Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

13 April 2010

Kurang Budi Pekerti Lemah Sensitiviti

oleh : hafizquran

Tahun ini saya agak kerap pulang ke Kelantan, menjenguk mak dan ayah di kampung halaman. Semalam pun saya baru tiba dari Kota Bharu dengan menaiki bas bersama isteri, setelah dua hari bercuti di kampung saya di Kota Bharu.

Saya sekadar mahu meluahkan, betapa masyarakat kita di Malaysia khususnya, semakin hilang budi dan kurang sensitiviti hatta di kalangan umat Islam sekalipun. Padahal kalau disuluh kepada hadith2 peninggalan Nabi s.a.w kita akan dapati betapa baginda menekankan supaya umatnya menjadi umat yang tinggi budi pekerti dan kuat sensitiviti terutama sesama Islam.

Saya nukilkan dua contoh yang berlaku kepada saya, meskipun perkara2 ini sebenarnya seringkali sahaja berlaku di sekeliling kita pada sesiapa jua.

Kurang 3 bulan yang lepas, sewaktu saya pulang seorang diri ke Kelantan dengan menaiki bas. Kebiasaanya jika bertolak dari Hentian Putra jam 9.30 malam bas akan tiba di Kota Bharu lebih kurang jam 5.30 atau 6.00 pagi.

Sampai sahaja di Kota Bharu kebiasaannya penumpang masih dalam keadaan mamai kerana baru terjaga dari tidur. Bahkan ramai juga yang masih tertidur ketika bas sudah pun berhenti di hentian. Itulah yang berlaku kepada saya. Dalam keadaan mamai dan sedikit pening kepala, saya melangkah turun membontoti penumpang yang lain.

Satu perkara yang paling saya tidak suka adalah tentang 'ulat2' teksi atau dipanggil 'prebet sapu' yang akan berkampung di pintu bas bagi menawarkan perkhidmatan kepada penumpang yang baru turun. Belum pun lepas kaki dari tangga bas, mereka sudah menerjah sambil bertanya itu dan ini, hendak ke mana , dengan siapa dan sebagainya. Sekian lama saya cuma membiarkan namun tidak disangka hari itu ulah mereka mengundang kemarahan besar kepada saya.

Sebaik sahaja saya sampai ke pintu bas, beberapa pemandu prebet bertalu2 menawarkan khidmat mereka. Memandangkan di belakang saya masih ramai penumpang yang ingin turun jadi saya ingin cepat2 melangkah keluar. Tidak terlintas pun untuk melayan pertanyaan2 mereka kerana saya telah terlebih dahulu mengangkat tangan - sebagai tanda tidak memerlukan khidmat mereka.

" tanyo tok jawab..o aji..pioh atah palo..." ( tanya tak jawab, gaya macam haji, kopiah atas kepala )

Ungkapan spontan dari seorang mamat prebet berusia awal 30-an itu menyentap telinga saya seterusnya membuatkan hati saya menggelegak secara tiba2. Secara automatik saya 'terjaga' dan berpaling ke belakang. Ya, ungkapan kurang ajar itu ditujukan kepada saya oleh seorang lelaki yang mungkin menganggap saya kurang ajar kerana tidak melayan pertanyaannya, walaupun saya tidak sedari. Namun lelaki tadi dengan mulutnya yang becok tidak menoleh sebaliknya meneruskan kerja 'soal siasat' kepada penumpang2 yang masih berbaki.

Langkah saya benar2 terhenti tika ungkapan kurang ajar itu kedengaran di telinga. Apa salah kopiah ini agaknya- atau lebih tepat, apa salah mereka yang berkopiah agaknya? Ini bukan soal si pemakai kopiah tidak beradab, tetapi ini soal orang 'togel' yang tidak tahu menghormati orang yang memakai kopiah.

Inilah yang saya katakan, kurang berbudi apatah lagi hendak berbahasa. Bukan orang tidak tahu bahawa sebahagian besar ulat2 teksi itu suka mencekik darah apabila memberikan perkhidmatan. Tambang yang dikenakan kadang2 tidak masuk akal, dengan alasan kononnya pagi hari. Kalau budi pun hancur, tak usahlah bercakap soal bahasa.

Bagi saya, kalau mereka itu sedar diri- maksud saya untuk memberi khidmat dan menganggap orang sebagai pelanggan - maka budi bahasa amat perlu mereka beri perhatian. Kalau orang menolak, itu bukan alasan untuk mereka mengeluarkan kata2 yang akan menyakitkan hati pelanggan pula. Sudahlah mencari rezeki dengan cara yang syubhah ( ulat teksi halal ? ) kemudian budi bahasa pula tidak dijaga. Maka lingkuplah jawabnya.

