Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

08 April 2010

Imam Muda

oleh : hafizquran

Terkini, program Imam Muda Astro Oasis semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat. Umum berpendapat ini merupakan suatu program yang amat unik dan mempunyai kesan baik dalam melahirkan generasi islamik. Segah namanya, kita dapat membayangkan betapa hebat kredibiliti insan yang akan dinobatkan sebagai " imam muda " tersebut.

Saya sendiri beberapa kali digesa menyertai program tersebut. Namun hanya senyuman yang saya ukirkan sebagai jawapan.

" kalau menang dapat belajar free kat madinah "

" dapat duit.."

Itu antara tawaran2 yang menarik perhatian nafsu untuk membuat pertimbangan. Namun, hati tetap mengatakan ' tidak perlu '.

Saya antara orang yang tidak gemarkan pertandingan. Ini hakikat. Sedari dulu, saya tidak suka bertanding walaupun dalam acara musabaqah atau majlis menghafaz Al-Quran peringkat negeri waktu di mtdq dahulu.Seboleh2nya saya akan mengelak. Jujurnya , hati saya tidak terdorong ke arah itu. Kalau saya lancar Al-Quran sekalipun, ia bukan untuk dipertandingkan, tetapi mungkin ia boleh menjadi wasilah dalam berdakwah contohnya menjadi imam dan mengajar Al-Quran. Cukup sekadar itu.

Walaupun kurang jelas dengan motif sebenar program Imam Muda tersebut, namun awal2 lagi hati saya tidak tergerak untuk mengambil tahu dengan lebih lanjut, apatah lagi menyertainya. Maaf.

.......

Mungkin ini pandangan peribadi saya. Kalau tidak tepat,maka itu adalah semata2 kedangkalan saya berfikir. Tapi pendapat tetap adalah pendapat.

Kalau kita lihat di zaman dahulu, sebut nama imam orang akan pandang tinggi. Imam adalah ketua masyarakat. Imam adalah tenaga pengajar agama yang menyebarkan Islam. Imam adalah penghulu di masjid. Imam adalah jurunikah. Imam adalah sumber rujukan. Imam adalah ilmuan dan ulama'. Masyarakat menyegani seorang imam lebih dari seorang pemimpin. Bahkan, imam juga kadang2 menjadi 'tok bomoh' kepada masyarakat. Pendek kata, imam itu besar peranannya dalam masyarakat.

Di dalam solat ketua dipanggil imam dan rakyat dipanggil makmum. Apa sahaja perlakuan dan perintah imam wajib diikuti oleh makmum dengan kaedah2 dan syarat2 yang tertentu.

Kalau imam solat maghrib 3 rakaat maka makmum wajib kena solat 3 rakaat. Tetapi kalau imam solat maghrib 2 rakaat , makmum tak wajib ikut, bahkan haram. Kalau imam tak ucap " Allahuakbar " yakni takbiratul ihram saat memulakan solat maka makmum tak wajib ikut imam tersebut, bahkan solatnya batal. Pokoknya, Allahuakbar simbolik kepada segala perlakuan imam seterusnya adalah di atas suruhan Allah semata2, maka barulah makmum boleh ikut.

Demikian juga lah konsep dalam pemerintahan dan kepimpinan. Samada penghulu, ketua kampung, menteri mahupun raja.

Kini fungsi imam jauh sekali dari apa yang dinyatakan di atas. Imam hanya ketua di masjid, itu pun dalam bab solat sahaja. Imam dalam erti kata mengimamkan solat. Lebih baik kalau imam tersebut pandai berlagu dengan burdah2 yang mengasyikkan. Pasti memukau dan menggembirakan jemaah. Seusai solat, maka imam diketepikan. Tika urusan dunia dibentangkan, imam tiada tempat. Tika urusan nikah kahwin atau kematian, maka imam tempat pertama.

Lebih dahsyat kalau imam dibonekakan. Contohnya, kamu sebagai imam tak boleh baca surah sekian sekian. Kamu tak boleh cerita ayat sekian sekian. Kami pantau. Maka imam pun menurut perintah. ( Ini tak berlaku di Malaysia, saya dengar cerita berlaku di belah Afrika Utara sana.) Tapi memang berlaku.

Sama sahaja kalau disebut guru atau ustaz. Tugasnya menyebarkan ilmu agama dan memperkenalkan suruhan2 syariat. Tetapi ada juga yang dikekang. Contohnya, kamu sebagai guru atau ustaz tak boleh syarah ayat sekian sekian. Kamu tak boleh mengajar bab sekian sekian. Ini pun berlaku.

Jadi tugas asal yang demikian mulia, samada imam atau guru atau ustaz - yang hakikatnya diwarisi dari Nabi s.a.w - akhirnya berubah konsep. Hanya tinggal nama sahaja. Fungsinya jauh dari hakikat sebenar. Ini realiti yang berlaku dan benar2 menyedihkan.

Saya tidak nampak program seperti Imam Muda ini mampu melahirkan watak imam dalam erti kata yang sebenar seperti di zaman salafus soleh dahulu. Namun dalam masa yang sama saya tetap berharap kegemilangan itu akan berulang kembali.

Apapun, usaha seperti ini tetap saya sokong, asalkan tujuannya baik dan matlamatnya lillahi ta'ala.

Sekian.

1 comments:

Anonymous May 7, 2010 at 3:41 PM  

Saya tidak nampak program seperti Imam Muda ini mampu melahirkan watak imam dalam erti kata yang sebenar seperti di zaman salafus soleh dahulu. <--- Anda bersikap 'judgemental' tanpa memberikan peluang kepada program ini untuk membuktikan dirinya?

Archive Blog