Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

18 March 2010

Tentera Rekrut Al-Quran

oleh : hafizquran


Dahulu, saya pernah memberitahu beberapa sahabat, bahawa saya tidak bercita2 untuk mengahwini seorang hafizah. Saya lebih berminat untuk membina bait muslim dengan muslimat yang berada di bidang profesional atau setidak2nya yang berada di bidang agama selain bidang hafazan Al-Quran. Alasan saya mudah sahaja, iaitu saya ingin mengelakkan rasa terbeban andaikata isteri saya juga penghafaz Al-Quran.

Pada saya Al-Quran itu satu 'beban' ( sebenarnya amanah ) yang sangat berat. Saya sendiri belum tertanggung beban itu di atas bahu saya, inikan pula mahu menanggung bebanan di bahu orang lain. Benar, hafazan isteri tanggungjawab isteri, namun sebagai suami saya anggap saya juga bakal terkena tempiasnya.

Namun ditakdirkan Allah, saya bertemu jodoh dengan seorang hafizah. Seorang penghafaz Al-Quran yang sama seperti saya. Bahkan juga bergelar ustazah dan mengajar di sekolah Tahfiz. Apa yang saya boleh katakan cuma satu, iaitu perancangan jodoh kita boleh angan dan impikan, tetapi takdir jodoh serta ketentuannya- Allah yang punya. Justeru , redha dan syukur adalah teman yang paling baik.

MEREKRUT TENTERA

Apabila kami berdua merupakan penghafaz Al-Quran, maka di mana fungsi nya perbezaan kami itu dengan mereka yang lain di luar sana- iaitu mereka yang tidak berada di bidang seperti kami. Mereka yang tidak berpeluang menyimpan 30 juzuk - bahkan 5 juzuk pun - daripada Al-Quran di dalam dada2 mereka?

Saya selalu pesan pada isteri. Kita diberi peluang oleh Allah untuk menyempurnakan majlis pernikahan dalam satu keadaan yang sederhana dan tidak berlebihan. Kita berdua - sebelum berkahwin - telah sepakat untuk meminimakan segala bentuk perlakuan adat yang tiada kena mengena di dalam syara' pada majlis pernikahan kita. Alhamdulillah kita berjaya, meskipun tidak 100% lantaran adanya campurtangan keluarga dan sebagainya. Pokoknya, kita berjaya membina perbezaan antara 'cara kita' dan 'cara orang'.

Kemudian, selepas berkahwin apakah kesemua keazaman itu telah berakhir? Tentu tidak sama sekali. Sepertimana kita memulakan majlis nikah kita dengan mengutamakan Allah, demikian juga kehidupan seharian selepas kita bernikah, juga perlu dan wajib kita mengutamakan Allah. Kita adalah golongan asing ( ghuraba' ) justeru kita perlu memperkasa perbezaan itu supaya kita benar2 menjadi 'asing'.

Asing dalam konteks berkeluarga, bermuamalah, berpakaian, pengamalan cara hidup Islam dan seumpamanya. Kita sama sekali tidak boleh meniru kehidupan dan tatacara orang lain- kerana sebahagian besar daripadanya tidak disandarkan kepada Al-Quran tetapi semata2 satu cara dan gaya hidup.

Saya juga berpesan bahawa, Al-Quran di dalam dada kita tidak akan ada fungsinya andai cuma dihafaz dan dilagukan ketika menjadi imam, atau ketika mengajar anak2 mengaji serta menghafaz. Lebih penting daripada itu adalah pengamalan dan pengaplikasian dalam kehidupan. Andai Al-Quran di dalam dada benar2 berfungsi di tahap maksima, secara automatik kita akan menjadi 'ghuraba' dan kita sendiri akan memahami hakikat kita sebagai 'ghuraba'.

Lebih jauh daripada itu, sampai di suatu tahap kita akan muncul sebagai tentera yang berbai'ah terus kepada Allah 5 kali sehari dengan sebenar2 bai'ah, mewakafkan segenap jiwa raga atas prinsip kesetiaan kita dalam memperjuangkan agama Allah. Waktu itu kehidupan kita berada di tangga kedua bahkan mungkin ketiga, namun tangga yang pertama tentunya adalah perjuangan di jalan Allah.

Itulah dia tentera yang direkrut oleh Al-Quran. Kekentalan jiwanya adalah senjata yang tidak terkalah. Semoga dengan istiqamah dan ikhlasnya niat di hati, Allah akan lahirkan pula daripada keluarga kita tentera2 kecil yang berjiwa besar. Itulah dia Tentera Al-Quran.

Sekian

0 comments:

Archive Blog