Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

23 March 2010

Saat Romantis Yang Dirindui

oleh : hafizquran

Alangkah indah saat2 yang dilalui, alangkah tenang hari2 yang ditempuhi. Kesemuanya seakan membentuk satu kehidupan yang sangat sempurna.

Aku tidak kaya, harta pun tiada. Tapi hidupku sangat mencukupi. Apa yang dihulurkan aku terima, apa yang dihidangkan aku makan seadanya. Keserasian yang dicerna selama bertahun2 demi satu matlamat dan hasrat yang suci dan murni.

Dalam fikiran dan di lubuk hati, tiada agenda lain selain menghafaz kitab suci bernama Al-Quran. Hanya Allah yang mengerti tentang kegembiraan dan ketenangan hati, tatkala memegang dan mengucup kitabnya di pagi yang hening. Tika bersimpuh di dalam rumahNya - ibarat diselimuti oleh satu gebar yang sangat besar dan selesa. Satu kesyahduan merisik hati tanpa dipinta.

Ruang telinga sangat sunyi dan hening, cuma kedengaran sayup2 suara rakan2 bermain di kejauhan asrama. Aku tidak pandai berlagu. Suaraku juga tidak lunak. Jauh sekali untuk membaca seperti Syekh Sa'ad Al-Ghamidi mahupun Abdur Rahman Sudaisi.

Tetapi jiwaku serasi dengan alunan suaraku sendiri. Alunan yang dicetuskan dari bait2 kalam Tuhan yang Maha Cantik. Aku tidak memahami setiap patah ayatnya tika itu, tetapi zouqnya cukup menggetar jiwa. Getaran dan gelora yang mustahil mampu aku tafsirkan dengan kata2.

Suaraku bergema, meskipun bacaanku cuma perlahan. Keheningan dalam rumah Allah menjadikannya begitu. Mendendangkan Al-Quran untuk didengari oleh diri sendiri adalah satu kepuasan yang maksima, apatah lagi jika hafazanku lancar pada surah atau juzuk yang dibaca. Pantas memecahkan empangan air mata.

Namun.. dalam jangkamasa 6-7 tahun kemudiannya , suasana tadi kian memudar dan seolah asing dalam hidupku sendiri..

Aku rindu. Sangat rindu. Saat yang sangat2 romantis. Saat yang tidak pernah dan tidak akan aku kongsikan dengan sesiapa. Saat yang paling istimewa dalam hidupku. Saat yang hanya ada aku dan Dia..

Aku selalu berdoa untuk kembali merasai detik nan indah itu, tetapi mungkinkah?

Ya Allah, aku rindukan saat2 romantis bersama-MU dahulu...

3 comments:

Musafir Lalu™ March 23, 2010 at 8:33 PM  

salam alaik,
Bila baca post kali ni,betul-betul megimbau kenangan waktu hafaz Quran di SAR, rotan dah jadi makanan harian, ana pun rindu saat yang sama, entah boleh berjumpa lagi atau tidak dengan saat yang paling manis dalam hidup ni.. rindu yang tidak terungkap dengan kata-kata, yang tidak terpamer dengan perbuatan, doakan ana juga ye...

Hunny March 26, 2010 at 8:15 PM  

salam singgah wahai al-hafiz.. Semoga kamu beroleh semula saat-saat romantis mu denganNya.. :)

khadijah March 27, 2010 at 7:00 PM  

ana tunggu saat itu..menagih janji yang pernah di ungkapkan =)

Archive Blog