Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

01 March 2010

Sambungan cerita sedih semalam - updated

.



Khalid menambah, berikutan tiada gangguan daripada penduduk, pasangan tersebut tinggal seperti suami isteri meskipun pada hari-hari tertentu.

Seorang lagi penduduk, Muhd. Halilur Rahman, 32, memberitahu, sebagai penduduk, mereka berasa terkilan dengan penipuan itu dan berasa bersalah terhadap insiden yang menimpa mangsa.

“Akibat mempercayai penipuan itu, nyawa seorang kanak-kanak telah melayang dan tragedi itu tidak akan kami lupakan.Kami juga meminta maaf kepada orang ramai dan keluarga mangsa kerana tidak membantu Syafiah Humairah ketika dia dipukul oleh konon bapanya di tepi padang pada hari kejadian,” ujarnya.

Jiran suspek, Rafani Osman, 56, pula memberitahu, dia tinggal berjiran dengan keluarga terbabit yang berpindah dari Melaka kira-kira 15 tahun lalu namun tidak pernah melihat Syafiah Humairah menangis.

“Saya hanya melihat ibu mangsa sahaja yang selalu memandu teksi Mat (suspek) meronda di kawasan taman bersama anak mereka berusia setahun enam bulan.

“Walaupun tidak rapat dengan keluarga mereka tetapi saya dan semua orang tahu Mat adalah seorang yang bermasalah,” ujarnya yang tinggal selang empat buah rumah dengan keluarga suspek.

Tambahnya, penduduk taman itu bagaimanapun ternyata terkejut apabila mengetahui kanak-kanak malang itu mati selepas didera suspek dan pasangan terbabit juga tidak pernah bernikah sebelum ini.

Dipetik dari sini


Tukang Tulis : Apalah agaknya yang ada dalam otak dan hati ibu muda ini?

Ya Allah, Engkau peliharalah kami dari terjerumus ke dalam lembah kemurkaanMu. Engkau campakkanlah hidayah dan kasihan belasMu ke atas hamba2Mu yang lemah ini. Ya Allah , kiranya Engkau mengazab mereka maka mereka2 itu hanyalah hamba2Mu, sekiranya Engkau mengampuni mereka maka sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Mengasihani.

0 comments:

Archive Blog