Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 April 2010

Dewa Cinta Tragis

oleh : hafizquran

Hari ini negara digemparkan sekali lagi dengan berita pembuangan bayi yang ditemui di timbunan sampah sarap. Sungguh menjijikkan sekali apabila tempat sejijik itu dijadikan sasaran tangan dan perut yang tidak bertanggungjawab. Pastinya ia sekaligus melambangkan betapa busuk dan jijiknya hati nurani mereka.

Masyarakat melenting. Pelbagai komen kedengaran, baik di pihak kerajaan mahupun di peringkat awam. Masing2 marah dan hiba. Namun apa yang pasti, ia cuma fenomena yang berlaku seketika. Sehari dua lagi, ia akan senyap tidak berbunyi lagi. Inilah bahana yang berlaku apabila sesuatu isu tidak dipandang sehingga ke akar umbi seterusnya diselesaikan dengan komitmen yang tinggi.

Pada saya, gejala buang bayi ini sebenarnya saya simptom utama yang lahir dari penzinaan. Penzinaan pula berleluasa kerana merebaknya pendewaan terhadap cinta palsu oleh masyarakat, terutama sekali golongan remaja.

Buatlah kaji selidik dan perkara ini akan jelas terbukti. Berapa ramai mereka yang berada di pusat2 pemulihan yang mana terjebak dengan pelbagai kerosakan akibat pendewaan kepada cinta palsu? Terlalu ramai. Belek sahaja Harian Metro yang hampir setiap hari akan menyiarkan berita berbentuk sebegini. Betapa ramai mereka2 yang terlanjur akibat penangan cinta yang gagal difahami dalam erti kata yang sebenar.

ISLAM ADA SEGALANYA

Islam sebenarnya telah lama mengemukakan penyelesaian kepada masalah2 ini. Tinggal lagi kita yang gagal memahami dan mengaplikasi ajaran Islam tersebut. Masyarakat masih menganggap Islam sebagai solat dan puasa, tetapi tidak dapat memahami Islam sebagai satu cara hidup. Jauh sekali untuk memahami dan mengerti bahawa " Islam mengajar cara bercinta ".

Hari ini , tugas untuk meneutralkan kefahaman cinta sebenar kepada masyarakat , khususnya muda mudi , menjadi satu tugas yang sangat berat dan mencabar. Usaha sebilangan kecil daripada kita dalam mengajak masyarakat kembali kepada cinta yang diajar oleh Islam nampaknya masih terlalu kecil peratusannya berbanding ajakan cinta berunsur hawa nafsu yang ditaja oleh barat.

Buktinya, berapa ramai anak gadis kita hari ini yang kukuh memegang doktrin , bahawa cinta itu adalah apabila seorang pemuda datang mengucapkan cinta bersulam ayat2 indah, seterusnya membawa si gadis pergi jauh dari keluarga untuk merealisasikan cinta? Berapa ramai gadis yang sanggup ke hujung dunia bersama orang yang dicintainya?

Apa yang pasti, kefahaman cinta yang dianuti dan dipraktikkan oleh mereka adalah menyimpang jauh dari erti cinta yang sebenar- jauh sekali untuk mereka membicarakan cinta mengikut landasan Islam yakni perkahwinan. Mula bercinta seawal usia 14 tahun tetapi bab perkahwinan hanya akan difikirkan ketika berusia 28 tahun. Relevankah..?

Itulah sindrom hodoh yang membawa kepada penzinaan. Mula2 berlaku pujuk rayu, kemudian keluar bersama ke mana sahaja, kemudian pasti dan pasti akan terlanjur, kerana syaitan ikut bersama. Amat menyedihkan apabila kita ditipu oleh filem2 barat , kononnya boyfriend dan girlfriend keluar bersama , bahkan sehingga larut malam, namun tiada apa2 yang berlaku. Dengan kata lain - " tak terlanjur pun ".

Ini penipuan dan pembodohan kepada umat Islam. Sedangkan nabi s.a.w mengajarkan supaya berwaspada apabila duduk lelaki dan perempuan, maka yang ketiganya adalah syaitan. Inilah realiti sebenar yang akan berlaku, bukan semata2 prejudis.

Justeru, sebelum bercakap tentang kes buang bayi, eloklah kita sama2 berfikir tentang gejala zina dan sama2lah kita mengkaji kenapa merebaknya zina di kalangan masyarakat kita hari ini. Apabila melihat isu, kaitkanlah secara keseluruhan dan janganlah hanya bercakap untuk menyedapkan hati masyarakat semata2.

Semoga Allah hancurkan golongan munafiqin yang wujud di negara kita. Amin.

sekian.

0 comments:

Archive Blog