Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

14 March 2010

Tawakuf Politik PAS: Tahi Ayam + Mentega Busuk= PAS RoPong



"


Suasana Jemaah Dalam Jemaah atau berpuak semakin rancak dalam PAS. Usrah sesama aliran. Dengar cerita ada usrah gila-gila bersama salah seorang Naib Presiden PAS disertai juga oleh ustaz yang gila-gila. Dalam ketiga-tiga Naib Presiden itu, saya suka sikap mesra mereka . Cuma Dato Mahfuz lebih pedas sikit pendapatnya. Apapun saya merasakan Mahfuz perlu diturunkan daripada jawatan tersebut dengan diganti oleh Dato Husam atau Dato Seri IR Nizar atau abang Mat. Itupun kalau sidang muktamar bersetuju.


Daripada dulu lagi saya tulis, jika saluran demokrasi atau pendapat telah tersumbat. Kita tawakuf politik.  Daripada mengundang pintu perpecahan dalaman, pintu fitnah atau menjatuhkan imej PAS, biarlah tawakuf politik. Jika ada muktamar , bertanding balik. Kalau kita memburukkan Dato Mustafa Ali, TGHH, Dato Dr Hasan Ali atau Ustaz Nasha, bodohlah kita seperti mereka yang diperbodohkan. Maknanya dua kali lima.

Sekarang saya lihat pengikut ‘tahi ayam’(baca: anak muda bersemangat pepsi-cola+ blogger pak pandir) mula membuntuti si ‘mentega busuk’pendokong IRC-Suara Islam(baca: Protaz yang kelihatan cemerlang, profesional, moden, liberal dan kaya) dalam PAS. Tahi ayam +mentega busuk= Pas Ropong.

Jika dilihat YB IR Khalid, KS lebih merapati program bersama Anwar berbanding program Presiden. Begitu juga mentega-mentega busuk yang lain, lebih pro-membuntuti Anwar daripada Presiden PAS sendiri. Mungkin Anwar itu Presiden PAS atau Presiden PR bagi mereka.

Kalau benci Presiden PAS yang dilihat sumber kuasa PAS, sila keluar PAS, bertanding dalam muktamar, tubuh parti lain, masuk PKR atau tawakuf politik.

Ulama hebat daripada Kedah pun tawakuf politik. Lihat isi tulisan Aris Awang:

“Marhum Ustaz (TG) Azahari Abd Razak (abang kepada Ustaz azizan, MB Kedah), bekas Ahli Majlis Syuraa Ulamak PAS juga Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah dan dipecat dari Majlis Fatwa Negeri Kedah kerana menyatakan dengan tegas Ustaz Ibrahim Libya adalah mati syahid pada tahun 1986. Beliau telah bertawakuf sepanjang PAS bersama Perikatan/BN (yang ketika itu jika bersama dengan BN sudah tentu boleh jadi EXCO Kerajaan Negeri kerana PAS ada 8 dari 24 kerusi- masa tu mana ada lagi pensyarah Universiti teringin nak aktif dalam PAS, sudah tentu peluang beliau lebih baik untuk jadi EXCO berbanding orang lain).”

“Sebaik sahaja PAS di teranjang keluar BN (aku pun tak tau sehari dua ni suka cakap pasai penendang, peneranjang, penendang dan sebagainya- mungkin macam Pak Daeng Sanusi kut - ketika jadi Ketua Penerangan PAS Pusat dulu, menerang kepada UMNO, balik ke negeri Johor jadi Pesuruhjaya - penerajang sama UMNO) Ustaz Azahari kembali aktif membawa obor dan cita-cita Fasal 5 Perlembangaan PAS kehulu kehilir. Sehinggalah PAS kembali dikenali ramai, menjelas batas iman dan kufur, mengapa tidak boleh menyokong UMNO, apa itu assobiyyah, apa itu sekular dan macam lagi sehinggalah PAS kembali gagah kerana bahanapi perjuangan (taqwa) memenuhi setiap dada ahli dan penyokongnya. ‘

