Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

27 April 2010

Kelab Tahfiz Al-Quran

oleh : hafizquran

Saya melihat alternatif mewujudkan kelab tahfiz Al-Quran di sekolah2 adalah satu perkara yang baik. Antara objektifnya adalah untuk membuka ruang dan peluang kepada para pelajar di aliran agama / akademik supaya menceburi bidang tahfiz Al-Quran. Kelab2 ini kebanyakannya dijalankan selepas tamat waktu persekolahan. Meskipun begitu, saya merasakan ada beberapa perkara yang perlu diambil berat bagi pihak yang menganjur atau mengelola kelab2 tahfiz sebegini.

Pertama :

Kelab tahfiz tidak sama dengan kelab2 atau persatuan yang lain, umpamanya kelab catur atau kelab ekonomi. Ia juga tidak sama dengan badan2 beruniform seperti pengakap, kadet remaja dan sebagainya. Meskipun masa yang diperuntukkan adalah sama, namun pengaplikasiannya jauh berbeza.

Kedua :

Menceburi bidang tahfiz Al-Quran samada separuh masa atau sepenuh masa adalah merupakan soal amanah dan tanggungjawab. Apa yang penting, ia bukan perkara santai atau boleh diambil sambil lewa. Ia juga bukan semata2 soal minat. Tetapi yang lebih utama adalah tentang kefahaman mereka2 yang menceburi bidang ini untuk digandingkan dengan pencapaian akademik mereka. Mereka perlu didoktrinkan dan diberi kefahaman, bahawa tiap2 ayat dan tiap2 juzuk yang mereka hafaz wajib mereka jaga sampai mati. Bukan hanya ketika di bangku persekolahan sahaja.

Ketiga :

Soal masa. Saya melihat percaturan masa untuk kelab menghafaz Al-Quran perlu diambil kira ruang untuk tasmi' , sabqi dan murajaah. Saya pernah menulis tentang kepentingan ketiga2 bahagian ini dalam proses memantapkan hafazan. Sekiranya tempang salah satu daripada tiga ini, maka prestasi hafazan akan menurun dan menjadi lemah. Justeru, andaikata masa yang diperuntukkan bagi sesebuah kelab tahfiz hanyalah untuk membolehkan pelajar membaca hafalan baru / tasmi' sahaja , maka jelas ia sesuatu yang kurang bijak.

Keempat :

Menambah hafalan baru tanpa memberi penekanan pada hafalan lama samalah seperti perumpamaan melayu , " yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran ". Justeru soal sabqi dan murajaah sangat perlu diambil kira bagi memastikan pelajar yang menceburi bidang ini benar2 dapat menjaga hafalan mereka. Guru2 perlu bijak memperhalusi setiap pelajar di bawah jagaan mereka, terutama dari segi kelemahan yang bersifat khusus. Ini kerana kemampuan setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Dalam penelitian ini, ada pelajar yang boleh kita benarkan berlari, ada yang kita benarkan memecut dan sebaliknya ada juga yang kita cuma benarkan dia merangkak atau bertatih.

Kelima :

Meskipun ia cuma dinamakan sebagai ' kelab ' atau memberi makna tersebut, namun tradisi menghafaz Al-Quran perlulah dikekalkan, terutama sekali tentang adab. Soal adab berkait rapat dengan soal keberkatan. Tanpa keberkatan, seseorang pelajar tidak akan mampu menghabiskan hafazan 30 juzuk Al-Quran di hadapan guru mereka. Adab termasuklah adab dengan guru, adab dengan Al-Quran serta adab mereka sewaktu berada dalam halaqah Al-Quran. Adalah menjadi sesuatu yang mengecewakan andai sesebuah kelab tahfiz itu dijalankan dengan begitu santai, para pelajar melunjur kaki tak tentu hala, bercakap, bermain , tidak serius sewaktu menghafaz dan sebagainya.

Keenam :

Disiplin. Apabila diberi nama ' kelab ' , maka ramai juga pelajar yang beralasan itu dan ini untuk tidak menghadiri kelab hafazan. Mereka merasakan bahawa tidak hadir itu adalah satu perkara biasa, sedangkan realitinya sekali tidak hadir sebenarnya telah membuka satu kelompongan besar kepada penjagaan hafazan mereka. Justeru soal disiplin, terutamanya kehadiran perlulah ditekankan dan diambil berat oleh penganjur atau pengelola. Elok juga kalau hanya mereka2 yang menunjukkan komitmen yang tinggi sahaja dibenarkan untuk berada di dalam kelab tersebut.


Sekian.

5 comments:

Anonymous April 27, 2010 at 3:00 PM  

syukran ats perkongsian ini...:)

Anonymous April 27, 2010 at 7:42 PM  

semoga idea yg bernas ini akan dimakbulkan Allah....

Najwa Najihah April 27, 2010 at 10:53 PM  

Setuju dengan cadangan ni.Sebenarnya Kelas Kemahiran Al-Quran(KKQ) ada menekan aspek hafazan,tapi bukan secara menyeluruh.Kebiasaannya pantauan kadang-kadang sahaja.Hasilnya,kebanyakan yang menghafaz,sekadar menghafaz tanpa usaha mengekalkannya.

Anonymous February 8, 2011 at 10:03 PM  

salam
minta pandangan tentang kelab bekas pelajar tahfiz.
minta cadangkan beberapa aktiviti yang sesuai, terutamanya melibatkan masyarakat luar dan aktiviti & cara mengekalkan ahli supaya tidak 'lari' dari kelompok ini.
terimakasih.

hafizquran February 9, 2011 at 6:19 AM  

wslm

1-kelab bekas pelajar tahfiz ( alumni ) banyak yg wujud hari ni, tetapi tidak banyak yg aktif kerana komitmen yg berbeza2

2-para huffaz yg berminat utk turun kepada masyarakat luar sbenarnya dapat melakukan berbagai aktiviti, terutama dalam mengajak masyarakat celik Al-Quran.utk kelompok dewasa boleh dibuat program tahsin al-quran atau tajwid, mgkin juga tarannum. utk kelompok remaja n kanak2 lebih luas, boleh dibuat kem remaja n sbagainya, dimana pengisian lebih kepada menjadi generasi Al-Quran. maaf, sy hanya mcadangkan scara umum.

3-kenalpasti sebab utama kenapa merka lari. mgkin keadaan berbeza2. mgkin minat xsama. mgkin haluan berbagai2. xdapat tidak, kena atasi benda itu dengan mmbrikan alternatif yg semua orang suka.cth,kalau ada 10 org ahli,smuanya bminat dalam bidang motivasi,maka boleh dibuka syarikat training n colsultancy, dimana pembawakan kelompok ini lebih jelas n bermatlamat.

pada sy,banyak yang lari sebab halatuju tidak sama.umumnya begitu.

wallahua'lam

Archive Blog