Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

22 April 2010

JANGAN PERCAYA IKLAN INI



" zhoharal fasaadu fil barri wal bahri bima kasabat aidinnas .."

Amat benar sekali firman Allah ta'ala. Sememangnya segala bentuk kerosakan yang berlaku di atas muka bumi hari ini adalah berpunca dari kejahatan tangan2 manusia. Tangan yang menerima arahan dari hati. Hati yang jauh dari keimanan dan ta'abud kepada Allah. Hati yang dirasuk iblis, maka perbuatan iblislah yang terzahir.

Salah satu dari kerosakan tersebut adalah FITNAH. Bahaya fitnah diterangkan oleh Allah ta'ala sebanyak dua kali dalam surah Al-baqarah, dengan satu firmanNya menyebut :

" dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh .."

dan menyebut di dalam ayat yang lain :

" dan fitnah itu lebih besar dari membunuh.."

Akhir zaman ini, fitnah merebak tanpa mengira siapa. Alim ulamak pun boleh difitnah dan dikeji , apatah lagi seorang ustaz atau imam. Bahkan kalau disoroti sejarah, kita akan dapati insan mulia iaitu ummul mukminin saidatina Aishah r.anha juga adalah antara yang menjadi mangsa fitnah.

Sejak februari lepas, saya menerima gangguan dari beberapa nombor yang tidak dikenali. Mereka kadang2 menelefon lewat jam 12 malam dan kadang2 awal pagi. Anehnya apabila dijawab panggilan tersebut terus dimatikan. Apabila mendengar suara saya, si pemanggil di sebelah sana terus meletakkan telefon. Kekerapan saya menerima panggilan dan gangguan sebegini meningkat secara mendadak sehingga mencetuskan perasaan tidak senang hati dan ketenteraman saya terganggu. Nombor2 tidak dikenali ini saya lihat tidak berulang pada nombor yang sama, sebaliknya berubah2. Apabila saya menelefon atau sms kembali, mereka mengatakan ; salah nombor.

Mustahil dalam tempoh sebulan hingga dua bulan kebelakangan ini begitu ramai yang salah nombor! Anggapan awal saya adalah , saya mengesyaki ada pihak yang menyebarkan nombor saya secara tidak bertanggungjawab. Namun di mana dan bagaimana, saya buntu mencari jawapannya.

Ditakdirkan semalam, Allah gerakkan hati seorang hamba Allah yang tidak saya kenali untuk menelefon. Lelaki tersebut - yang saya tidak tahu apa tujuannya menelefon saya - memberi maklumat bahawa nombor saya kononnya diiklankan di internet. " ada orang pedajal ko ni..nama dalam ni pompuan.." Itu antara ayat yang dinyatakan lelaki tersebut. Selepas itu beliau menghantar sms supaya saya menaip perkataan tertentu dan nombor telefon saya akan keluar.

Pulang dari tempat kerja, saya membuat carian dan hasilnya saya mendapati bukan hanya nombor saya yang diiklankan di sebuah portal IKLAN SEKS sebaliknya juga nombor bekas majikan saya. Nama kami ditukar kepada nama perempuan yang mana saya percaya bertujuan supaya kami dihubungi atau dianggap sebagai PELACUR. Alangkah jijik dan mengaibkan!

Segala2nya terjawab kini. Saya baru faham mengapa pemanggil2 tidak dikenali lewat dua bulan kebelakangan ini biasanya menelefon jam 12 malam ke atas. Saya baru faham mengapa mereka terus meletakkan telefon sebaik mendengar saya menjawab " hello...assalamualaikum ..". Saya baru faham mengapa kesemua mereka memberikan alasan ' tersalah nombor '.

Rupa2nya ada pihak yang nyata lebih iblis dari iblis dan lebih dajal dari dajal telah melakukan satu tindakan tidak bertanggungjawab bahkan tidak bertamadun demi tujuan2 tertentu. Saya percaya dan sangat yakin bahawa ' serangan psikologi ' ini mempunyai kaitan rapat dengan kemelut yang berlaku di tempat saya bekerja. Terbukti , mereka2 yang menanam dendam kesumat di dalam hati sanggup melakukan apa sahaja supaya orang yang mereka benci tidak hidup bahagia dan tenteram.

Kisah ini mungkin menjadi sebuah cerita lucu sahaja bagi sesetengah orang, terutama bagi mereka yang "belum  turun ke lapangan". Tetap sedarilah hakikat bahawa inilah antara mehnah yang perlu anda tempuh dalam berjuang. Ya, kita mustahil boleh memuaskan hati semua orang. Dan orang yang tidak berpuas hati dengan kita BOLEH melakukan apa sahaja demi memusnahkan kita. Sihir? Santau? Tak mustahil!

Dalam kes saya, saya percaya dan saya tahu, bahawa yang mempunyai masalah dengan saya serta bekas majikan saya adalah individu2 tertentu sahaja, bukan JAMAAH. Justeru, mengapa perlu kita mengutamakan makhluk2 ini berbanding tugas serta khidmat kita yang dipelukan oleh lebih ramai jemaah? Saya tidak mencipta masalah dalam tugasan saya dan saya akan profesional dalam tugasan saya.

Ingin saya umumkan di sini, bahawa sesiapa yang merasa tidak berpuas hati dengan berita serta khabar angin yang anda dengar, silalah bersemuka sendiri dengan saya untuk mendapatkan kepastian. Begitu juga kepada mereka yang merasa sudah cukup yakin dengan cerita mereka- terutama tentang cerita fitnah 2009 - saya persilakan anda untuk MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP SAYA. InsyaAllah, saya akan jawab di mahkamah. Apa tunggu lagi?

Sampai hari ini tidak ada seekor seorang pun makhluk yang berani tampil secara GENTLEMAN untuk membuat report polis terhadap saya. Saya tidak berminat untuk melayan permainan2 ' belakang' ini. Itu spesis DAYUS dan saya - insyaAllah - tidak begitu. Datanglah secara berdepan. Kalau ada laporan ke pihak atasan, saya boleh jawab. Kalau ada report polis, saya pun akan bersemuka dan memberi kerjasama. Dan perlu ingat , saya tidak akan teragak2 untuk MEMFAILKAN SAMAN ke atas mereka2 yang terlibat samada secara nyata atau sebagai dalang , apabila terbukti fitnah dan konspirasi ini sengaja direkacipta dengan tujuan mengaibkan saya serta keluarga. Negara ini ada undang2!

Buat para pembaca, kalau anda masih belajar dan bakal turun ke lapangan suatu hari nanti, kisah ini wajar anda ambil sebagai iktibar. Kalau anda tidak berkepentingan, abaikan sahaja kisah ini. Dan kalau anda tahu dan terlibat , saya nasihatkan supaya anda berfikir dengan hati yang jujur dan ikhlas. Usahlah teruskan budaya jahiliah lebih2 lagi dalam usaha kita memakmurkan rumah2 Allah. Cukuplah sekadar itu.

LAPORAN POLIS AKAN MENYUSUL , INSYA ALLAH.

2 comments:

Anonymous April 22, 2010 at 3:55 PM  

teruknya dunia sekarang ni..ntahlah..tak tau nak cakap ape..mudahan2 sentiasa dilindungi diri kita semua dari kejahatan manusia dan jin

Anonymous April 27, 2010 at 3:03 PM  

emmm...dunia hampir kpd penghujung...fitnah bertebaran di ats muka bumi tnpa mengira siapa mangsanya...
inikah yg akn kt tingglkn utk generasi yg akn dtg..sesungguhnya bumi akn musnah angkara dr tangan manusia sendr...

Archive Blog