Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

07 April 2010

Alam Rumahtangga?

oleh : hafizquran

Tengahari tadi, seorang junior  - hafizah - sewaktu saya di mtdq, bertanya pendapat tentang ' alam rumahtangga di usia muda '. Katanya , mana tahu " kalau2 ada orang datang ketuk ". Mendalam maksudnya, apapun saya tetap mendoakan untuknya yang terbaik. Beberapa minggu lepas, seorang junior DQ yang juga bekas roomate sewaktu di mtdq repek, bertanya juga tentang hal yang sama. Belum termasuk lagi pertanyaan sahabat2 lain yang dibuat secara santai dan tidak langsung.

Perlu saya akui, bahawa tidak ramai pasangan yang berkahwin - terutama di usia muda - berminat untuk menulis atau bercerita  tajuk 'rumahtangga' kalau tidak diminta. Maksud saya, bercerita tentang hal ehwal perkahwinan atau berkongsi pengalaman secara konsisten. Kalau ada pun, sangat sedikit. Hakikat yang perlu diakui, pasangan ( atau individu ) yang belum berkahwin akan lebih berminat untuk menulis atau bercerita tentang percintaan, kasih sayang dan termasuk juga hal ehwal rumahtangga.

Mengapa wujud fenomena di atas? Yang pasti, ia bukan kerana " kelesuan cinta".

Pada saya , meskipun kelihatan normal tetapi sebenarnya ia sesuatu yang pelik. Graf 'cinta' yang melangit sebelum kahwin tiba2 merudum longlai selepas berkahwin. Sudah menjadi perkara yang diterima umum kalau si jejaka menulis berjela2 tentang cinta ataupun si gadis melakar tinta berbunga2 bagi mencerminkan keindahan sebuah kata bernama 'cinta'. Sebaliknya sesuatu yang pelik pula kalau pasangan suami isteri kemaruk menulis hal yang sama!

Seolahnya, keindahan alam percintaan hanyalah sebelum berkahwin. Seusai akad, alam tadi seolah sudah menjadi 'arwah' bersama2 alam bujang yang ditalqinkan di depan tok kadi. Alam percintaan yang digambarkan begitu romantis, mengasyikkan, penuh dengan kerinduan dan kasih sayang seolah terhad kepada  mereka yang belum berkahwin sahaja.

Habis, apa yang tinggal selepas menjadi suami isteri? ( ini mindset )

Apa yang tinggal hanyalah tanggungjawab. Kemudian kesabaran yang tinggi bagi menghadapi masalah2 hidup. Ditambah pula apabila menerima cahaya mata, semakin besar dugaan yang perlu ditempuh bersama. Kewangan pula perlu dijaga dan tidak boleh sesuka hati berbelanja. Kemudian tentang hubungan keluarga di sebelah lelaki dan perempuan , termasuklah masalah2 keluarga yang perlu dijaga dan diambil berat. Selebihnya tentang rutin harian hidup di mana kedua2nya sibuk mencari rezeki dengan bekerja dan sebagainya. Itulah dia alam rumahtangga. ( ini juga yang menyebabkan ramai orang takut untuk berkahwin )

Benar, jawapan di atas memang benar - TETAPI tidak tepat.

Alam rumahtangga sebenarnya seribu kali lebih special berbanding alam bujang - di bawah tajuk percintaan. Sebab utama adalah kerana ia disyariatkan oleh Allah. Bermaksud, Allah yang recommend kan kepada manusia. Alam bercinta ketika bujang tiada siapa yang recommend kan melainkan pandai2 manusia sahaja. A tiru dari B , C tiru dari B. Tidak lebih dari itu. Manakala penambah perisanya adalah ajinamoto cap nafsu. Chefnya pula adalah syaitan. Itu sahaja.

Justeru, sesiapa yang beranggapan bahawa alam rumahtangga terpinggir dari alam percintaan seperti yang digambarkan, maka mereka silap besar. Silap kerana mungkin tidak pernah merasa atau silap kerana menggunapakai teori2 dari musuh Islam yang ternyata durjana.

Alam rumahtangga adalah alam yang paling sesuai untuk bercinta. Ini statement saya. Alam bujang pula sebaliknya. Kalau hendak digandingkan alam bujang dengan percintaan, bagi saya ia sesuatu yang sia2. Tidak lebih dari penyelewengan konsep.

KONSEP

Kalau hendak menggandingkan percintaan dengan alam bujang, boleh sahaja. Dengan syarat, tentukan konsepnya terlebih dahulu. Samada konsep CINTA yang dibawa oleh ISLAM atau sebaliknya. Jangan menipu atas nama agama. Kalau terbukti sebelum digandingkan itu bahawa CINTA konsep BARAT yang ingin digunapakai, maka silakan saja. Tiada siapa ingin menghalang. Tetapi pastikan status agama di Mykad anda adalah bukan ISLAM. Itu duduk perkara.

Alam bujang menjanjikan kebebasan dan kesenangan. Alam rumahtangga menjanjikan bebanan dan tanggungjawab. Itu bezanya.

Apabila digandingkan dengan percintaan, alam bujang membawa cinta itu ke jalan noda. Bebas bertukar2 pasangan, bebas melepaskan nafsu dan keinginan, bebas melakukan apa sahaja atas nama cinta, kononnya. Alam rumahtangga apabila digabungkan dengan percintaan, ia membawa kepada konsep cinta berlandaskan ubudiyyah yang jelas.

Dalam bercinta, ada tanggungjawab. Dalam mencari keinginan dan nafsu, ada kelulusan syariat. Ada cop halal yang comfirm original. Ada lesen besar dari Yang Maha Melihat. Tika bercinta tiada was2 dan maksiat. Tidak diburu rasa bersalah. Tiada larangan dan gangguan masyarakat. Hati tenang dan jiwa terasa lapang. Apabila dua insan disatukan atas nama syariat, maka syariatlah yang dijunjung. Apabila disatukan atas nama CINTA maka kecintaan kepada Allah lah yang menjadi ghayah utama.

Rezeki yang ada dicukupkan Allah. Dari sepinggan nasi digabung menjadi dua pinggan. Ternyata Allah itu Maha Bijak dan Maha Adil. Apabila dikurnia cahaya mata, maka dari dua pinggan menjadi tiga pinggan. Itu kan ketetapan Allah? Maka siapakah si jahil yang berani mengatakan bahawa ' berkahwin menjadi miskin ' ?

Anda ingin berkahwin silakan. Tapi pastikan anda cukup ilmu dan kefahaman tentang alam rumahtangga. Anda ingin bercinta silakan. Tetapi pastikan jalannya adalah perkahwinan, bukan ber couple. Kalau anda belum ingin berkahwin dan belum ingin bercinta, lupakan sahaja soal ini dan tumpukan pada belajar atau kerjaya.

Sebaliknya kalau anda belum ingin berkahwin tetapi sedang kemaruk bercinta, silalah nilai kembali agama di dalam diri anda. Buatlah keputusan untuk menyayangi jasad yang bakal reput bila2 masa atau menyayangi agama yang kekal hingga ke syurga. Apabila sudah dibuat keputusan dari mata hati anda, maka ketahuilah bahawa pintu rumah tok kadi sentiasa terbuka luas untuk menerima kunjungan anda.

" Maka bertanyalah kepada mereka2 yang tahu sekiranya kamu tidak tahu..."

Sekian.

0 comments:

Archive Blog