Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

02 March 2010

Ratusan murid SK Pos Brooke keracunan makanan

.
 GUA MUSANG, 2 Mac — Hampir semua 300 murid anak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, dekat sini, mengalami sakit perut, muntah dan pening dipercayai keracunan makanan selepas makan tengah hari di kantin asrama sekolah itu semalam.

Sebahagian mereka dikejarkan ke Hospital Gua Musang manakala sebahagian lagi dibawa ke Hospital Tanah Rata di Cameron Highlands.

Asrah Along, 47, berkata anaknya bergegas pulang ke rumah mengadu sakit perut dan muntah selepas makan nasi berlauk telur rebus di kantin asrama sekolah terbabit hingga keadaannya menjadi letih selepas itu.
Bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya yang letih, beliau membawa anaknya ke sekolah untuk dimaklumkan kepada guru.

“Kami pergi ke sekolah semula bersama anak kerana keadaannya semakin teruk dan terpaksa menunggu beberapa jam untuk dihantar ke hospital. Anak kami beritahu telur rebus yang dimakan itu berbau busuk dipercayai sudah lama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Halang Angah, 53, pula berkata, beliau terkejut apabila anaknya pulang dalam keadaan keletihan dan pakaian sekolah terkena muntah.

Beliau berkata anaknya mengadu pening kepala sebelum merujuk perkara berkenaan kepada pihak sekolah.
“Saya yang datang ke sekolah melihat ramai murid lain dalam keadaan keletihan kerana mengalami nasib sama tetapi ketika itu belum ada kenderaan untuk menghantar anak ke hospital,” katanya. — Bernama

sumber 

0 comments:

Archive Blog