU WASILAH

Bukanlah tujuan saya membandingkan perkongsian para blogger-khususnya ilmuan agama- hari ini dengan para ulama yang mengarang kitab di masa dahulu. Namun ia satu hal yang elok untuk diperhalusi, sebagai satu muhasabah bersama. Sekurang2nya tentang adab. Sekurang2nya tentang persoalan niat. Yang mana hanya kita dan Allah mengetahui hal tersebut.

Bagaimanapun, penulisan blog tetap merupakan satu wasilah yang baik, terutama dalam mempraktikkan " islah nafsak wad'u ghairak ". Menunggu sehingga cukup keilmuan baru hendak menulis adalah sia2, manakala menulis sahaja tanpa mahu mendalami ilmu adalah satu kesombongan yang nyata. Maka perantaraannya, berkongsilah ilmu sekadar yang kita ada. Kita berkongsi dengan niat untuk berdakwah, yakni supaya yang tidak tahu menjadi tahu, atau supaya yang lupa menjadi ingat. Dalam masa yang sama kita juga mesti terus belajar.

Belajar adalah satu ungkapan positif yang perlu diambil oleh semua orang. Ia menunjukkan satu makna  la nihayata lah  yakni tiada penghabisan baginya. Dengan kata lain, istilah habis belajar sepatutnya satu istilah yang tidak wujud.

Barangsiapa yang merasakan dia sudah cukup berilmu, maka saat itu juga dia sebenarnya menjadi jahil. Belajar konteksnya luas. Tidak akan habis sampai bila2. Justeru, menghadkan belajar hanya kepada aspek2 tertentu sahaja adalah sesuatu yang tidak relevan. Belajarlah seberapa banyak ilmu yang halal dipelajari. Bahkan mempelajari sihir juga tidak dimutlakkan sebagai haram, kerana ada pendapat ulama yang mengharuskannya dengan tujuan mengubati atau menghindari.

Dengan menulis juga, sebenarnya kita belajar. Belajar dari kesilapan terutama apabila tulisan atau pandangan kita ditegur. Walaupun ia bukanlah satu pembelajaran secara formal , namun ia tetap dikira sebagai learning process.

KESIMPULAN

Kadang2 kita merasa kehabisan modal untuk menulis, lalu kita menyepikan diri dari blog, walhal kita sebenarnya ada banyak benda untuk dikongsi. Kadang2 kita merasakan , kalau kita menulis pun tiada yang akan membacanya, padahal dalam masa yang sama kita jahil ( baca : tidak tahu ) bahawa betapa ramai yang sedang menunggu untuk mendapat perkongsian daripada kita.

Asalkan sahaja kita menulis tentang ilmu, tentang sesuatu yang memberi manfaat secara 'ammah ( bukan semata2 khususiah seperti cerita2 peribadi etc ) maka percayalah bahawa tulisan kita itu sebenarnya bukan sahaja dibaca oleh ramai orang, bahkan turut disalin ke blog2 atau artikel2 yang lain pula. Perlu juga diketahui, bahawa bilangan Followers tidak semestinya menunjukkan bilangan pembaca blog anda, kerana tidak semestinya mereka yang selalu ke blog anda itu menjadi pengikut blog anda. Bahkan ramai juga yang tidak mempunyai akaun blogger dan tidak mempunyai akaun yahoo atau google pun!

Justeru, jika kita berniat untuk menjadikan penulisan blog sebagai satu wasilah untuk memantapkan diri ( dakwah dan islah diri ) maka konsistenlah dengan cara tersebut. Sehingga satu masa, jika merasakan bahawa penulisan blog lebih membuka ruang mafsadah, atau menidakkan aulawiyat , atau menghilangkan fokus untuk sesuatu yang lebih penting, maka tinggalkan sahaja ruangan ini sehingga suatu masa yang lebih sesuai.

Apa yang penting, penulisan blog adalah satu wasilah dan bukannya tujuan, apatah lagi jika bertujuan untuk mempopularkan diri sendiri semata2. Semoga Allah melindungi dengan keluasan rahmat-Nya.

Sekian.

0 comments:

Archive Blog