“Maka ia meluncur laju menerobos angkasa beritahu Pak Garson dari Indonesia, tetapi luncuran tersebut akan kembali menjunam jika bahan api perjuangan (taqwa) mula kurang didalam tangki (dada) pejuangannya dan sokongan akan memula memudar. Sedarlah, kita tidak dapat menjaga hati manusia, kita hanya mampu berusaha yang membolak balik hati manusia ialah Sang Penciptanya.”
--------
Siapa yang bawa PAS ke dalam BN?. Pengasas kepada fatwa ini adalah TGNA sendiri.  Dulu ada satu risalah penjelasan  dalil kenapa PAS perlu masuk BN. Kemudian apabila Tun Razak meninggal, Tun Husin mengamalkan polisi yang berlainan. Bekas tentera itu dibantu oleh bekas tentera lain seperti Tun Ghazali Shafie lebih keras dan kelicikkan Tun Mahathir. Akibatnya BN tendang PAS.

Pada zaman Pak Lah Badawi, TGHH lontarkan idea UG(sekadar idea). Pak Lah bagi respon positif. Pada masa itu juga  Anwar mencanangkan rampasan kuasa 16 Sept. Menghalalkan katak masuk PR.  Usaha Anwar gagal, PKR pula diperkatakkan. Mustafa Ali dan Abang Mat sabu awal-awal lagi projek adalah tidak akan menjadi dan khabar angin. Golongan PAS Ropong marah. Akhirnya siapa yang malu?.

Apabila Najib memkudetakan Pak Lah dengan cara halal, TGHH mengatakan UG telah terkubur kerana ia hanya relevan pada zaman Pak Lah. PAS RoPong tak percaya?. Pada Anwar mereka percaya. Pada Presiden sendiri, mereka tak percaya. Kemudian mempermainkan konsep wala’.

Mentega busuk tak puas hati. Akibatnya semua idea Presiden dibangkangi. Manakala idea Anwar dibuntuti.. Maka, riuhlah tahi-tahi ayam membantu si mentega busuk.

Tahi Ayam + Mentega = PAS Ropong

Oleh WAN Ziarahsufi


>>> Artikel menarik yang disalin dari sini

2 comments:

Umm Kauthar March 15, 2010 at 12:37 PM  

Assalamualaikum,u.syafiq n u.aisyah.Pertamanya, alhamdulillah dan setinggi tahniah kerana telah membina masjid, mudah2n mndpt berkat Allah shg ke akhirnya..

Ingin respon ckt dgn artikel terbaru ni..apa yang ana lihat, rakyat semakin hilang tempat bergantung krn pemimpin2 Islam sendiri bercelaru. Teori al-Banna perlu diperhalusi semula n disesuaikan dengan suasana kita di Malaysia..Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melihat di sana manhaj Islam yg telah dibawa secara praktik oleh al-Imam al-Banna sebagai penyelesai kepada masalah politik yang takkan berakhir. Bahkan akan terus bermutasi mencipta masalah baru...

Sila lihat:- http://suaradarigunung.wordpress.com/2010/02/01/konvensyen-pemikiran-al-banna/#more-246

Ini sekadar cadangan kpd sahabat2 untuk menilai pendekatan2 yang ada bukan untuk mengagungkan pihak-pihak tertentu tapi hnya skdr perkhabaran yang insyallah bakal menemukan pd kesimpulan yg sama akhirnya..

Kita ummat muhammad bersaksi Allah sahaja yg layak disembah dan nabi Muhmmad s.a.w pesuruh Allah, pecinta Islam insyaallah akan bertemu di titik yang sama akhirnya..-wallahu'lam-

Umm Kauthar March 15, 2010 at 12:45 PM  

Boleh juga baca artikel lain2 di dalam blog tersebut, atau blog2 tokoh2 ISMA, atau laman web rasmi ISMA sendiri... http://ismaweb.net

Archive Blog