Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

17 March 2010

Menilai Peranan Mertua Dalam Rumahtangga

oleh : hafizquran

Beberapa minggu sebelum saya berkahwin, saya menerima panggilan telefon dari seseorang yang mengadu tentang campurtangan keluarga dalam perkahwinan beliau. Masalah seperti ini sebenarnya bukan yang pertama saya dengar. Ada banyak lagi kes serupa berlaku dalam rumahtangga , iaitu campurtangan yang berlebihan dari pihak mertua, samada keluarga suami mahupun keluarga isteri.

Saya tidak suka memberikan pendapat yang syadid dalam kes seumpama ini. Saya cuba mencari pertimbangan lain dari sudut yang lebih positif, supaya kes atau isu sebegini dalam selesai dalam suasana yang lebih baik. Lebih tepat lagi, tidak melukakan mana2 pihak.

Pasangan yang baru berkahwin biasanya akan menghadapi konflik dengan keluarga. Rata2 pasangan mengalami situasi ini, cuma bezanya samada kecil atau besar, serius atau tidak. Ibu bapa terutama di pihak perempuan masih merasakan bahawa anak perempuannya itu di bawah tanggungan mereka- sama seperti sebelum mereka dikahwinkan. Ini masalah yang kebiasaannya berlaku dalam masyarakat kita.

Jika sebelum kahwin, anak perempuannya mudah disuruh itu dan ini. Boleh diatur dan diprogram. Segala permasalahan dan urusan juga akan dirujuk kepada ibu dan bapa. Namun selepas berkahwin keadaan itu berubah sedikit demi sedikit sehingga menampakkan beza yang ketara.

Di sinilah timbulnya masalah apabila si ibu atau si bapa tidak dapat menerima hakikat ' kuasa ' telah beralih ke tangan menantu mereka, atau suami kepada anak perempuan mereka. Katakan si ayah menyukai anaknya sentiasa memakai kasut ke mana sahaja. Itu juga antara 'kewajipan' yang ditetapkan si ayah kepada anak perempuannya.

Tetapi selepas berkahwin, terbukti si suami tidak suka isterinya berkasut. Dia lebih gemar melihat isterinya memakai selipar sahaja. Kemudian apabila si anak taatkan suami, kembali memakai selipar, si ayah akan terasa hati. Sensitifnya mendalam, seolah si anak sudah lupakan segala yang diajar dan dipesan. Seolah si anak tidak lagi perlukan dirinya. Akhirnya si anak tersepit, mana satu ketaatan yang sepatutnya diutamakan?

Sabda Nabi s.a.w di dalam satu hadith :

Sekiranya manusia boleh sujud kepada manusia nescaya akan ku perintah isteri sujud kepada suami

Banyak lagi hadith2 dan dalil lain yang menyatakan kepada kita bahawa ketaatan seorang isteri itu lebih utama  kepada suami apabila dia telah berkahwin. Bermakna, tidak timbul soal membelakangkan suami atau melawan cakap suami demi mentaati ibu dan ayah. Hatta sekiranya si ayah atau ibunya sakit sekalipun, haram isteri keluar dari rumah untuk pergi menziarah mereka tanpa keizinan dan kebenaran suami.

Justeru itu saya seboleh2 cuba mengelak dari 'menghentam' permasalahan sensitif seperti ini dengan dalil dan nas. Sebaliknya saya cuba memberi alternatif dengan cara yang lebih lembut. Lebih mengutamakan nilai2 insani. Pandang dari satu sudut yang lebih positif.

Sebagai pasangan suami isteri, terutama yang masih baru di alam rumahtangga, jangan sesekali mendepani situasi di atas dalam konteks ' pertembungan dua ego '. Elakkan dari melukakan mana2 hati dan cubalah bertolak ansur. Terkadang kata2 mertua seolah memperkecilkan kemampuan suami. Seolah suami sangat kebudak2an dan tidak mampu berdikari. Tetapi andaikan sahaja itu cuma mainan perasaan, yang pasti mereka sebagai orang tua sangat sayangkan anak2 dan mengharapkan yang terbaik kepada anak serta menantu mereka. Itu satu sudut positif yang boleh kita ambil.

Demikian juga dengan isteri, dalam mendepani ibu dan ayahnya sendiri. Elakkan dari berhujah bahawa 'ketaatannya wajib diberikan 100% kepada suami ' dan hujah2 lain yang seumpamanya. Ini kerana, meskipun hujah2 itu benar namun ia bersalahan dari sudut tatacara dan aspek kemanusiaan- apatah lagi bila disampaikan dalam situasi marah atau tika keadaan tegang. Hati ibu dan ayah pasti akan terguris dengan kata2 yang tidak mampu mereka bangkang- walaupun niat mereka bukan sedemikian. Ibu dan ayah mana yang tidak memahami hakikat " kuasa " suami ke atas isteri? Sedangkan mereka sendiri pun terlebih dahulu merasainya sebelum kita.

Kesimpulannya, peranan ibubapa serta mertua dalam sesebuah rumahtangga ada perlunya, cuma jangan keterlaluan. Campurtangan yang berlebihan atau melampau akan memberi kesan negatif jangka panjang dalam sesebuah rumahtangga yang dibina. Contoh yang saya berikan di atas cumalah satu contoh yang kecil sahaja, belum lagi dilihat dalam bab pemilihan tempat tinggal, pembelian rumah atau kereta , pengurusan dan sebagainya.

Sebaik2nya, wujudkanlah suasana harmoni dan saling bertolak ansur. Andainya semua pihak memahami peranan masing2, InsyaAllah keadaan akan bertambah baik. Kekurangan yang ada saling ditampung, kelebihan yang ada sama disyukuri.

Sekian.

1 comments:

Anonymous March 17, 2010 at 4:57 PM  

Subhanallah..artikel yg bermanfaat..mudah2an menjadi panduan untuk saya bila berumah tangga kelak..

Archive Blog