Kelmarin pula, waktu menaiki bas dari Tesco Kota Bharu, saya dapat menyaksikan betapa wujudnya manusia yang begitu lemah sensitiviti di Malaysia ini. Saya katakan- bagi saya - kalau seorang yang hadir solat berjemaah di masjid, kemudian tidak mematikan telefon bimbitnya sehingga akhirnya mengganggu jemaah yang sedang solat, maka orang itu adalah seorang yang lemah sensitiviti. Kecualilah kalau tidak disengajakan, walaupun kebanyakan kes memang mereka sengaja tidak mengendahkan peringatan supaya " mematikan telefon bimbit " ataupun " tiada seruan sepenting seruan Ilahi ". Itu tandanya lemah sensitiviti.

Lihat kepada hadith tentang bagaimana Nabi s.a.w menyatakan " tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri " .

Begitu juga dengan hadith " barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya ".

Begitu juga dengan hukum makruh kepada seorang makmum untuk solat berjemaah apabila mulutnya berbau akibat memakan bawang, petai dan sebagainya.

Apa ertinya semua itu kalau bukan bertujuan supaa umat Islam meningkatkan sensitiviti masing2 terutama dalam mujtama'. Kalau kita tidak suka disakiti, maka usahlah kita menyakiti orang lain. Itu sensitiviti kita. Itu maksudnya kasih kepada saudara kita.

Berbalik kepada cerita saya tadi. Ditakdirkan , penumpang yang duduk di belakang saya adalah dari jenis yang saya nyatakan di atas. Apabila bas bertolak dan lampu dipadamkan - dengan tujuan memberi keselesaan kepada penumpang untuk rehat dan tidur - si penumpang tadi ( seorang lelaki akhir 20-an ) tanpa rasa bersalah berbual di telefon dengan suara yang begitu kuat. Seolah hanya dia seorang sahaja penumpang bas malam itu.

Mulanya saya menyangka hanya untuk seketika sahaja. Isteri pula asyik merungut kerana nada suaranya yang kuat memang sangat menganggu. Butir2 percakapannya sangat jelas walaupun saya pasti tiada seorang pun penumpang lain yang berminat 'menghayati' perbualannya itu.

Sudahlah 'bergayut'  begitu lama ( sekitar satu jam setengah ) dengan suara yang kuat sehingga mengganggu konsentrasi penumpang lain, lelaki tadi sekali lagi tanpa segan silu menghina dialek atau longhat pertuturan jawa. Beberapa perkataan dalam bahasa jawa diejek bersama rakannya di telefon.

Saya tertanya2, apakah lelaki itu buta? Mungkin matanya celik, tetapi hatinya? Buta hatikah dia? Bagaimana kalau ada di antara penumpang malam itu dari keturunan jawa, tidakkah mereka akan merasa sakit hati? Lebih daripada itu, tidakkah dia memikirkan bahawa penumpang2 yang lain hendak tidur dan berehat? Tidakkah mereka akan terganggu dengan suara kita yang kuat ? Saya yakin lelaki itu tidak buta dan mampu melihat degan jelas berapa ramai penumpang yang tertoleh2 ke belakang melihat dari mana datangnya 'suara sumbang' yang mengganggu mereka.

Saya berfikir sendirian. Ini bukan satu perkara janggal di kalangan masyarakat kita - khususnya melayu. Entah ke mana hilangnya adab, budi bahasa dan sensitiviti mereka. Dalam kes tadi, saya tidak merasakan lelaki tadi perlu ditegur supaya menamatkan perbualannya. Bahkan itu mungkin mengundang pertengkaran pula. Saya juga tidak merasakan pihak pengurusan bas ekspress perlu meletakkan tanda " tolong jangan mengganggu penumpang lain " terpampang di hadapan mata para penumpang. Ianya soal kebijaksanaan diri sendiri.

Apa yang pasti, masyarakat kita hari ini semakin jauh dari nilai budi dan sensitiviti yang dikempenkan sejak 1431 tahun dahulu. Kempen " budi bahasa budaya kita " sebenarnya telah lama dikempenkan oleh Rasulullah s.a.w dan amat ditekankan pengamalannya oleh baginda. Cuma kita sahaja yang tidak mengambilnya dengan cermat untuk dijadikan panduan.

Inilah akibatnya apabila qudwah baginda tidak dijadikan teladan dalam kehidupan harian. Betapa perlunya masyarakat kembali menghayati uswah  yang perlu diambil dari nabi kita Muhammad s.a.w. Nilai budi pekerti dan sensitiviti yang tinggi yang telah diajar oleh Baginda perlu diterapkan dalam kehidupan setiap hari, bukannya hanya ketika menyambut maulidur rasul atau maal hijrah semata2.

Jika tidak, maka inilah yang berlaku. Kurang budi , lemah sensitiviti.

Sekian

0 comments:

Archive Blog